Dain Said | |
---|---|
Kelahiran | Dain Iskandar bin Said 1957 (umur 67–68) |
Pendidikan | Filem dan Fotografi |
Pusat pendidikan | Universiti Westminster, London |
Pekerjaan | Pengarah, penulis skrip, penerbit, pelakon |
Tahun aktif | 1989—kini |
Gaya | Neo-noir, thriller, sains fiksyen, drama |
Dain Said merupakan seorang pengarah, pelakon, penulis skrip dan penerbit dari Malaysia. Beliau memulakan kerjayanya sebagai seorang pengarah melalui filem Dukun (2007) dan mula memahat namanya dalam industri perfileman Malaysia menerusi filem Bunohan (2012). Pada tahun 2009, beliau bersama Nandita Solomon telah menubuhkan syarikat Apparat Sdn. Bhd. yang menumpukan pada penerbitan filem.[1]
Kehidupan awal
Beliau membesar di Kuala Lumpur, Malaysia dan bergraduan pada tahun 1990 dalam Filem dan Fotografi dari Universiti Westminster, London.[2]
Kerjaya filem
Selepas tamat pengajian, beliau bekerja untuk beberapa filem pendek, rancangan televisyen, iklan, pemasangan media dan dokumentari. Dain mengarahkan filem pertamanya pada tahun 2006, Dukun, tetapi diharamkan tayangannya berikutan ia mempunyai kaitan dengan kes Mona Fandey.[3] Filem kedua arahannya, Bunohan[4] ditayangkan pada 2012 dan merupakan penyerahan Malaysia di Anugerah Akademi bagi Filem Bahasa Asing Terbaik.[5]
Filem ketiga arahannya, Interchange dikeluarkan pada Disember 2016,[6] dan dipertontonkan di Festival Filem Antarabangsa Locarno pada Ogos 2016, empat bulan sebelum tayangannya.[7]
Pada 5 April 2018, filem Dukun arahan beliau lakonan Umie Aida sebagai Diana Dahlan dibenarkan tayangannya sekaligus menamatkan 12 tahun penantian beliau untuk menyaksikan filem ini ditayangkan.[8]
Kolaborasi
Dain mempunyai beberapa pelakon yang berlakon di dalam lebih daripada satu filem arahannya. Faizal Hussein, Bront Palarae dan Nadiya Nisaa ialah pelakon yang kerap bekerjasama dengan beliau, muncul dalam tiga filem.
Pelakon | Bunohan (2012) | Interchange (2016) | Dukun (2018) | Harum Malam (2023) | Kulit Wayang (2025) | Jumlah |
---|---|---|---|---|---|---|
Faizal Hussein | ![]() |
![]() |
![]() |
3 | ||
Zahiril Adzim | ![]() |
1 | ||||
Pekin Ibrahim | ![]() |
![]() |
2 | |||
Bront Palarae | ![]() |
![]() |
![]() |
3 | ||
Namron | ![]() |
![]() |
2 | |||
Amerul Affendi | ![]() |
1 | ||||
Soffi Jikan | ![]() |
![]() |
2 | |||
Wan Hanafi Su | ![]() |
1 | ||||
Hushairy Hussein | ![]() |
1 | ||||
Iedil Dzuhrie Alaudin | ![]() |
1 | ||||
Shaheizy Sam | ![]() |
1 | ||||
Nicholas Saputra | ![]() |
1 | ||||
Prisia Nasution | ![]() |
1 | ||||
Nadiya Nisaa | ![]() |
![]() |
![]() |
3 | ||
Alvin Wong | ![]() |
1 | ||||
Chew Kin Wah | ![]() |
![]() |
2 | |||
Umie Aida | ![]() |
1 | ||||
Hasnul Rahmat | ![]() |
1 | ||||
Adlin Aman Ramlie | ![]() |
1 | ||||
Elyana | ![]() |
1 | ||||
Ramli Hassan | ![]() |
1 | ||||
Avaa Vanja | ![]() |
1 | ||||
Mislina Mustaffa | ![]() |
1 | ||||
Jason Chong | ![]() |
1 | ||||
Joey Daud | ![]() |
![]() |
2 | |||
Adman Salleh | ![]() |
1 | ||||
C. Kumaresan | ![]() |
1 | ||||
Idan Aedan | ![]() |
1 | ||||
Remy Ishak | ![]() |
1 | ||||
Amanda Ang | ![]() |
![]() |
2 | |||
Nabila Huda | ![]() |
1 | ||||
Fattah Amin | ![]() |
1 | ||||
Ezzaty Abdullah | ![]() |
1 |
Filemografi
Filem
Tahun | Tajuk | Dikreditkan sebagai | Catatan | ||
---|---|---|---|---|---|
Pengarah | Penulis skrip | Penerbit | |||
2012 | Bunohan | ![]() |
![]() |
![]() |
|
2013 | Kolumpo | ![]() |
![]() |
![]() |
Memegang watak sebagai Pelanggan Kedai Mamak 2 |
2014 | Terbaik dari Langit | ![]() |
![]() |
![]() |
