Pulau Pinang ڤولاو ڤينڠ | |
---|---|
Transkripsi lain | |
• Inggeris | Penang |
• Cina | 槟城 (Ringkas) 檳城 (Tradisional) Bīn chéng (Pinyin) |
• Hokkien | 庇能 Pī-néeng (Tâi-lô) Pī-né͘ng (Pe̍͘h-ōa-jī) |
• Tamil | பினாங்கு Piṉāṅku (Transliterasi) |
• Thai | ปีนัง Pinang (RTGS) |
Nama panggilan: Pulau mutiara | |
Cogan kata: Bersatu dan Setia | |
Lagu: Untuk Negeri Kita | |
![]() | |
Koordinat: 05°24′09″N 100°21′54″E / 5.40250°N 100.36500°E | |
Negara | Malaysia |
Ibu negeri | George Town, Pulau Pinang |
Bandar terbesar | Seberang Perai |
Pentadbiran | |
• Jenis | Sistem berparlimen |
• Yang di-Pertua Negeri | Ramli Ngah Talib |
• Ketua Menteri | Chow Kon Yeow |
Keluasan | |
• Jumlah | 1,048 km2 (405 batu persegi) |
Aras tertinggi | 833 m (2,733 ft) |
Penduduk (2020)[2] | |
• Jumlah | 1,740,405 |
• Kepadatan | 1,659/km2 (4,300/batu persegi) |
Indeks Pembangunan Manusia | |
• IPM (2018) | ▲ 0.838 sangat tinggi [3] |
Zon waktu | UTC+08:00 (WPM) |
Poskod | |
Kod panggilan | 04 |
Huruf pertama plat kenderaan | P |
Laman sesawang | www |
Pulau Pinang (Jawi: ڤولاو ڤينڠ) atau lebih sering disebut Penang (bahasa Inggeris: Penang,pengucapan: "Pī néeng") ialah sebuah negeri di Malaysia yang terletak di pantai barat laut Semenanjung Malaysia sepanjang Selat Melaka. Negeri ini terdiri daripada dua bahagian: Pulau Pinang, yang menempatkan ibu negaranya George Town, dan Seberang Perai di tanah besar Semenanjung Melayu. Kedua-dua bahagian ini dihubungkan secara fizikal oleh Jambatan Pulau Pinang dan Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah. Negeri ini bersempadan dengan Kedah di sebelah utara dan timur, serta Perak di sebelah selatan.
Ditubuhkan oleh Francis Light pada tahun 1786, Pulau Pinang menjadi sebahagian daripada Negeri-Negeri Selat, iaitu sebuah tanah jajahan mahkota British yang turut merangkumi Melaka dan Singapura. Semasa Perang Dunia Kedua, Jepun telah menduduki Pulau Pinang, namun pihak British berjaya mengambil alih semula pada tahun 1945. Pulau Pinang kemudiannya menyertai Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia), yang mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Ekonomi Pulau Pinang telah beralih daripada perdagangan entrepôt kepada pembuatan elektronik dan sektor tertiari sepanjang akhir abad ke-20.
Dengan jumlah penduduk seramai 1.74 juta orang dan kepadatan penduduk sebanyak 1,659 orang/km² (4,300 orang/mi²) pada tahun 2020, Pulau Pinang merupakan salah satu negeri yang paling padat penduduk dan paling urban di Malaysia. Seberang Perai ialah bandar ketiga terbesar di Malaysia dari segi jumlah penduduk. Pulau Pinang mempunyai kepelbagaian budaya dengan populasi yang merangkumi etnik Melayu, India, Eurasia, Siam, Arab, Cina dan ekspatriat.
Ekonomi Pulau Pinang beralih daripada perdagangan entrepot kepada pembuatan elektronik dan sektor ketiga pada hujung abad ke-20. Kini, Pulau Pinang merupakan salah satu daripada penjana ekonomi yang paling membangun dalam Malaysia, dengan KDNK per kapita kedua tertinggi dalam kalangan negeri-negeri Malaysia, dan Indeks Pembangunan Manusia ketiga tertinggi selepas Kuala Lumpur dan Selangor. Pulau Pinang juga merupakan pengeksport utama Malaysia dengan eksport bernilai hampir RM451 billion pada tahun 2022, terutamanya melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, yang juga lapangan terbang ketiga tersibuk dalam negara dari segi traffik penumpang. Laporan Sosioekonomi Negeri 2017 yang diterbitkan pada 26 Julai 2018 melaporkan bahawa Pulau Pinang mempunyai KDNK per kapita sebanyak RM49,873 pada 2017.[4]
Etimologi
Nama Pulau Pinang ini diambil daripada nama pokok pinang (areca catechu). Pulau Pinang juga dirujuk secara tidak rasminya sebagai "Mutiara Timur" (Pearl of the Orient) dan "Pulau Mutiara".
Di sepanjang aliran sejarahnya, Pulau Pinang dikenali dengan nama-nama berbeza oleh para pelaut dari pelbagai kawasan. Orang tempatan menamakannya Pulo Ka Satu kerana ia merupakan pulau terbesar di sepanjang jalan kelautan antara Lingga dan Kedah.[5] Orang Siam yang pernah dipertuankan Kedah memanggilnya Ko Mak (Bahasa Thai: เกาะหมาก).[6]
Peneroka kelautan juga mengambil perhatian terhadap pokok pinang yang berlebih-lebih di pulau ini. Pada abad ke-15, Laksamana Cheng Ho dari China Ming merujuk kepada pulau ini sebagai Bīngláng Yǔ (Cina tradisional: 檳榔嶼; Cina ringkas: 槟榔屿; Pe̍h-ōe-jī: Pin-nn̂g-sū; secara harfiahnya "Pulau Pinang") dalam carta pandu arah beliau.[7] Dalam buku yang bertajuk Declaraçam de Malaca ("Description of Malacca" atau "Penerangan Melaka"), ahli kartografi Portugis Manuel Godinho de Erédia menamakannya Pulo Pinaom.[8]
Sejarah
Sejarah awal

Raj British 1858–1867
Negeri-Negeri Selat 1826–1941; 1945–1946
Empayar Jepun 1941–1945
Malayan Union 1946–1948
Persekutuan Tanah Melayu 1948–1963

Ahli arkeologi telah menemui rangka manusia dan artifak Neolitik seperti tembikar, kulit siput, dan alat batu di Guar Kepah, Seberang Perai, termasuk rangka yang digelar "Perempuan Pulau Pinang", berusia kira-kira 5,000 hingga 6,000 tahun.[9][10][11]
Kewujudan inskripsi dalam bahasa Pali pada batu megalit di Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam, menunjukkan bahawa kawasan tersebut pernah berada di bawah pengaruh Lembah Bujang, iaitu sebuah tamadun Hindu-Buddha yang wujud sekitar abad ke-6.[12] Menjelang abad ke-18, seluruh kawasan Pulau Pinang adalah sebahagian daripada Kedah, yang menjadi negeri naungan Kerajaan Rattanakosin (Siam).[13]
Penubuhan dan pemerintahan British

