Desa Boy ialah sebuah siri mini drama televisyen Malaysia 2025 arahan Wan Saiful Shahrizan terbitan Suara Kita Production Sdn. Bhd. Ia dibintangi oleh Rafique Iskandar, Yew Hee dan Keyrthan Sharma. Siri ini memulakan tayangan perdana sempena syawal ini di Slot Sakura, TV3 pada 31 Mac (Raya Pertama) hingga 4 April 2025 (Raya Kelima), menggantikan Perempuan Itu.
| Desa Boy | |
|---|---|
| Genre | Komedi |
| Ditulis oleh |
|
| Pengarah | Wan Saiful Shahrizan |
Dibintangi oleh |
|
| Lagu pembukaan | "Bersama" - Sharul Kamal |
| Lagu penutup | "Pishang" - Toi Nizam |
| Negara asal | Malaysia |
| Bahasa | Melayu |
| Bilangan episod | 5 |
| Penerbitan | |
| Penerbit eksekutif | Fadzil Hamdan |
| Penerbit | Nazir Jamaluddin |
| Penyunting | DibDib Studio
|
| Tempoh siaran | 42 minit |
Syarikat penerbitan | Suara Kita Production Sdn Bhd |
| Penyiaran | |
| Saluran asal | TV3 (Sakura) Tonton |
| Format gambar | |
| Format audio | Dolby Digital |
| Siaran asal | 31 Mac 2025 – 4 April 2025 |
| Kronologi | |
| Mengikuti | Perempuan Itu |
Sinopsis
Suasana Kampung Harmoni yang menempatkan pelbagai keluarga dari berbilang bangsa dan latar belakang. Nabil merupakan anak kepada Zaliha seorang balu kepada bekas tentera. Mereka hidup bertiga bersama adik kembarnya Nabilla.
Pelakon
- Rafique Iskandar sebagai Nabil
- Yew Hee sebagai Ah Tong
- Keyrthan Sharma sebagai Raj
- Nasir Bilal Khan sebagai Tok Mudim
- Heidi Nur Aleesya sebagai Nabila
- Amyza Aznan sebagai Zaleha
- Amanda Tan sebagai Mei
- Khizdir Yusuf sebagai Rosli
- Satthiya Kandi sebagai Lela
- Ucop Cecupak sebagai Arshad
Pautan luar
| TV3: Slot Sakura, Isnin-Jumaat (Raya Pertama-Kelima), 6:00 petang | ||
|---|---|---|
| Sebelumnya | Desa Boy | Berikutnya |
| Perempuan Itu | TBA | |








