Dinasti Kedua Puluh Mesir | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1189 SM–1077 SM | |||||||||
![]() Potret Ramesses IX dari makamnya KV6. | |||||||||
Ibu negara | Pi-Ramesses | ||||||||
Bahasa yang umum digunakan | Bahasa Mesir | ||||||||
Agama | Agama Mesir Purba | ||||||||
Kerajaan | Raja mutlak | ||||||||
Era Sejarah | Kerajaan Baru Mesir | ||||||||
• Didirikan | 1189 SM | ||||||||
• Dibubarkan | 1077 SM | ||||||||
|
Zaman dan dinasti Mesir purba |
---|
Semua tahun dalam SM |
Dinasti Kedua Puluh Mesir (ditatatandakan Dinasti XX, atau Dinasti ke-20 atau Dinasti 20) ialah dinasti ketiga dan terakhir dalam tempoh Kerajaan Baru Mesir purba, berlangsung dari 1189 SM hingga 1077 SM. Dinasti ke-19 dan ke-20 bersama-sama membentuk era yang dikenali sebagai tempoh Ramsisiyah (Ramesside) kerana kelaziman pemerintah dengan nama depan "Ramesses". Dinasti ini secara umumnya dianggap menandakan permulaan kemerosotan Mesir purba dalam peralihan dari Zaman Gangsa Lewat ke Zaman Besi. Semasa Dinasti Kedua Puluh, Mesir purba menghadapi krisis pencerobohan oleh Bangsa Laut. Dinasti ini berjaya mempertahankan Mesir, namun mengalami kerosakan teruk.
Sejarah
Selepas kematian firaun terakhir Dinasti ke-19, Ratu Twosret, Mesir memasuki tempoh perang saudara. Disebabkan kehilangan rekod sejarah, punca perang saudara ini tidak diketahui. Perang ini berakhir dengan Setnakhte dinobatkan, yang mengasaskan Dinasti Kedua Puluh Mesir.
Dari pemerintahan Setnakhte dan anaknya Ramesses III, Mesir menghadapi krisis disebabkan pencerobohan Bangsa Laut. Pencerobohan ini merupakan sebahagian daripada rentetan krisis yang saling berkaitan dalam pelbagai tamadun Mediterranean. Seluruh krisis ini sering dipanggil Keruntuhan Zaman Gangsa Lewat.
Bangsa Laut menyebabkan kerosakan besar terhadap penduduk Mesir, yang dapat dilihat dalam rekod sejarah. Satu inskripsi berbunyi:
"Secara tiba-tiba semua negeri dihapuskan dan berserakan dalam kekacauan. Tiada negeri dapat menahan senjata mereka, daripada Hatti, Kode, Karkemis, Arzawa, dan Alasyia – dipotong sekali gus. Kem didirikan di Amurru. Mereka menghancurkan rakyatnya dan negerinya menjadi seperti tidak pernah wujud. Mereka datang ke Mesir, sementara api disediakan untuk mereka."
Bukan hanya Mesir yang terjejas oleh pencerobohan Bangsa Laut. Empayar Orang Het, pesaing lama Mesir, runtuh dan tidak bangkit semula. (Dalam inskripsi di atas, Orang Het dipanggil "Hatti".)
Dengan kemenangan dalam Pertempuran Djahy dan Pertempuran Delta pada Tahun 8 pemerintahan Ramesses III, Mesir berjaya menangkis serangan Bangsa Laut, melindungi Mesir daripada kehancuran seperti tamadun-tamadun Zaman Gangsa lain. Semasa Dinasti Kedua Puluh, banyak kuil dibina untuk menayangkan kekuatan Mesir. Namun, ia juga menunjukkan kebangkitan politik golongan pendeta melebihi firaun.
Dinasti Kedua Puluh merosot akibat perubahan iklim drastik, pergolakan dalam keluarga diraja, dan peningkatan kuasa golongan paderi dan bangsawan. Selepas kematian Ramesses XI, firaun terakhir Dinasti Kedua Puluh, tempoh kacau-bilau berlaku. Ini diakhiri oleh Smendes, seorang bangsawan Mesir, yang menjadi Firaun pertama Dinasti ke-21.
