Bau | |
---|---|
![]() | |
Negara | ![]() |
Wilayah | ![]() |
Bahagian | Kuching |
Pusat | Bandar Bau |
Pentadbiran | |
• Pihak berkuasa tempatan | Majlis Daerah Bau |
Keluasan | |
• Jumlah | 884 km2 (341 batu persegi) |
Aras | 1,077 m (3,533 ft) |
Penduduk (2024) | |
• Jumlah | 71,535 |
• Kepadatan | 81/km2 (210/batu persegi) |
Poskod | 94xxx |
Bau merupakan sebuah daerah yang terletak dalam kawasan pentadbiran Bahagian Kuching di wilayah Sarawak, Malaysia. Daerah ini terletak di barat negeri Sarawak dan mempunyai penduduk lebih 70 ribu orang pada tahun 2024. Majoriti penduduk di daerah ini berbangsa Bidayuh, selain terdapat juga sebahagian komuniti berbangsa Cina, Iban, dan Melayu.
Pusat pentadbiran bagi kawasan daerah ini ialah Bandar Bau. Manakala Pekan Siniawan adalah merupakan pekan kecil yang menghubungkan sepenuhnya antara Bandar Bau dengan kawasan Batu Kitang di Daerah Padawan.
Kawasan penempatan lain yang ada terdapat di Daerah Bau ialah Tondong, Jambusan, Paku, Kampung Skio, Kampung Serasot, Kampung Bogag, Krokong, Kampung Opar, dan Kampung Jugan.
Sejarah
Daerah Bau dipercayai telah ditubuhkan pada tahun 1931 iaitu semasa pemerintahan Charles Vyner Brooke. Penubuhan Pejabat Daerah Bau mengambil tarikh pelantikan pegawai daerah Bau yang pertama iaitu W.S.B. Duck pada 17 Julai 1931. Pusat pentadbiran daerah ini juga direkodkan berubah beberapa kali iaitu bermula di Siniawan, Paku dan akhirnya ke pekan Bau.[1]
Pentadbiran
Daerah Bau terletak di bawah pentadbiran Bahagian Kuching. Pihak berkuasa tempatan yang mentadbir daerah ini pula ialah Majlis Daerah Bau. Terdapat 104 buah kampung yang terletak di daerah ini.[2]
Politik
Daerah Bau diletakkan di bawah empat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Opar (N1), Tasik Biru (N2), Serembu (N18) dan Batu Kitang (N13) serta tiga kawasan Parlimen iaitu Mas Gading (P192), Puncak Borneo (P198) dan Stampin (P196).[2]
Geografi
Daerah Bau terletak di hujung barat negeri Sarawak, dan di tengah bahagian Kuching. Daerah Bau bersempadan dengan daerah Kuching di timur laut, daerah kecil Padawan di timur dan daerah Lundu di barat laut. Daerah ini juga bersempadan antarabangsa dengan Kalimantan Barat, Indonesia.
Daerah Bau mempunyai keluasan kira-kira 884 kilometer persegi dan mempunyai titik tertinggi mencecah 1,077 meter. Bentuk muka bumi daerah ini kebanyakannya merupakan kawasan rata dan mendatar namun sedikit berbukit di utara dan selatan daerah. Antara sungai utama yang mengalir di daerah ini termasuklah Sungai Sarawak Kanan.
Demografi penduduk
Populasi penduduk di Daerah Bau
• Bandar Bau
No. | Kategori | Jumlah (orang) | Etnik | Jumlah (orang) |
---|---|---|---|---|
1 | Warganegara Malaysia | 58,521 | Bidayuh | 31,852 |
2 | Cina | 15,084 | ||
3 | Melayu | 7,620 | ||
4 | Iban | 3,916 | ||
5 | Orang Ulu | 28 | ||
6 | Melanau | 21 | ||
7 | Hindu | – | ||
8 | Lain-lain etnik | – |
• Pekan Siniawan
No. | Kategori | Jumlah (orang) | Etnik | Jumlah (orang) |
---|---|---|---|---|
1 | Warganegara Malaysia | 13,014 | Cina | 6,310 |
2 | Bidayuh | 3,754 | ||
3 | Melayu | 2,538 | ||
4 | Iban | 412 | ||
5 | Melanau | – | ||
6 | Orang Ulu | – | ||
7 | Hindu | – | ||
8 | Lain-lain etnik | – |
Kemudahan
Daerah Bau mempunyai pelbagai kemudahan awam di serata daerah. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, terdapat 44 buah sekolah yang beroperasi di daerah ini, juga terdapat sebuah hospital kerajaan iaitu Hospital Bau, lima balai polis dan sebuah balai bomba.[3]
Pengangkutan
Rangkaian jalan raya utama di daerah Bau termasuklah Q6-3 Jalan Kuching–Bau,
LP 1-8 Jalan Tondong–Batu Kawa dan
LP 1-7 Jalan Bau–Lundu. Jalan Bengkayang-Perbatasan Malaysia pula menghubungkan daerah Bau dengan sempadan antara Malaysia dan Indonesia. Di Pekan Bau juga terdapat satu stesen bas kecil yang menyediakan beberapa perkhidmatan bas.
Rujukan
- ^ "Sejarah Pejabat Daerah Bau - Portal Rasmi Pentadbiran Bahagian Kuching". kuching.sarawak.gov.my. Dicapai pada 2024-10-19.
- ^ a b "Sejarah Daerah Bau - Portal Rasmi Pentadbiran Bahagian Kuching". kuching.sarawak.gov.my. Dicapai pada 2024-10-20.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama:12