Pulau Pinang diperoleh oleh Kapten Francis Light bagi pihak Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) pada tahun 1786 daripada Sultan Abdullah Mukarram Shah, Sultan Kedah, sebagai balasan kepada janji perlindungan ketenteraan daripada ancaman Siam dan Burma.[15]
Tanpa kebenaran rasmi dari SHTI, Light telah berjanji memberi bantuan tentera kepada Kedah. Apabila syarikat enggan menunaikan janji tersebut semasa Kedah diserang Siam, Sultan cuba mengambil kembali pulau itu pada tahun 1790, namun gagal. Sebagai kompromi, SHTI bersetuju membayar 6,000 dolar Sepanyol setahun kepada Kedah. Jumlah itu dinaikkan kepada 10,000 dolar apabila Seberang Perai (kemudian dikenali sebagai Province Wellesley) diserahkan kepada SHTI pada tahun 1800.[16]
Pada 11 Ogos 1786, Light menamakan pulau itu sebagai “Prince of Wales Island” dan penempatan di Tanjung Penaga dinamakan George Town sempena Raja George III. Pulau ini kemudiannya berkembang sebagai pelabuhan bebas yang penting dalam perdagangan antara Timur dan Barat.
Pulau Pinang dimasukkan ke dalam Negeri-Negeri Selat bersama Melaka dan Singapura pada tahun 1826, di bawah pentadbiran British di India British. Ia menjadi tanah jajahan mahkota British yang berasingan pada tahun 1867, menjadikan George Town sebagai ibu negeri. Perubahan ini memberi lebih kuasa autonomi kepada Pulau Pinang dan membuka laluan kepada pembangunan pesat serta kemasukan imigran dari China, India dan Timur Tengah.[17][18]
Pendudukan Jepun dan pascamerdeka

Pada Perang Dunia Kedua, Pulau Pinang merupakan bahagian pertama Tanah Melayu yang ditawan oleh Empayar Jepun. Jepun mengebom George Town pada 8 Disember 1941, hanya beberapa jam selepas serangan Pearl Harbor, dan menduduki pulau itu sehingga tahun 1945.[20] Semasa pendudukan, penduduk Cina mengalami kekejaman besar seperti pembunuhan beramai-ramai, dikenali sebagai Sook Ching.
Pulau Pinang kembali di bawah kawalan British selepas tamatnya perang, dan dimasukkan ke dalam Malayan Union pada tahun 1946. Namun, cadangan ini ditentang hebat oleh orang Melayu, lalu ia digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu pada 1948. Pulau ini menjadi sebahagian daripadanya, walaupun terdapat tentangan daripada segelintir warga Eurasia dan Cina Peranakan tempatan yang mahukan status tanah jajahan mahkota dikekalkan.[21]
Pulau Pinang mencapai kemerdekaan bersama Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 dan menjadi salah satu negeri dalam Malaysia apabila negara itu dibentuk pada tahun 1963. Walaupun kehilangan status sebagai pelabuhan bebas pada 1969, Pulau Pinang bangkit sebagai hab industri berteknologi tinggi pada 1970-an apabila kerajaan negeri menubuhkan Zon Perdagangan Bebas Bayan Lepas, menarik pelaburan asing dan menjadikan negeri ini dikenali sebagai Silicon Valley of the East.[22]
Kini, Pulau Pinang terus memainkan peranan penting dalam ekonomi, budaya dan sejarah Malaysia serta menjadi salah satu destinasi pelancongan dan pelaburan utama di negara ini.
Geografi

Pulau Pinang merupakan salah satu daripada 13 negeri di Malaysia. Dengan jumlah keluasan 1,049 kilometer persegi, Pulau Pinang merupakan negeri kedua terkecil di Malaysia selepas Perlis. Terletak di persisiran barat laut Semenanjung Malaysia, bersempadan dengan negeri Kedah di sebelah utara dan timur, negeri Perak di sebelah selatan dan perairan Selat Melaka di sebelah barat. Pulau Pinang terdiri daripada bahagian pulau dan juga tanah besar yang dikenali sebagai Seberang Perai, kedua-duanya dipisahkan oleh Selat Pulau Pinang. Keluasan kawasan pulau adalah 295 kilometer persegi manakala kawasan Seberang Perai berkeluasan 748 kilometer persegi. Kedua-dua bahagian dihubungkan dengan perkhidmatan feri dan Jambatan Pulau Pinang yang panjangnya 13.5 kilometer.
Bentuk muka bumi Pulau Pinang secara umumnya tidak sekata, dengan kawasan berbukit dan dilitupi hutan di kawasan tengah pulau. Titik tertinggi di negeri ini ialah Bukit Bendera, yang berketinggian 833 meter dan terletak di tengah pulau. Dataran pantai di pulau ini sebahagian besarnya sempit, dengan kawasan dataran terluas berada di timur laut pulau. Kawasan timur pulau merupakan kawasan yang paling membangun dan padat, manakala kawasan barat pulau kurang dibangunkan. Seberang Perai pula sebahagian besarnya mempunyai bentuk muka bumi yang rata, dengan sedikit kawasan berbukit di sempadan timur dengan Kedah.
Sungai utama yang mengalir di Pulau Pinang termasuklah Sungai Pinang, Sungai Muda, Sungai Perai dan Sungai Kerian. Sungai Muda menjadi sempadan utara antara Seberang Perai dan Kedah, manakala Sungai Kerian menjadi sempadan selatan antara Seberang Perai, Kedah dan Perak.
Beberapa projek tebus guna tanah telah dilaksanakan di kawasan perairan timur Pulau Pinang disebabkan kekurangan tanah dan kepadatan George Town. Pada tahun 2023, proses penambakan telah dilaksanakan di kawasan selatan pulau bagi membina Pulau Silikon yang berkeluasan 920 hektar.
Iklim
Suhu (siang) | 27°C-30°C |
Suhu (malam) | 22°C-24°C |
Curahan hujan | 2670 mm |
Kelembapan | 70%-90% |
Data iklim untuk Pulau Pinang | |||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Bulan | Jan | Feb | Mac | Apr | Mei | Jun | Jul | Ogo | Sep | Okt | Nov | Dis | Tahun |
Purata maksimum suhu harian, °C (°F) | 31.6 (88.9) |
32.2 (90.0) |
32.2 (90.0) |
31.9 (89.4) |
31.6 (88.9) |
31.4 (88.5) |
31.0 (87.8) |
30.9 (87.6) |
30.4 (86.7) |
30.4 (86.7) |
30.4 (86.7) |
30.7 (87.3) |
31.2 (88.2) |
Purata minimum suhu harian, °C (°F) | 23.2 (73.8) |
23.5 (74.3) |
23.7 (74.7) |
24.1 (75.4) |
24.2 (75.6) |
23.8 (74.8) |
23.4 (74.1) |
23.4 (74.1) |
23.2 (73.8) |
23.3 (73.9) |
23.3 (73.9) |
23.4 (74.1) |
23.5 (74.3) |
Purata curahan hujan, mm (inci) | 68.7 (2.70) |
71.7 (2.82) |
146.4 (5.76) |
220.5 (8.68) |
203.4 (8.01) |
178.0 (7.01) |
192.1 (7.56) |
242.4 (9.54) |
356.1 (14.02) |
383.0 (15.08) |
231.8 (9.13) |
113.5 (4.47) |
2,407.6 (94.78) |
Purata bilangan hari hujan (≥ 1.0 mm) | 5 | 6 | 9 | 14 | 14 | 11 | 12 | 14 | 18 | 19 | 15 | 9 | 146 |
Purata bulanan jangka masa sinaran matahari | 248.0 | 234.5 | 235.6 | 225.0 | 204.6 | 201.0 | 204.6 | 189.1 | 162.0 | 170.5 | 183.0 | 207.7 | 2,465.6 |
Sumber 1: National Environment Agency | |||||||||||||
Sumber 2: Hong Kong Observatory[23] |
Kerajaan

