
Gedung Bata Merah Yokohama (横浜赤レンガ倉庫, Yokohama Akarenga Sōko) adalah sebuah bangunan bersejarah yang digunakan sebagai kompleks yang mengandungi sebuah pusat membeli-belah, dewan jamuan dan tempat acara. Dulu, kompleks ini, yang secara rasminya dikenali sebagai Gudang Berikat Jeti Newport (新港埠頭保税倉庫, Shinkō Futō Hozei Sōko), digunakan sebagai bangunan kastam dan Terdapat dua bahagian: Gudang No.1 dan No.2. Ia dikendali oleh Yokohama Akarenga Co. Ltd., dan terletak di Pelabuhan Yokohama di Naka-ku, Yokohama, Kanagawa, Jepun.
Sejarah
Pada akhir abad ke-19, kerajaan bandaraya Yokohama bermula membina fasiliti-fasiliti pelabuhan baharu dan kerja penambakan telah bermula pada 1899. Kerja ini siap pada 1905, yang diikuti dengan kerja pembesaran yang berakhir pada tahun berikutnya. Bangunan No. 2 sekarang telah dibina pada 1911, dan Bangunan No. 1 dibina pada 1913 yang telah dirancang oleh sebuah arkitek dan pegawai kerajaan Jepun, Tsumaki Yorinaka.[1] Kedua-dua bangunan sepatutnya digunakan sebagai rumah kastam.[2]
Apabila Gempa Bumi Kantō 1923 melanda Yokohama, bangunan-bangunan bata merah ini mengalami kerosakan, tetapi kurang teruk berbanding bangunan lain disebabkan struktur mereka diperkuatkan dengan besi yang ditanam di antara bata. Kerja-kerja pembaikan berterusan sehingga 1930, dan selepas Perang Dunia Kedua, bangunan-bangunan ini dirampas oleh tentera pendudukan Amerika antara 1945 dan 1956.[2] Selepas bangunan-bangunan tersebut dikembalikan kepada Jepun, penggunaannya berkurangan dengan kemunculan pengkontenaan, dan bangunan-bangunan ini menamatkan peranan mereka sebagai rumah kastam pada tahun 1989.
Proses pengubahsuaian bangunan ini diteruskan oleh Naoshi Kawabata. Pada tahun 1992, bandaraya Yokohama memperoleh bidang kuasa ke atas bangunan-bangunan tersebut,[2] dan kerja-kerja pemulihan dijalankan dari 1994 hingga 1999. Kerja ini, pengukuhan bumbung dan struktur bangunan-bangunan telah dijalankan oleh Takenaka Corporation, sebuah syarikat seni bina Jepun.[3] Selepas renovasi dalaman, bangunan ini dibuka semula sebagai Gedung Bata Merah Yokohama pada 12 April, 2002.
Penjelasan
Kompleks ini dibahagikan kepada bangunan No. 1 dan No. 2. Kedua-dua bangunan ini adalah tiga tingkat tinggi, 22.6 meter luas dan 17.8 meter tinggi.[3] Keluasan bangunan No.1 adalah 5,575 m2 dengan ketinggian 76 meter. Bangunan No. 2 pula ada keluasan sebanyak 10,755 m2, dan ketinggian 149 meter.[3]
Bangunan No. 1 dikenali sebagai dewan dan diguna pakai sebagai tempat acara untuk pameran seni, festival filem dan pertandingan muzikal.[4] Bangunan No. 2 mempunyai sebuah pusat beli-belah dan arked restoran dan sebuah balkoni dimana pelawat dapat melihat pelabuhan Yokohama yang dibuka di tingkat 3 pada 2007. Tempat bersiaran lain termasuklah Bandar China Yokohama, Minato Mirai 21, dan Taman Yamashita yang berdekatan.
Acara bermusim
Kawasan sekitar Gedung Bata Merah Yokohama memiliki pasaran krismas gaya Jerman bertiket tahunan yang popular dari 25 November hingga 25 Disember (Hari Krismas).[5] Sebahagian daripada tarikan gedung ini adalah inspiradi gaya seni bina Jerman.[6][7] Dari Disember hingga Februari, Rumah Bata Merah Yokohama adalah tempat kepada Gelanggang Seni Yokohama, sebuah taman luncur ais luar dan juga pameran Seni yang mempamerkan karya artist tempatan.[8][9][10] Gelanggang Seni ini telah beroperasi sejak 2005.[11]
Selain itu, sebuah Oktoberfest diadakan dari lewat September hingga pertengahan Oktober.[12]
Sukan
Pada 10 Disember 2018, ia diumumkan bahawa Peringkat Akhir SASUKE 36 khas akan disiarkan secara langsung dari Gudang Bata Merah Yokohama di TBS pada Malam Tahun Baru.[13] Edisi SASUKE 2019 telah disiarkan secara langsung dari gudang tersebut pada 31 Disember 2019. Ia merupakan kejohanan SASUKE kedua berturut-turut yang mempunyai Peringkat Akhir disiarkan secara langsung.[14]
Dalam budaya popular
- Komi Can't Communicate mempunyai adegan di Gelanggang Seni Yokohama.
- Bangunan ini dijadikan latar untuk pesta buku terpakai dalam episod TV ke-10 After the Rain.
- Gundam Build Divers Re:RisE termasuk satu adegan Aile Strike Gundam di hadapan gudang tersebut. Gudang ini juga dijadikan sebagai salah satu perhentian dalam rally setem bertemakan Re:Rise.
- Harbor Tale, sebuah filem pendek gerakan henti media campuran 2011, memberikan sifat insan kepada sebuah bata merah yang terletak di sudut gudang.[15]
- Yokohama Red Brick dijadikan lokasi temu janji Atsushi dan Kyōka dalam Bungo Stray Dogs.
Galeri
- 
			
