Doria Rachel Jolly | |
---|---|
![]() | |
Kelahiran | |
Warganegara | Malaysia |
Pusat pendidikan | Universiti Hertfordshire, London |
Pekerjaan | |
Tahun aktif | 2007–kini |
Laman web rasmi | www.doriarachel.com |
Doria Rachel Jolly (lahir 16 Januari 1988) merupakan seorang pengacara dan pelakon wanita Malaysia. Doria menduduki tempat ketiga dalam rancangan Ikon Siarawan 2016. Ikon Siarawan merupakan sebuah program realiti terbitan RTM untuk mencari bakat baharu yang berpotensi dan berdaya saing dalam dunia penyiaran.[2] Dia juga telah membintangi beberapa drama popular tempatan seperti Isteri Tuan Ihsan (Astro) dan Melankolia (TV3).
Kehidupan awal
Doria Rachel Jolly dilahirkan pada 16 Januari 1988 di Miri, Sarawak. Doria ialah anak sulung daripada 3 adik beradik. Doria berdarah kacukan. Dia memegang ijazah undang-undang dari Universiti Hertfordshire, London dan telah menetap di sana selama 5 tahun sebelum berpulang ke tanah air untuk memulakan kerjayanya di dalam dunia hiburan pada tahun 2016.
Pada 2011 Doria pernah aktif sebagai model dan memenangi anugerah Fashionista Style Search. Dia juga telah mencuba nasib menyertai pertandingan reality pencarian bakat Britain X Factor.
Kini
Selepas penggambaran dramanya Kesempatan Kedua pada tahun 2023, Doria mendedahkan bahawa beliau sedang dalam perancangan untuk memulakan jenama kecantikan dan kosmetiknya sendiri.
Pada tahun 2024, Doria secara rasmi melancarkan jenama kecantikan dan kosmetiknya yang dinamakan BeautiNest. Di bawah jenama ini, beliau telah mengeluarkan dua produk setakat ini, dan berjaya mencatatkan lebih daripada 10,000 jualan menerusi platform TikTok sahaja.
Disebabkan kejayaan luar jangka perniagaannya, Doria mengumumkan dalam satu siaran langsung di TikTok bahawa beliau membuat keputusan untuk berehat seketika daripada dunia lakonan bagi memberi tumpuan kepada pengembangan jenamanya. Dua produk yang telah dilancarkan setakat ini ialah minuman sarang burung berperisa coklat dan serum penjagaan kulit.
Pada tahun 2025, peminat mula tertanya-tanya sama ada Doria akan kembali berlakon. Menerusi hantaran di media sosial, beliau menyatakan bahawa walaupun kini kurang muncul di khalayak, beliau masih menerima pelbagai tawaran dan skrip hasil kejayaan karya-karyanya sebelum ini. Namun begitu, beliau lebih berhati-hati dalam memilih watak kerana tidak mahu dilabel atau terperangkap dalam satu jenis peranan sahaja dalam industri hiburan.
Filemografi
Televisyen
- Ikon Siarawan (2016)
Filem
- Paskal (2018)
- Fly By Night (2018)
- Wira (2019)
- Suraya (2020)
Telefilem
- Ketika Daun Berzikir (2016)
- Famili Tuan Ihsan (2017)
- Ishihara (2018)
- Dilema (2019)
- Cinta Segera (2020)
- Kek Lapis (Akan datang)
- Semua Tentang Kita (2022)
- Sempurna (2023)
Drama
- Isteri Tuan Ihsan (2016)
- Ku Kirim Cinta (2017)
- Papa Ricky (2017)
- Famili Tuan Ihsan (2017)
- Syurga Yang Kedua (2017)
- Yes Sir Nak Ke Mana? (2018)
- Melankolia (2018)
- Cinta Bukan Kristal (2018)
- Seribu Rindu (2018)
- Suri Ram (2018)
- Kan Ku Kejar Cinta Kamu (2018)
- Ghaib (2018)
- Puteri Yang Ditukar (2019)
- Kau Perempuan Itu (2020)
- Seindah Tujuh Warna Pelangi (2020)
- Rindu Yang Terindah (2020)
- Leon Zalika (2020)
- Keluarga Pasar (2022)
- Kesempatan Ke Dua (2023)
Rujukan
- ^ "'Cinta pertama' Doria Rachel". Sinar Harian. 2 Mac 2017.
- ^ "Biodata Doria Rachel Jolly". Blog Lisa. 14 Disember 2016.
https://www.hmetro.com.my/utama/2020/06/593261/mahu-variasi-watak