Negeri Pulau Pinang merupakan antara empat negeri di Malaysia yang tidak mempunyai sistem beraja. Ketua negeri bagi Pulau Pinang ialah Yang di-Pertua Negeri, yang dilantik Yang di-Pertuan Agong Malaysia. Jawatan ini kini disandang oleh Ahmad Fuzi Abdul Razak. Bidang kuasa Yang di-Pertuan Negeri sebahagian besarnya hanya sebagai bentuk simbolik, antaranya ialah kuasa melantik ketua menteri dan meluluskan undang-undang yang telah diluluskan badan perundangan negeri.[24]
Pulau Pinang mempunyai badan eksekutif dan perundangannya yang tersendiri, akan tetapi kuasanya terhad apabila dibandingkan dengan bidang kuasa kerajaan pusat. Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang merupakan badan perundangan utama negeri, dengan ahli seramai 40 orang. Kesemua ahli dewan ini dipilih untuk tempoh maksimum selama lima tahun daripada setiap kawasan pengundian yang dipertandingkan dalam pilihan raya negeri.
![]() | |||||
Hubungan | Ketua parti/gabungan | Status | Kerusi | ||
---|---|---|---|---|---|
PRN 2023 | Semasa | ||||
|
Pakatan Harapan Barisan Nasional |
Chow Kon Yeow | Kerajaan | 29 | 29 |
Perikatan Nasional | Muhammad Fauzi Yusoff[25] | Pembangkang | 11 | 11 | |
Jumlah | 40 | 40 | |||
Majoriti kerajaan | 18 | 18 |
Badan eksekutif utama negeri ini ialah Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang, sama fungsinya dengan Kabinet Persekutuan. Majlis ini diketuai oleh Ketua Menteri, yang berperanan sebagai ketua kerajaan Pulau Pinang. Majlis ini juga terdiri daripada 11 ahli yang dilantik Yang di-Pertuan Negeri (atas nasihat Ketua Menteri) dan dalam kalangan ahli Dewan Undangan Negeri. Pulau Pinang merupakan satu-satunya negeri di Malaysia di mana jawatan ketua menterinya disandang oleh etnik Cina sejak kemerdekaan. Ketua Menteri Pulau Pinang yang terkini ialah Chow Kon Yeow dari Parti Tindakan Demokratik, yang menyandang jawatan ini sejak 2018.
Terdapat dua kerajaan tempatan berstatus bandaraya yang mentadbir Pulau Pinang, iaitu Majlis Bandaraya Pulau Pinang yang mentadbir kawasan pulau dan Majlis Bandaraya Seberang Perai yang mentadbir kawasan Seberang Perai. Kedua-dua majlis ini masing-masing mempunyai ahli seramai 24 orang dan diketuai seorang datuk bandar.
Pecahan kawasan pentadbiran
Negeri Pulau Pinang dibahagikan kepada 5 daerah dan 81 mukim.
Daerah di Pulau Pinang | |||
---|---|---|---|
![]() | |||
Daerah | Keluasan (km2)[26] | Populasi (2020)[27] | Mukim |
Barat Daya | 174.87 | 237,735 | 22 |
Seberang Perai Selatan | 242.27 | 422,985 | 16 |
Seberang Perai Tengah | 237.8 | 339,132 | 21 |
Seberang Perai Utara | 267.74 | 183,996 | 16 |
Timur Laut | 126.4 | 556,557 | 6 |
Bandar utama
Hubungan luar
Pulau Pinang mempunyai perwakilan diplomatik asing yang terbesar antara negeri-negeri di Malaysia. Setakat tahun 2023, 27 negara telah menubuhkan konsulat atau malantik konsul terhormat di Pulau Pinang.[28] Kerajaan Pulau Pinang juga telah mengadakan hubungan "wilayah kembar" dengan Kanagawa, Jepun dan hubungan wilayah persahabatan dengan Hainan, China.[29][30]
Demografi
Tahun | Pend. | ±% |
---|---|---|
1881 | 190,597 | — |
1891 | 231,224 | +21.3% |
1901 | 247,808 | +7.2% |
1911 | 270,537 | +9.2% |
1921 | 292,485 | +8.1% |
1931 | 340,259 | +16.3% |
1947 | 446,321 | +31.2% |
1957 | 572,100 | +28.2% |
1970 | 776,124 | +35.7% |
1980 | 954,638 | +23.0% |
1991 | 1,116,801 | +17.0% |
2000 | 1,313,449 | +17.6% |
2010 | 1,526,324 | +16.2% |
2020 | 1,740,405 | +14.0% |
Setakat 2020[kemas kini], Pulau Pinang mempunyai populasi seramai 1,740,405 orang dan kadar kepadatan penduduk tertinggi dalam kalangan semua Negeri dan Wilayah Persekutuan Malaysia, iaitu 1,659/km2 (4,300/sq mi). Pulau Pinang juga merupakan negeri kedua paling berbandar di Malaysia, dengan kadar urbanisasi sebanyak 92.5%.[35]
54% daripada penduduk Pulau Pinang menetap di Seberang Perai, manakala baki 46% tinggal di George Town. George Town juga merupakan bandar teras kepada Konurbasi George Town, iaitu kawasan metropolitan kedua terbesar di Malaysia.[36]
Antara tahun 2015 dan 2016, Pulau Pinang mencatat nisbah keberkesanan migrasi antara negeri tertinggi, hasil daripada kepelbagaian ekonominya. Majoriti penghijrah antara negeri berasal dari Perak, Selangor, Kedah, Johor dan Kuala Lumpur.[37]
Etnik
Pada tahun 2020, populasi Pulau Pinang terdiri daripada kira-kira 41.3% kaum Cina, 40.7% Melayu, 8.9% India, 0.5% Bumiputera lain, 0.6% etnik lain, dan 8.1% bukan warganegara.
Komuniti Cina Pulau Pinang termasuk golongan Peranakan Cina, yang dikenali dengan seni bina, pakaian dan masakan yang tersendiri. Negeri ini juga menempatkan masyarakat Eurasia, Siam dan Arab.
Warga asing mewakili 8% populasi, dengan lebih 38% daripada mereka menetap di pusat bandar George Town, Paya Terubong dan Bayan Lepas.
Bahasa
Bahasa Melayu ialah bahasa rasmi Pulau Pinang. Bahasa Inggeris pernah menjadi bahasa rasmi semasa pemerintahan British dan terdapat cadangan agar ia dijadikan bahasa rasmi kedua.[39]
Dalam kalangan etnik Cina, dialek utama termasuk Bahasa Hokkien Pulau Pinang, Teochew, Hakka, dan Kantonis. Bahasa Tamil merupakan bahasa utama masyarakat India, selain Malayalam, Telugu, Hindi dan Punjabi.
Bahasa Hokkien Pulau Pinang juga berfungsi sebagai lingua franca antara kumpulan etnik tempatan, dan terdapat usaha komuniti untuk memeliharanya.[40]
Agama
Pulau Pinang, seperti negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia, menjadikan Islam sebagai agama rasmi. Namun begitu, Pulau Pinang merupakan satu daripada dua negeri (selain Sarawak) yang tiada majoriti mutlak Muslim.
Pulau Pinang mengiktiraf kebebasan beragama dan perhimpunan keagamaan. Ia turut mempunyai badan khas seperti Penang Harmony Corporation dan Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang untuk mengurus hal ehwal bukan Islam dan memupuk keharmonian antara agama.[41]
Ekonomi
Ekonomi Pulau Pinang | |
---|---|
Perangkaan | |
KDNK | US$28.016 bilion (2023)[42] |
Pertumbuhan KDNK | 3.3% (2023)[42] |
KDNK per kapita | US$15,814 (2023)[42] |
Pekali Gini | 0.371 (2022)[43] |
Pengangguran | 2.2% (2023)[43] |
Dagangan antarabangsa | |
Saham FDI | US$13.4 bilion (2023)[44] |
Kewangan awam | |
Hutang awam | US$41.1 juta[45] |
Semua nilai kecuali dinyatakan sebaliknya, adalah dalam Dolar Amerika Syarikat (AS$ 1 = RM 3.4551) | |
sunting ![]() |
Sektor ekonomi Pulau Pinang mengikut sumbangan KDNK (2023)[42]
Pulau Pinang merupakan antara negeri yang mempunyai ekonomi paling kukuh di Malaysia.[46] Ekonomi negeri ini yang berasaskan sektor tertier banyak dipacu oleh sektor pembuatan dan perkhidmatan.[47] Pada tahun 2023, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Pulau Pinang bernilai hampir RM128.593 bilion (US$28.016 bilion) dengan kadar pertumbuhan sebanyak 3.3%.[42] KDNK per kapita negeri ini iaitu RM72,586 (US$15,814) adalah yang tertinggi dalam kalangan negeri-negeri di Malaysia, melebihi ambang pendapatan tinggi Bank Dunia iaitu US$14,005.[42][48]
Kawasan Konurbasi George Town mempunyai nilai KDNK mencecah US$30 bilion pada 2020, menjadikannya ekonomi metropolitan kedua terbesar di Malaysia selepas Lembah Klang.[49]
Pulau Pinang menyumbang kira-kira RM7 bilion kepada hasil cukai tahunan negara dan mencatat kadar pengangguran antara terendah di negara ini iaitu 2.2% pada 2023.[43][50] Gaji bulanan purata meningkat kepada RM3,557, kedua tertinggi selepas Selangor, manakala kadar penyertaan tenaga buruh meningkat kepada 71.3%.[43]
Pulau Pinang merupakan destinasi utama pelaburan asing di Malaysia, meraih US$13.4 bilion atau hampir 33% daripada keseluruhan pelaburan langsung asing (FDI) negara pada tahun 2023.[44] Sebahagian besar FDI ini datang dari Belanda, Kepulauan Cayman dan Singapura.[43] Negeri ini juga menjadi hab utama bagi syarikat multinasional dalam rantaian bekalan global elektronik, menyumbang lebih 5% daripada jualan semikonduktor dunia.[51] Pulau Pinang juga ialah pengeksport terbesar Malaysia dengan nilai eksport lebih RM447 bilion (31% daripada jumlah eksport negara pada 2023).[52]
Sektor perkhidmatan terus berkembang, dengan Pulau Pinang menjadi hab Global Business Services (GBS) kedua paling popular di negara ini dan pusat kewangan utama wilayah barat laut. Pelancongan, acara perniagaan dan pelancongan kesihatan turut menyumbang kepada kepesatan sektor ini.[53][54]
Pulau Pinang digambarkan oleh Bloomberg sebagai "kejayaan ekonomi terbesar Malaysia" sejak 2008, walaupun tumpuan kerajaan persekutuan lebih terarah kepada negeri lain.[55] Hutang negeri telah dikurangkan kepada hanya RM41.1 juta pada 2022.[45] Nilai Indeks Pembangunan Manusia (HDI) Pulau Pinang turut meningkat kepada 0.839 pada 2023, tertinggi dalam kalangan negeri-negeri (tidak termasuk Wilayah Persekutuan).[56]
Kemajuan ekonomi ini turut menarik minat pelabur hartanah. George Town diiktiraf sebagai destinasi pelaburan hartanah komersial paling menarik di Malaysia oleh Knight Frank pada 2016, dan pasaran hartanah kediaman Pulau Pinang berada di tempat kedua di Asia Tenggara selepas Singapura pada 2023.[57]
Pembuatan