			Gudang pada tahun 1917
- 
			
			Stesen Pelabuhan Yokohama pada 1929, dengan gudang kelihatan di belakang
- 
			
			Galeri sejarah
- 
			
			Kedai-kedai di dalam gudang
- 
			
			Bangunan Gudang (2012)
- 
			Pelbagai pemandangan dari Gudang Bata Merah Yokohama, 2023
- 
			
			Peluncur ais menikmati Gelanggang Seni Yokohama pada 2010
Rujukan
- ^ Red Brick Warehouse No.1, Yokohama Triennale 2001
- ^ a b c Timeline of the Yokohama Red Brick Warehouse Diarkibkan Disember 14, 2007, di Wayback Machine
- ^ a b c Red Brick Warehouses-Yokohama, Takenaka Topics
- ^ The guide for the building No.1 Diarkibkan Oktober 29, 2007, di Wayback Machine
- ^ "Yokohama Christmas Market 2023 ticket reservation & food/gourmet information!". ACTIVITY JAPAN (dalam bahasa Inggeris). 2023-11-01. Dicapai pada 2024-01-30.
- ^ "Christmas Market in Yokohama Red Brick Warehouse 2022". Yokohama Official Visitors Guide - Travel Guide to Yokohama City (dalam bahasa Jepun). Dicapai pada 2024-01-30.
- ^ Greene, Amanda (2023-11-03). "Yokohama Christmas Market". Yokohama Travel Guide (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-01-30.
- ^ "Yokohama Art Rink 2023 - Events in Kanagawa". JapanTravel (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-01-30.
- ^ "Enjoy Art While Ice Skating at the Art Rink in Yokohama Red Brick Warehouse". Japan National Tourism Organization (JNTO) (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-01-30.
- ^ "Yokohama Red Brick Warehouse Art Rink | Yokohama Red Brick Warehouse | Things to do in Tokyo". Time Out Tokyo (dalam bahasa Inggeris). 2024-01-31. Dicapai pada 2024-01-30.
- ^ "アートリンク in 横浜赤レンガ倉庫". akarenga-artrink.yafjp.org (dalam bahasa Jepun). Dicapai pada 2024-01-30.
- ^ "Oktoberfest in Yokohama Sept. 29 - Oct. 15: A German festival and general good time". Stripes Japan (dalam bahasa Inggeris). 2023-09-27. Dicapai pada 2024-01-30.
- ^ "2018年大晦日オンエアの『Sasuke Ninja Warrior』第36回大会は、22年の歴史で初の生放送!|ニフティニュース". news.nifty.com (dalam bahasa Jepun). Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-12-11.
- ^ "サスケ2019大晦日のファイナルステージが横浜赤レンガ倉庫に登場!" (dalam bahasa Jepun). 29 December 2019.
- ^ Hotes, Cathy Munroe. "Harbor Tale (ハーバーテイル, 2011)" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-01-30.
Pautan luar
|  | Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Gedung Bata Merah Yokohama | 
- In with the Old: Yokohama's Red Brick Warehouses (dalam bahasa Inggeris)
- Red Brick Warehouse Yokohama - AsiaRooms.com (dalam bahasa Inggeris)
- Yokohama Red Brick Warehouses, the building No.1 (dalam bahasa Jepun)
- The Yokohama Red Brick Warehouse Official Homepage (dalam bahasa Jepun)













