Calon Isteri Buat Suami ialah sebuah drama televisyen Malaysia 2025 terbitan Sha's Media Sdn. Bhd. yang diarahkan oleh Bahri Uma Bajuri. Ia dibintangi oleh Jazmy Juma dan Siti Hariesa. Drama ini memulakan tayangan perdana di Slot Akasia, TV3 pada 8 April hingga 12 Mei 2025 menggantikan Bukan Sekadar Lafaz 2.
Calon Isteri Buat Suami | |
---|---|
Genre | |
Berdasarkan daripada | Calon Isteri Buat Suami karya Sophilea |
Ditulis oleh |
|
Pengarah | Bahri Uma Bajuri |
Dibintangi oleh | |
Lagu pembukaan | "Cukup Kita" - Ayu Damit & Emeer Bakri |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 25 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif |
|
Penerbit |
|
Tempoh siaran | 42 minit |
Syarikat penerbitan | Sha's Media Sdn Bhd |
Penyiaran | |
Saluran asal | |
Format gambar | |
Siaran asal | 8 April 2025 – 12 Mei 2025 |
Kronologi | |
Mengikuti | Bukan Sekadar Lafaz 2 |
Diikuti oleh | Bukan Ipar Sempurna |
Drama ini juga boleh ditonton di platform penstriman iQIYI pada 1 jam selepas siaran TV.
Sinopsis
Haizi (Siti Hariesa) nekad memulakan hidup baru di Kuala Lumpur selepas hubungan pertunangannya dengan Khalif berakhir. Tapi hidupnya berubah 180 darjah apabila dia menyelamatkan Datin Yasmin dalam satu kejadian tak dijangka. Dari situ, Haizi bukan saja ditawarkan kerja malah satu tawaran pelik iaitu kahwin dengan anak lelaki Datin Yasmin, Nazim (Jazmy Juma). Tapi ada syarat, kalau nak berpisah, Haizi kena cari pengganti yang lebih sesuai untuk Nazim.
Mulanya penuh keraguan dan dingin, hubungan kontrak ini akhirnya mencetuskan perasaan yang tak disangka-sangka. Tapi bila sepupu Nazim, Dayana (Trisha Ooi), muncul dengan fitnah dan dendam, cinta mereka mula goyah. Lebih berat, bila Haizi didapati mengandung, mampukah mereka bertahan atau semuanya bakal hancur?
Pelakon
Pelakon utama
- Jazmy Juma sebagai Nazim Hilman
- Siti Hariesa sebagai Haizi
Pelakon pembantu
- Trisha Ooi sebagai Dayanah
- Hazeeq Dean sebagai Khalif
- Razak Ahmad sebagai Haji Hamdan
- Jasmin Hamid sebagai Datin Yasmin
- Tony Eusoff sebagai Datuk Rizuan
- Emelda Rosemila sebagai Zahnita
- Jannah Izwandy sebagai Sharina
- Razzuan Rosli sebagai Danif
- Shazia Rozaini sebagai Fatin
- Dayang Areeda sebagai Lana
- Talha Harith sebagai Abg Long
- Kirana Batrisyia sebagai Haiza
- Zarynn Min sebagai Cik Wawa
- Nadia Aqilah sebagai
- Fauziah Nawi sebagai
Pelakon tambahan
- Dalam pembinaan
Pautan luar
TV3: Slot Akasia, Isnin-Jumaat, 7:00 malam | ||
---|---|---|
Sebelumnya | Calon Isteri Buat Suami | Berikutnya |
Bukan Sekadar Lafaz 2 | Bukan Ipar Sempurna |