![]() | |
Diselenggarakan oleh | Majlis Bandaraya Pulau Pinang |
---|---|
Component highways | ![]() |
Lokasi | George Town |
Koordinat | 5°24′17″N 100°18′13″E / 5.404637°N 100.303638°E |
Akhir Utara |
|
Akhir Selatan | Bulatan Udini |
JALAN MASJID NEGERI Green Lane11600 P. PINANG |
Green Lane ialah jalan utama di dalam bandar raya George Town dalam negeri Malaysia Pulau Pinang. Sebagai sebahagian daripada Jalan Lingkaran Tengah Pulau Pinang, Green Lane bermula dari persimpangan dengan Jalan Scotland dan Jalan Ayer Itam, dan memanjang ke arah selatan sehingga ke Bulatan Udini.[1]
Dahulunya sebuah jalan yang tenang dan dipenuhi kehijauan, Green Lane menyaksikan proses pembandaran pesat sejak tahun 1950-an, menjadikannya sebuah kawasan kejiranan mewah.[2][3] Walaupun begitu, jalan ini masih terkenal dengan elemen kehijauannya, dengan deretan pokok matang di kedua-dua belah jalan serta di bahagian pembahagi tengah.[2][4] Green Lane turut menempatkan dua buah sekolah mubaligh terkemuka di Pulau Pinang – Penang Free School dan Convent Green Lane.[5]
Etimologi
Meskipun Green Lane telah dinamakan semula secara rasmi sebagai Jalan Masjid Negeri pada era 1980-an, penduduk tempatan Pulau Pinang masih lagi merujuk jalan ini dengan nama asalnya, Green Lane.[2][3] Hal ini bukan sahaja kerana nama baharu kedengaran janggal, malah mencerminkan sifat konservatif dalam kalangan penduduk yang melihat sejarah penjajahan sebagai sebahagian daripada identiti tempatan mereka.
Sejarah
Sehingga pertengahan abad ke-20, Green Lane merupakan kawasan penempatan kecil yang didiami komuniti petani.[3] Ketika itu, sebahagian besar laluan ini merentasi kawasan luar bandar di pinggir George Town.[2] Pada tahun 1928, Penang Free School telah dipindahkan dari Jalan Farquhar di pusat bandar ke kawasan Green Lane.
Sejak tahun 1950-an, Green Lane telah dibangunkan menjadi kawasan kejiranan pinggir bandar yang mewah, dengan pembangunan perumahan seperti Taman Greenview, Taman Green Lane dan Island Glades dibina di sepanjang jalan ini.[3] Proses perindustrian besar-besaran di kawasan Bayan Lepas di selatan turut meningkatkan kepentingan Green Lane sebagai laluan utama antara George Town dan Bayan Lepas.
Pada tahun 1980-an, Green Lane telah dinamakan semula sebagai Jalan Masjid Negeri dalam Bahasa Melayu sempena siapnya pembinaan Masjid Negeri Pulau Pinang yang terletak di sepanjang laluan ini.[2][3] Namun begitu, penamaan semula ini kurang mendapat sambutan daripada penduduk tempatan Pulau Pinang, yang sehingga kini masih lebih gemar menggunakan nama kolonial asal jalan ini.
Bagi menampung pertambahan jumlah kenderaan, beberapa jejambat telah dibina dan sebahagian laluan Green Lane telah diperluas kepada tiga lorong pada tahun 2015.[3][6][1] Walau bagaimanapun, kesesakan trafik di Green Lane masih menjadi masalah, khususnya pada waktu puncak.[3][7]
Pendidikan
Green Lane menempatkan dua sekolah mubaligh, Penang Free School dan Convent Green Lane.[5] Selain itu, Perpustakaan Digital Pulau Pinang (Penang Digital Library), perpustakaan digital pertama seumpamanya di Malaysia, turut terletak dalam kawasan Penang Free School.[8][9]
-
Penang Free School, sekolah Inggeris tertua di Asia Tenggara, dipindahkan ke Green Lane pada tahun 1928.
-
Perpustakaan Digital Pulau Pinang dilancarkan pada tahun 2016.
-
Bangunan utama Hospital Lam Wah Ee.
-
Green Lane dinamakan semula sebagai Jalan Masjid Negeri.
-
Kerusi biskop dipindahkan ke Katedral Roh Kudus, Pulau Pinang pada 2003.
-
Stesen minyak Shell di hadapan Island Glades dan Island Park.
Penjagaan kesihatan
Beberapa hospital swasta terletak di sepanjang Green Lane. Yang paling menonjol ialah Hospital Lam Wah Ee, yang terletak di persimpangan dengan Jalan Tan Sri Teh Ewe Lim. Pusat pakar yang lebih baharu di Green Lane termasuk Carl Corrynton Medical Centre dan Hospital Pakar Mata Optimax.[10][11]
Rumah ibadat
Terdapat pelbagai rumah ibadat bagi pelbagai agama di sepanjang Green Lane, termasuk Masjid Negeri Pulau Pinang, Pusat Meditasi Buddha Malaysia, Wat Pinbang-Onn, dan Katedral Roh Kudus, Pulau Pinang.[3][12][13]
- ^ a b "Delayed road project takes a turn for the better - Community | The Star Online". www.thestar.com.my. Dicapai pada 2017-07-31.
- ^ a b c d e Khoo, Su Nin (2007). Streets of George Town, Penang. Penang: Areca Books. ISBN 978-983-9886-00-9.
- ^ a b c d e f g h "TheEdgeProperty Malaysia". www.theedgeproperty.com.my (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2017-07-31.
- ^ "Penang's Green Lane: Less green or smoother flow? — Boo Soon Yew". 2016-02-15. Dicapai pada 2017-07-31.
- ^ a b "Convent Green Lane Stretches Tall Again". Convent Green Lane Stretches Tall Again. Dicapai pada 2017-07-31.
- ^ "Congestion down at upgraded Jalan Masjid Negeri". www.thesundaily.my (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2017-07-31.
- ^ "Ending daily traffic nightmare - Community | The Star Online". www.thestar.com.my. Dicapai pada 2017-07-31.
- ^ "Penang Digital Library". www.penangdigitallibrary.com. Dicapai pada 2017-07-31.
- ^ "Perpustakaan digital Pulau Pinang dibuka 24 jam mulai 1 Mei - Community | The Star Online". www.thestar.com.my. Dicapai pada 2017-07-31.
- ^ "CONTACT US | Carl Corrynton Medical Centre | Plastic Surgery, Cosmetic Surgery, Regenerative Medicine, Orthopaedic/Sports Medicine". www.carlcorrynton.com. Dicapai pada 2016-11-10.
- ^ "Penang Eye Specialist Hospital | OPTIMAX Eye Specialist Malaysia". www.optimax2u.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2017-05-19.
- ^ "Malaysian Buddhist Meditation Centre". www.mbmcmalaysia.org. Dicapai pada 2017-07-31.
- ^ "Penang Heritage Trust". www.pht.org.my (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2017-07-31.