Firaun-firaun Dinasti ke-20
Firaun-firaun Dinasti ke-20 memerintah selama kira-kira 120 tahun: dari sekitar 1187 hingga 1064 SM. Tarikh dan nama dalam jadual berikut kebanyakannya diambil daripada "Jadual Kronologi untuk Tempoh Dinastik" dalam Erik Hornung, Rolf Krauss & David Warburton (penyunting), Ancient Egyptian Chronology (Handbook of Oriental Studies), Brill, 2006. Kebanyakan firaun dimakamkan di Lembah Raja-raja di Thebes (dilabelkan KV). Maklumat lanjut boleh didapati di laman web Theban Mapping Project.[2]
Firaun | Gambar | Prenomen (Nama Takhta) | Nama-Horus | Pemerintahan | Makam | Permaisuri | Komen |
---|---|---|---|---|---|---|---|
Setnakhte | ![]() |
Userkhaure-setepenre | Kanakhtwerpehty | 1189 – 1186 SM | KV14 | Tiy-merenese | Mungkin merampas takhta daripada pendahulunya, Twosret. |
Ramesses III | ![]() |
Usermaatre-Meryamun | Kanakhtaanesyt | 1186 – 1155 SM | KV11 | Iset Ta-Hemdjert Tyti Tiye |
|
Ramesses IV | ![]() |
Usermaatre Setepenamun, kemudian Heqamaatre Setepenamun | Kanakhtankhemmaat | 1155 – 1149 SM | KV2 | Duatentopet | |
Ramesses V / Amenhirkhepeshef I | ![]() |
Usermaatre Sekheperenre | Kanakhtmenmaat | 1149 – 1145 SM | KV9 | Henutwati Tawerettenru |
|
Ramesses VI / Amenhirkhepeshef II | ![]() |
Nebmaatre Meryamun | Kanakhtaanakhtu | 1145 – 1137 SM | KV9 | Nubkhesbed | |
Ramesses VII / Itamun | ![]() |
Usermaatre Setepenre Meryamun | Kanakhtanemnesu | 1136 – 1129 SM | KV1 | ||
Ramesses VIII / Sethhirkhepeshef | ![]() |
Usermaatre-Akhenamun | (tidak diketahui) | 1130 – 1129 SM | |||
Ramesses IX / Khaemwaset I | ![]() |
Neferkare Setepenre | Kanakhtkhaemwaset | 1129 – 1111 SM | KV6 | Baketwernel | |
Ramesses X / Amenhirkhepeshef III | ![]() |
Khepermaatre Setepenre | Kanakhtsekhaenre | 1111 – 1107 SM | KV18 | ||
Ramesses XI / Khaemwaset II | ![]() |
Menmaatre Setpenptah | Kanakhtmeryre | 1107 – 1077 SM | KV4 | Tentamun |
Garis masa

Pohon keluarga Firaun
Dinasti Kedua Puluh Mesir merupakan yang terakhir dalam Kerajaan Baru Mesir. Hubungan kekeluargaan tidak jelas, terutamanya menjelang akhir dinasti.
Galeri
-
Ramesses III ialah anak Setnakht. Semasa pemerintahannya, baginda menangkis pencerobohan Bangsa Laut di Mesir dan membenarkan penempatan mereka di Kanaan. Satu konspirasi dirancang untuk membunuh baginda tetapi gagal. Baginda kemudian dibunuh. Mumia baginda, lama menjadi inspirasi filem seram Hollywood, menunjukkan kerongkongnya dikelar.
-
Ramesses IV ialah anak kelima Ramesses III. Baginda menaiki takhta selepas empat abangnya meninggal.
-
Ramesses V ialah anak Ramesses IV dan Permaisuri Duatentopet. Semasa pemerintahannya, penjarah Libya menyerang negara dan cuba menakluk Thebes, memaksa pekerja Deir el-Medina menghentikan kerja di Lembah Raja-raja. Baginda mangkat akibat cacar.
-
Ramesses VI ialah bapa saudara Ramesses V. Baginda merampas takhta pendahulunya dan kemudian makamnya, KV9.
-
Ramesses VII ialah anak Ramesses VI. Semasa pemerintahannya, harga gandum melambung tinggi. Mumia baginda tidak pernah ditemui tetapi cawan dengan namanya ditemui dalam simpanan diraja di Deir el-Bahri. Baginda dimakamkan di KV1.
-
Ramesses VIII, dilahirkan sebagai Sethherkhepeshef, ialah abang Ramesses VI dan anak Ramesses III yang masih hidup. Baginda mungkin memerintah selama setahun atau dua. Makamnya tidak pernah dikenal pasti.
-
Ramesses IX ialah cucu Ramesses III, anak saudara Ramesses IV dan VI, dan anak Mentuherkhepeshef, yang tidak pernah menjadi firaun.
-
Ramesses X, dilahirkan sebagai Amunherkhepeshef, menaiki takhta selepas Ramesses IX. Baginda kurang didokumentasikan, dengan sedikit monumen atas namanya. Makamnya, KV18, tidak siap.
-
Ramesses XI ialah firaun terakhir Dinasti Kedua Puluh. Ketika Mesir lemah, Ramesses XI terpaksa berkongsi kuasa dalam triumvirat dengan Herihor, paderi tinggi Amun, dan Smendes, gabenor Mesir Hilir. Ramesses XI dimakamkan di Mesir Hilir oleh Smendes, yang kemudian mengambil takhta sendiri.
Lihat juga
Pharoah ialah novel sejarah oleh Bolesław Prus, berlatarkan Mesir pada akhir Dinasti Kedua Puluh, yang menambah dua pemerintah fiksyen: Ramesses XII dan Ramesses XIII. Ia telah diadaptasi menjadi filem dengan tajuk sama.
Rujukan
- ^ "Misteri Bangsa Laut | Classical Wisdom Weekly". classicalwisdom.com. Dicapai pada 2024-03-18.
- ^ Tapak di Lembah Raja-raja
Didahului oleh Dinasti Kesembilan Belas |
Dinasti Mesir 1189−1077 SM |
Diikuti oleh: Dinasti Kedua Puluh Satu |
- Dinasti Kedua Puluh Mesir
- Negeri dan wilayah yang diasaskan pada abad ke-12 SM
- Negeri dan wilayah yang dibubarkan pada abad ke-11 SM
- Dinasti Mesir Purba
- Kerajaan Baru Mesir
- Abad ke-12 SM di Mesir
- Abad ke-11 SM di Mesir
- Pengasasan abad ke-12 SM di Mesir
- Pembubaran alaf ke-2 SM di Mesir
- Alaf ke-2 SM di Mesir
- Keruntuhan Zaman Gangsa Lewat