Pada tahun-tahun awal selepas kemerdekaan Tanah Melayu, usaha perindustrian Pulau Pinang tertumpu kepada dasar penggantian import.[58] Pada ketika itu, George Town masih menikmati status pelabuhan bebas.[59] Kawasan perindustrian pertama dibina pada 1960-an di Mak Mandin dan Perai semasa pentadbiran Ketua Menteri pertama, Wong Pow Nee.[60]
Namun, pemansuhan status pelabuhan bebas George Town dan kejatuhan kerajaan Wong pada 1969 menandakan titik perubahan dalam ekonomi negeri ini.[58] Penggantinya, Lim Chong Eu, melaksanakan transformasi ekonomi besar-besaran. Zon Perindustrian Bebas Bayan Lepas (Bayan Lepas FIZ) ditubuhkan pada 1972, diikuti oleh Zon Perindustrian Bebas Perai pada 1980.[58] Zon-zon ini memainkan peranan penting dalam memulihkan ekonomi negeri dan memacu pertumbuhan ekonomi menjelang akhir abad ke-20.
Kerajaan negeri kini giat membangunkan kawasan perindustrian baharu di Seberang Perai seperti di Seberang Jaya, Bukit Minyak dan Batu Kawan bagi memenuhi permintaan tanah industri.[61]
Sektor pembuatan Pulau Pinang menarik pelaburan asing langsung (FDI) bernilai US$13.1 bilion pada 2023, iaitu hampir 47% daripada jumlah keseluruhan Malaysia.[62] Antara syarikat multinasional (MNC) yang mempunyai operasi pengilangan di Pulau Pinang termasuk AMD, Bosch, Broadcom, Dell, HP, Intel, Motorola, Osram dan Renesas.[63]
Menurut Financial Times pada 2024, Pulau Pinang berada dalam kedudukan strategik untuk meraih manfaat daripada perang perdagangan China–AS melalui strategi "China Plus One".[64]
Perkhidmatan