Memegang watak sebagai pengkritik filem |
2016 | Mrs K | ![]() |
![]() |
![]() |
Memegang watak sebagai Loan shark |
Interchange | ![]() |
![]() |
![]() |
||
2018 | Dukun | ![]() |
![]() |
![]() |
Filem arahan pertama yang telah menjalani penggambaran sejak tahun 2006, namun ditangguh tayangannya.[9] |
2019 | Fly By Night | ![]() |
![]() |
![]() |
|
Wira | ![]() |
![]() |
![]() |
Memegang watak sebagai Raja | |
2020 | Daulat | ![]() |
![]() |
![]() |
Memegang watak sebagai Penganalisis Politik |
Pasal Kau! | ![]() |
![]() |
![]() |
Memegang watak sebagai Duke | |
2023 | Harum Malam | ![]() |
![]() |
![]() |
|
2025 | Kulit Wayang | ![]() |
![]() |
![]() |
Telefilem
Tahun | Tajuk | Dikreditkan sebagai | Saluran TV | Catatan | ||
---|---|---|---|---|---|---|
Pengarah | Penulis skrip | Penerbit | ||||
2008 | Senandung Malam | ![]() |
![]() |
![]() |
Astro Prima | Arahan bersama Al Jafree Md Yusop[10] |
2019 | Iman Untuk Bulan | ![]() |
![]() |
![]() |
Astro First Ekslusif |
Filem pendek
Tahun | Tajuk | Dikreditkan sebagai | Catatan | ||
---|---|---|---|---|---|
Pengarah | Penulis skrip | Penerbit | |||
1989 | Surabaya Johnny | ![]() |
![]() |
![]() |
Ditayangkan di London Film Festival pada tahun 1989.[11] |
2021 | Doing Time | ![]() |
![]() |
![]() |
Ditayangkan sebagai sebahagian daripada siri 'Unlocked', sebuah pameran digital di SeaShorts Film Festival 2021.[12] |
Anugerah dan pencalonan
Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2012 | Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur 2012 | Pengarah Terbaik (Bunohan) | Menang |
Lakon Layar Terbaik (Bunohan) | Tercalon | ||
Anugerah Skrin 2012 | Pengarah Filem Terbaik (Bunohan) | Tercalon | |
Lakon Layar Terbaik (Bunohan) | Menang | ||
Festival Filem Asia Pasifik ke-55 | Pengarah Terbaik (Bunohan) | Tercalon | |
2013 | Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2013 | Pengarah Terbaik (Bunohan) | Tercalon |
Lakon Layar Terbaik (Bunohan) | Menang | ||
Festival Filem Malaysia ke-25 | Pengarah Terbaik (Bunohan) | Menang | |
Lakon Layar Terbaik (Bunohan) | Menang | ||
Cerita Asal Terbaik (Bunohan) | Menang | ||
Penataan Terbaik (Bunohan) | Menang | ||
2017 | Festival Filem Malaysia ke-29 | Pengarah Terbaik (Interchange) | Menang |
2018 | Anugerah Skrin 2018 | Pengarah Filem Terbaik (Dukun) | Menang |
2019 | Festival Filem Malaysia ke-30 | Pengarah Terbaik (Dukun) | Tercalon |
Rujukan
- ^ "Dain Said". The Living History Project. Dicapai pada 2025-06-03.
- ^ Jamaluddin, Aziz (2014). "Dain Iskandar Said". Universiti Sains Malaysia. Dicapai pada 2025-06-03.
- ^ "Will Dukun ever charm viewers?" TheStar, 3 June 2007.
- ^ "Bunohan: Return to Murder (2011)". New York Times. Dicapai pada 2016-01-06.
- ^ "Bunohan calon awal Anugerah Academy". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-10. Dicapai pada 2017-08-06.
- ^ (Inggeris) Malaysia's Dain Iskandar Said shooting supernatural 'Interchange'
- ^ "Filem 'Interchange' ke Festival Filem Locarno di Switzerland". Astro Awani. 17 Julai 2016.
- ^ Awaludin, Nurul Fadila (6 April 2018). "Misteri 12 tahun Dukun dan Diana Dahlan". Kosmo!. Dicapai pada 8 April 2018.
- ^ Sham, Nursyazwani Saiful (2018-04-02). "Filem 'Dukun' akhirnya ditayang selepas 12 tahun, ini komen pengarahnya Dain Said". Astro Awani. Dicapai pada 2021-05-27.
- ^ Wahida, Asrani (2008-10-30). "Dain Iskandar Said". IFFR. Dicapai pada 2025-06-03.
- ^ "Dain Said: Malaysia". Festival Scope Pro. Dicapai pada 2025-06-03.
- ^ "Dain Said, "Doing Time"". SeaShorts Film Society. Dicapai pada 2025-06-03.