Sektor perkhidmatan menyumbang 48% daripada KDNK Pulau Pinang pada tahun 2023 dan menggaji hampir dua pertiga tenaga kerja negeri.[42] George Town merupakan pusat perdagangan utama di utara Malaysia.[65]
Perkhidmatan kewangan dan berkaitan menyumbang 9% daripada KDNK negeri.[42] Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang ialah yang kedua tersibuk di Malaysia dari segi pergerakan pesawat dan mengendalikan eksport bernilai RM365 bilion pada 2023, tertinggi dalam kalangan pintu masuk negara.[66]
Pelabuhan Pulau Pinang pula mengendalikan lebih 1.4 juta kontena (TEUs) pada 2024, ketiga tertinggi di Malaysia.[67]
Pulau Pinang juga meneroka pemelbagaian ekonomi melalui pelancongan kesihatan, acara perniagaan, ekopelancongan dan persinggahan kapal pelayaran.[68] Ia kini merupakan destinasi utama pelancongan kesihatan di Malaysia.[69] Industri acara perniagaan negeri menjana impak ekonomi hampir RM1.3 bilion pada 2024.[70]
Sektor runcit Pulau Pinang turut meriah dengan gabungan pusat beli-belah moden dan rumah kedai tradisional yang menawarkan produk tempatan.[71]
Negeri ini juga merupakan hab utama untuk perkhidmatan dikongsi dan penyumberan luar (SSO). Menjelang 2016, Pulau Pinang menerima pelaburan GBS bernilai RM4.1 bilion, kedua selepas Kuala Lumpur.[72] Perluasan operasi syarikat MNC ke Pulau Pinang mewujudkan ribuan pekerjaan dan meningkatkan permintaan terhadap ruang pejabat baharu.[72] Ekosistem syarikat permulaan (startup) turut berkembang, dipacu oleh syarikat tempatan seperti Piktochart dan DeliverEat.[73]
Pengangkutan

Pulau Pinang dihubungkan dengan tanah besar Seberang Perai melalui dua jambatan utama, iaitu Jambatan Pulau Pinang yang berukuran 13.5 kilometer dan Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah sepanjang 24 kilometer.[74] Seberang Perai pula boleh diakses melalui Lebuhraya Utara–Selatan yang membentang sepanjang pantai barat Semenanjung Malaysia. Antara jalan bertol utama lain termasuklah Lingkaran Luar Butterworth (BORR) dan Lebuhraya Butterworth–Kulim.[75]
Tambahan pula, Laluan kereta api Pantai Barat oleh Keretapi Tanah Melayu (KTM) melalui Seberang Perai, dengan Stesen Kereta Api Butterworth berfungsi sebagai terminal utama di utara Malaysia. Selain perkhidmatan KTM biasa, Butterworth juga merupakan hentian utama bagi Eastern and Oriental Express yang menghubungkan Bangkok dan Singapura.[76]
Penang Sentral merupakan hab transit utama negeri ini, yang terletak bersebelahan dengan Pangkalan Sultan Abdul Halim dan Stesen Butterworth.[77]
Setakat tahun 2023, sistem jalan raya Pulau Pinang (tidak termasuk jalan bertol) meliputi jarak sejauh 6,725.1 kilometer.[78]
Antara lebuh raya utama di pulau ialah Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu yang membentang di pesisir timur dan menghubungkan pusat bandar George Town, Zon Perindustrian Bebas Bayan Lepas, Jambatan Pulau Pinang dan Jambatan Kedua. Jalan Lingkaran Dalam George Town merupakan laluan utama di pusat bandar manakala Laluan Persekutuan 6 pula melingkari seluruh kawasan pulau.[79]
Pengangkutan awam
Pada zaman penjajahan British, George Town merupakan pelopor sistem pengangkutan awam di Tanah Melayu. Sistem trem pertama yang digerakkan menggunakan wap mula beroperasi pada 1880-an, namun dihentikan pada tahun 1936. Walau bagaimanapun, beca masih boleh dilihat di sekitar bandar sebagai tarikan pelancongan.[80]
Pengangkutan awam utama di Pulau Pinang adalah bas awam. Rapid Penang, ditubuhkan pada 2007, mengendalikan 47 laluan aktif termasuk ke Sungai Petani, Kulim dan Kerian.[81]
Sejak 2024, Rapid Penang telah memperkenalkan perkhidmatan bas van atas permintaan (Demand-responsive transport) untuk menangani masalah sambungan “jarak terakhir” di kawasan seperti George Town, Jelutong dan Bayan Lepas.[82]
Sistem rel dalam negeri ini hanyalah Kereta api Bukit Bendera, satu-satunya kereta api funikular di Malaysia. Sebuah sistem kereta kabel baharu sedang dibina untuk mengurangkan kebergantungan pada perkhidmatan sedia ada.[16]
Sebagai sebahagian daripada Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang, kerajaan negeri merancang sistem rel transit bandar pertama di luar Lembah Klang. Pada tahun 2024, kerajaan persekutuan mengambil alih projek Laluan Mutiara—sebuah sistem LRT sepanjang 29.5 kilometer yang menghubungkan George Town dengan Seberang Perai. Projek ini mula dibina pada 2025 dan dijangka siap menjelang 2031.[83][84]
Infrastruktur laluan pejalan kaki dan berbasikal turut dipertingkatkan. Pada 2016, George Town menjadi bandar pertama di Malaysia memperkenalkan sistem perkongsian basikal awam iaitu LinkBike.[85]
Udara

Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang terletak kira-kira 16 kilometer di selatan Georgetown. Ia merupakan lapangan terbang utama di wilayah barat laut Malaysia dan menyediakan penerbangan terus ke bandar-bandar serantau seperti Kuala Lumpur, Singapura, Bangkok, Taipei, Hong Kong, Xiamen, Shanghai, Doha dan Dubai.[86]
Ia merupakan lapangan terbang kedua tersibuk di Malaysia dari segi pergerakan pesawat dan mencatat lebih 7.6 juta penumpang pada tahun 2024. Ia juga mengendalikan jumlah eksport tertinggi bagi semua pintu masuk negara.[87]
Setakat tahun 2025, lapangan terbang ini sedang dinaik taraf untuk meningkatkan kapasiti tahunan kepada 12 juta penumpang menjelang 2028.[16]
Laut

Walaupun perdagangan maritim Pulau Pinang merosot selepas kehilangan status pelabuhan bebas George Town pada 1969, Pelabuhan Pulau Pinang kekal sebagai pelabuhan utama bagi wilayah barat laut Semenanjung Malaysia dan selatan Thailand.[88] Pada tahun 2024, pelabuhan ini mengendalikan lebih 1.4 juta unit kontena bersaiz 20 kaki (TEUs), ketiga tertinggi di Malaysia.[27]
Swettenham Pier yang terletak di pusat bandar George Town merupakan terminal persinggahan utama bagi kapal persiaran. Pada 2017, ia mencatat 125 panggilan pelabuhan, melebihi Pelabuhan Klang.[89] Ia juga menerima kapal persiaran mewah seperti Queen Mary 2 serta lawatan kapal tentera laut.[90]
Perkhidmatan feri menyeberangi Selat Pulau Pinang menghubungkan George Town dan Seberang Perai. Dahulunya merupakan satu-satunya penghubung antara pulau dan tanah besar sebelum Jambatan Pulau Pinang siap pada 1985, perkhidmatan ini masih wujud dengan empat feri beroperasi setiap hari.[91]
Pendidikan


Sistem pendidikan di Pulau Pinang berada di bawah bidang kuasa kerajaan Persekutuan, seperti juga negeri-negeri lain di Malaysia. Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris merupakan mata pelajaran wajib yang diajar di semua sekolah. Di samping itu, sekolah vernakular dibenarkan menggunakan bahasa Mandarin atau bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar.[92]
Pulau Pinang mencatat kadar celik huruf ketiga tertinggi di Malaysia selepas Kuala Lumpur dan Selangor, iaitu 99.5 peratus setakat tahun 2014.[93] Selain itu, nilai Indeks Pembangunan Manusia (HDI) negeri ini iaitu 0.839 merupakan yang tertinggi dalam kalangan negeri-negeri di Malaysia, tidak termasuk Wilayah Persekutuan.[56]
Pulau Pinang menempatkan sebanyak 49 institusi pengajian tinggi termasuk universiti, kolej, kolej perubatan, institut latihan industri dan institut pendidikan guru. Selain itu, terdapat 13 buah sekolah antarabangsa dan ekspatriat, 128 sekolah menengah, 271 sekolah rendah serta 609 buah tadika di seluruh negeri.[94][95][96]
George Town merupakan lokasi beberapa sekolah tertua dan berprestij di negara ini. Penang Free School, yang diasaskan pada tahun 1816, ialah sekolah Inggeris tertua di Asia Tenggara. Zaman pemerintahan kolonial British turut menyaksikan penubuhan sekolah-sekolah mubaligh seperti St. Xavier’s Institution, St. George’s Girls’ School dan Methodist Boys’ School.[97]
Pulau Pinang juga menjadi perintis kepada pendidikan aliran Cina di Malaysia dengan penubuhan sekolah Cina pertama pada tahun 1819. Sekolah-sekolah Cina ternama yang wujud di negeri ini termasuk Sekolah Menengah Chung Ling , Sekolah Menengah Perempuan China, Sekolah Menengah Heng Ee dan Sekolah Menengah Jit Sin. Di samping itu, George Town menempatkan 13 buah sekolah antarabangsa yang menawarkan silibus British, Amerika Syarikat atau International Baccalaureate.[98]
Universiti Sains Malaysia (USM) merupakan universiti awam utama di Pulau Pinang. Pada tahun 2025, USM berada pada kedudukan ke-146 dalam senarai QS World University Rankings, menjadikannya universiti ketiga terbaik di Malaysia selepas Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia.[99] Sebahagian besar institusi pengajian tinggi lain di negeri ini adalah swasta, termasuk Universiti Terbuka Wawasan, Kolej Universiti Komunikasi Han Chiang, Kolej DISTED dan RCSI & UCD Malaysia Campus.
Di samping itu, George Town merupakan ibu pejabat kepada RECSAM (Pusat Serantau SEAMEO untuk Pendidikan Sains dan Matematik), yang merupakan salah satu daripada 26 institusi khusus di bawah naungan Pertubuhan Menteri-Menteri Pendidikan Asia Tenggara (SEAMEO).[100]
Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang ialah badan kerajaan negeri yang bertanggungjawab menguruskan semua perpustakaan awam di seluruh negeri.[101] Pada tahun 2016, kerajaan negeri melancarkan Perpustakaan Digital Pulau Pinang, iaitu perpustakaan digital pertama di Malaysia yang terletak dalam kawasan Penang Free School.[102] Perpustakaan digital serupa kemudiannya dibina di beberapa lokasi lain termasuk di Butterworth, yang menerima pengiktirafan melalui pelbagai anugerah.[103]
Kesihatan

Perkhidmatan kesihatan di Pulau Pinang beroperasi menerusi sistem dua peringkat, iaitu hospital awam dan swasta. Hospital Pulau Pinang, yang ditadbir dan dibiayai oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, merupakan hospital rujukan tersier utama di kawasan barat laut Malaysia.[104] Hospital ini disokong oleh lima lagi hospital awam di seluruh negeri yang turut berada di bawah pentadbiran kementerian sama.[105]
Pulau Pinang juga mempunyai 19 hospital swasta yang menawarkan pelbagai perkhidmatan pakar, menjadikan negeri ini hab utama pelancongan perubatan di Malaysia.[69][106] Jumlah keseluruhan katil hospital awam dan swasta di negeri ini adalah sebanyak 4,329 buah, iaitu sekitar 248.7 katil bagi setiap 10,000 penduduk, melebihi purata kebangsaan.[106]
Walaupun hospital swasta beroperasi secara bebas daripada Kementerian Kesihatan, terdapat kerjasama awam-swasta dalam keadaan tertentu. Contohnya semasa pandemik COVID-19, hospital swasta menyumbangkan peralatan dan menerima pesakit bukan COVID-19 yang memerlukan rawatan segera.[107]
Kadar kematian bayi di Pulau Pinang menurun dengan ketara, iaitu sebanyak 85% antara tahun 1970 dan 2000 kepada 5.7 kematian bagi setiap 1,000 kelahiran hidup.[108] Kadar kematian neonatal turut mencatatkan penurunan sebanyak 84.7% dalam tempoh yang sama kepada 4.1 per 1,000 kelahiran. Setakat 2023[kemas kini], jangka hayat kelahiran di Pulau Pinang ialah 71.9 tahun bagi lelaki dan 77.2 tahun bagi wanita.[109]
Menurut Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2019, Pulau Pinang mencatatkan salah satu kadar obesiti terendah di Malaysia, iaitu 18.6%.[110]
Kebudayaan

Festival
Pulau Pinang yang berbilang kaum menyaksikan pelbagai perayaan budaya dan keagamaan sepanjang tahun, termasuk Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, Thaipusam, Vaisakhi, Krismas, Hari Wesak dan Songkran.[112] Perayaan Tahun Baru Cina berlangsung selama 15 hari dan menampilkan acara istimewa seperti hari jadi Maharaja Jed di George Town.[113][114] Hari ke-15 disambut dengan Pesta Tanglung yang berunsur Peranakan.[114]
George Town merupakan tempat asal bagi bentuk unik Perarakan Chingay, di mana peserta mengimbangi bendera bersaiz besar di atas kepala atau tangan mereka.[115] Perarakan negeri diadakan setiap tahun, dan persembahan Chingay turut diselitkan dalam perayaan masyarakat Cina dan acara rasmi seluruh negeri.[116]
Warga ekspatriat di Pulau Pinang turut membawa tradisi mereka ke negeri ini. Bon Odori (Jepun), Hari Santo Patrick (Ireland), dan Oktoberfest (Jerman) diraikan di George Town dan semakin popular dalam kalangan penduduk tempatan.[117][118][119]
Beberapa festival besar turut dianjurkan setiap tahun, antaranya Festival George Town yang menjadi acara seni terbesar di Asia Tenggara sejak 2010.[120] Pada 2018, Festival Sastera George Town menjadi festival sastera Asia Tenggara pertama yang memenangi Anugerah Festival Sastera Antarabangsa di London Book Fair.[121]
Seni

Bangsawan merupakan bentuk teater Melayu yang berasal dari Pulau Pinang pada akhir kurun ke-19 dan menggabungkan pengaruh India, Barat, Islam, Cina serta Indonesia. Ia popular sekitar tahun 1920-an.[123] Satu lagi bentuk teater unik dari Pulau Pinang ialah Boria, yang menampilkan nyanyian diiringi biola, marakas dan tabla. Boria pernah diharamkan di Singapura dan Melaka, namun tidak pernah dilarang di Pulau Pinang.[124]
Selain seni tradisional, Orkestra Filharmonik Pulau Pinang, ditubuhkan pada 2010 dan dibiayai oleh kerajaan negeri, bertujuan meningkatkan taraf muzik klasik di Pulau Pinang. Dewan Sri Pinang dan Setia SPICE menjadi lokasi utama untuk persembahan dan konsert.[125]
Inskripsi George Town sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO telah menggalakkan pertumbuhan industri budaya dan kreatif di bandar ini.[126] Pada tahun 2012, artis Lithuania Ernest Zacharevic menghasilkan siri mural yang menggambarkan budaya dan gaya hidup tempatan sempena Festival George Town. Kini terdapat lebih 50 mural dan 18 arca besi tempa di sekitar bandar ini.[122] Pameran seni juga kerap dianjurkan di ruang acara seperti Depoh Bas Hin dan Sia Boey.[127]
Pulau Pinang turut mempunyai sejarah sastera yang penting, termasuk peranan sebagai pusat terjemahan kesusasteraan Cina dan Barat ke dalam bahasa Melayu.[128][129] Kini, penerbit seperti Areca Books, Gerakbudaya dan George Town World Heritage Incorporated turut menyumbang bersama rangkaian utama seperti Popular dan MPH.
Media

George Town merupakan pusat utama media cetak Malaysia. Akhbar pertama negara, *Prince of Wales Island Gazette*, diterbitkan di sini pada tahun 1806.[130] Akhbar The Star dan Kwong Wah Yit Poh turut diasaskan di George Town.[131][132] Akhbar rasmi kerajaan negeri, *Buletin Mutiara*, diterbitkan setiap dua minggu dalam pelbagai bahasa.[133]
Bandar ini juga menjadi lokasi penggambaran filem dan siri seperti Crazy Rich Asians, Anna and the King, The Little Nyonya, dan You Mean the World to Me — filem pertama sepenuhnya dalam Hokkien Pulau Pinang.[134] George Town turut menjadi lokasi rancangan realiti *The Amazing Race* versi antarabangsa.
Masakan
Masakan Pulau Pinang menampilkan campuran pengaruh Melayu, Cina, India, Peranakan dan Siam. Makanan jalanan terkenal termasuk char kuey teow, asam laksa dan nasi kandar.[135] CNN menamakan George Town sebagai "ibu kota makanan Malaysia", dan Time serta Lonely Planet menyenaraikannya sebagai destinasi makanan jalanan terbaik Asia.[136][137]
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, senario makanan negeri turut berkembang dengan restoran mewah.[138] Pada 2022, Michelin Guide memulakan edisi Malaysia dan memasukkan Pulau Pinang dalam senarai panduan, menonjolkan restoran kecil dan penjaja tempatan.[139]
Sukan

Meskipun bersaiz kecil, Pulau Pinang telah menganjurkan acara sukan serantau dan antarabangsa seperti Sukan SEA 2001, Kejohanan Dunia Skuasy Wanita 2013 dan Sukan Asia Pasifik Masters 2018.[140][141][142] Negeri ini juga mempunyai pasukan tersendiri dalam Sukan Malaysia (SUKMA).
Kemudahan sukan utama termasuk Stadium Negeri Pulau Pinang di Seberang Perai dan Stadium Bandaraya di George Town, yang menjadi gelanggang utama kepada Pulau Pinang FC.[125][143] Setia SPICE menempatkan arena tertutup dan pusat akuatik moden.[144] George Town turut menempatkan Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang, kelab ekuestrian tertua di Malaysia sejak 1864.[145]
Acara tahunan penting termasuk Festival Perahu Naga Antarabangsa Pulau Pinang dan Maraton Antarabangsa Jambatan Pulau Pinang.[146] Maraton tersebut menarik lebih 20,000 peserta dari 61 negara pada tahun 2023.[147]
Seni bina
Pada tahun 2008, UNESCO mengisytiharkan hampir 260 he (2.6 km2) kawasan pusat George Town sebagai Bandar Warisan Dunia. Pusat bandar ini diiktiraf kerana "landskap bandar yang unik dari segi seni bina dan budaya yang tiada tandingan di Asia Timur dan Asia Tenggara".[148] Gabungan rumah kedai, banglo Anglo-India, masjid, kuil, gereja, serta kompleks kolonial membentuk wajah warisan bandar ini.[149]
Kebudayaan Siam dan Burma juga dipamerkan melalui tempat ibadat seperti Wat Chayamangkalaram, Kuil Buddha Burma Dhammikarama dan Kek Lok Si.[150]
Selain warisan kolonial, George Town juga menempatkan sebahagian besar pencakar langit di negeri ini seperti Menara Komtar, Marriott Residences dan Muze @ PICC. Permintaan terhadap perumahan bertingkat meningkat sejak 2015 kerana pertumbuhan ekonomi dan keperluan strata.[151]
Penduduk terkenal
Lihat juga
- Pelancongan di Pulau Pinang
- Senarai masjid di Pulau Pinang
- Identiti Pulau Pinang
- Frekuensi Radio di Pulau Pinang
Rujukan
- ^ "Laporan Kiraan Permulaan 2010". Jabatan Perangkaan Malaysia. m/s. 27. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Julai 2011. Dicapai pada 24 Januari 2011.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaPenduduk Pulau Pinang
- ^ "| Human Development Reports". hdr.undp.org.
- ^ https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/pdfPrev&id=d21BMHFxZFBIcFlCNExIYUQ1cE92Zz09
- ^ "Pulo Ka Satu : Warisan Sejarah Awal Persuratan Melayu Pulau Pinang" (PDF). Perpustakaan Negara Malaysia.
- ^ Larry, Sternstein. "The London Company's Envoys Plot Siam" (PDF). Siam Society: 37.
- ^ Ooi, Kee Beng (September 2012). "Penang before Francis Light (As the English Saw It in 1905)". Penang Monthly. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 December 2019. Dicapai pada 2 March 2018.
- ^ Haji Endut, Esmawee (November 1993). "Traditional Malaysian Built Forms: A Study on the Origins, Main Building Types, Development of Building Formd, Design Principles and the Application of Traditional Concepts in Modern Buildings" (PDF). Universiti Sheffield.
- ^ Liew, Jia Xian (12 Ogos 2022). "5,000-Year-Old 'Penang Woman' Now Has a Face". The Star. Dicapai pada 11 Mac 2024.
- ^ "Prehistoric Human Skeleton Found at Penang Neolithic Site". TODAY. 19 April 2017. Dicapai pada 2017-04-29.
- ^ "Penang to Seek UNESCO Heritage Status for Guar Kepah Neolithic Site". The Star. 26 April 2017.
- ^ Habibu, Sira (9 Disember 2013). "Lembah Bujang Covers a Larger Area". The Star.
- ^ Bisalputra, Pimpraphai; Sng, Jeffery (2020). "The Hokkien Rayas of Songkhla". Siam Society. 108 (1).
- ^ Hill, Ronald David (23 November 1839). "Plan of Prince of Wales Island and Province Wellesley". National Archives of Singapore. Ms copy by Poon Puay Kee. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Oktober 2022. Dicapai pada 10 Januari 2024.
- ^ Lewis Su 2016, halaman 34
- ^ a b c "Sejarah - Kerajaan Negeri Pulau Pinang". Dicapai pada 2022-03-31. Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama ":0" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaReferenceA
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaReferenceB
- ^ Jou, Michael Hsiao & Aveline-Dubach 2014, halaman 188
- ^ Makepeace, Walter (1946). "Japanese Conquest of Malaya". The Straits Times.
- ^ "The Great Debate on the Malayan Union". Journal of Southeast Asian Studies. 1965.
- ^ "Penang's Tech Revolution". New Straits Times. 15 September 2021. Dicapai pada 2023-12-21.
- ^ "Climatological Information for Penang, Malaysia". Hong Kong Observatory. Dicapai pada 2010-10-30.
- ^ "Pejabat TYT". Portal Rasmi Kerajaan Negeri Pulau Pinang (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-01-17.
- ^ Opalyn Mok (17 November 2023). "Penang PAS Chief Fauzi Yusof is New State Opposition Leader". Malay Mail. Dicapai pada 4 Disember 2023.
- ^ "Kependudukan Pulau Pinang" (PDF). Jabatan Perangkaan Malaysia Pulau Pinang. 2020. m/s. 1. Dicapai pada 2022-03-31.
- ^ a b "Penemuan Utama Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020". Jabatan Perangkaan Malaysia. 2020. m/s. 54. Dicapai pada 2022-03-30.
- ^ "Diplomatic and Consular List November 2023". Kementerian Luar Negeri Malaysia.
- ^ "Penang-Kanagawa Twin City Ties Renewed to Mark 20th Anniversary". The Star. 22 November 2011.
- ^ Christopher Tan (31 Mei 2019). "Malaysia-China Celebrate 45-year Strong Diplomatic Ties". Buletin Mutiara. Dicapai pada 13 Januari 2024.
- ^ a b "Penemuan Utama Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-2000-85-3.
- ^ Banci Penduduk 1921 Jilid 1. m/s. 18.
- ^ "Data siri masa banci penduduk dan perumahan, 1911-2000". Jabatan Perangkaan Malaysia. Putrajaya: 4. Dis 2006. ISBN 978-983-9044-29-4.
- ^ "Migrasi dan taburan penduduk 2010". Jabatan Perangkaan Malaysia: 12. Ogos 2014. ISBN 978-983-9044-86-7.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaMalay Mail-2022
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaWorld Bank-2015
- ^ "Laporan migrasi: Selangor, Pulau Pinang paling digemari". Free Malaysia Today. 30 Mei 2017. Dicapai pada 3 Julai 2017.
- ^ Penemuan Utama Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020: Pulau Pinang. Putrajaya: Jabatan Perangkaan Malaysia. 29 Mei 2022. m/s. 96. ISBN 978-967-253-516-4.
- ^ "Cadangan Bahasa Inggeris jadi bahasa rasmi kedua Pulau Pinang". The Star. 8 November 2010. Dicapai pada 5 Disember 2023.
- ^ Opalyn Mok (2 Ogos 2016). "Penang Hokkien Akan Pupus Jika Tidak Digunakan". Malay Mail.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaOpalyn Mok-2023
- ^ a b c d e f g h Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaGDP by state 2024
- ^ a b c d e Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamadosm2024
- ^ a b Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamamida23
- ^ a b Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaMashut-2017
- ^ "WIEF Foundation 17th Roundtable in Penang to Discuss Sustainable Economic Recovery Strategies". Bernama. 15 Ogos 2022.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaStats-Malaysia-2022
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamawb
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaGDPdistrict
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaOpalyn Mok-2023a
- ^ a b Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaParker-2018
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaTrade statistics 2024
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaOpalyn Mok-2018
- ^ "Penang Set to Transform into World-Class Medical Tourism Hub". 11 Ogos 2023.
- ^ Chong (20 Oktober 2011). "Malaysia Losses From Racial Law Exposed by Foreigners in Penang". Bloomberg L.P.
- ^ a b Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaMHDI 2024
- ^ "Penang Registering As the Second Top-Performing Southeast Asian Residential Market in 1H2023".
- ^ a b c Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaAthukorala-2012
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaGoh-2014
- ^ Chin, Yee Whah (Julai 2006). "Penang Small and Medium Enterprises: Struggle, Accommodation and Challenges". Universiti Sains Malaysia.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaMIDA-2021
- ^ "Manufacturing Projects Approved by State, January-December 2023". Cite journal requires
|journal=
(bantuan) - ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaMIDA-20212
- ^ "Malaysia: The Surprise Winner from US-China Chip Wars". Financial Times. 11 Mac 2024.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaYeap-1998
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama:2
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaMinistry of Transport 2024
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaPenang state govt-2021b
- ^ a b Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaMulyanto-2023
- ^ "Business Events Penang 2024 Annual Review". 2025. Cite journal requires
|journal=
(bantuan) - ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaMui-20032
- ^ a b Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaOpalyn Mok-2018a
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaChia-2017
- ^ "Penang Bridges". Dicapai pada 17 Disember 2023.
- ^ "Laporan Tahunan 2021" (PDF). Lembaga Lebuhraya Malaysia. 2021.
- ^ Cripps, Karla (14 Julai 2023). "Famed luxury train is returning to Southeast Asia with two new routes". CNN. Dicapai pada 15 Oktober 2023.
- ^ "Seamless public transportation at Penang Sentral soon". 11 Oktober 2022.
- ^ Statistik Jalan Edisi 2024 (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. 2024.
- ^ Statistik Jalan (Edisi 2013). JKR.
- ^ "Penang Institute's 'Back to Beca' Project out to Safeguard the Trade". Missing or empty
|url=
(bantuan) - ^ "Rapid Penang - Bus".
- ^ "Rapid Penang Rolls Out On-Demand Vans". 24 April 2025.
- ^ "Loke: Federal Gov't Takes Over Penang LRT Mutiara Line Project". 29 Mac 2024.
- ^ "PM Anwar Officiates Penang's Mutiara Line LRT Project Groundbreaking". 11 Januari 2025.
- ^ "Penang to be First Cycling State".
- ^ "Pelan Induk Pelancongan Pulau Pinang 2021-2030". Cite journal requires
|journal=
(bantuan) - ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaDept Statistics Malaysia-2023
- ^ "Penang Port taps southern Thailand's booming economy".
- ^ "Swettenham Pier Surpasses Port Klang".
- ^ "US Navy Ship Calls at Penang".
- ^ "Final Voyage: Ikon Feri Pulau Pinang Tamat Operasi". 2 Oktober 2024.
- ^ Azman, Hazita (2016). "Implementation and Challenges of English Language Education Reform in Malaysian Primary Schools" (PDF). Jurnal Bahasa Inggeris Asia Tenggara. Universiti Kebangsaan Malaysia.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaUN-2016
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaInvestPenang-2011
- ^ "Penang Statistics Quarter 2, 2020". Cite journal requires
|journal=
(bantuan) - ^ "My Local Stats Pulau Pinang 2021". Jabatan Perangkaan Malaysia. 27 November 2023.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaOoi-2015
- ^ Beh, May Ting (19 Oktober 2023). "Imagine an Education Hub: Leveraging Penang's International School Ecosystem". Penang Institute.
- ^ "QS World University Rankings 2025".
- ^ "SEAMEO Secretariat".
- ^ "Introduction".
- ^ "Paperless library option". The Star (Malaysia). 3 Jun 2016.
- ^ Akmal, Riadz (22 November 2021). "Butterworth Digital Library Clinches Two Awards".
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaVoon-2020
- ^ "Utama". Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang. Dicapai pada 10 Disember 2023.
- ^ a b "Penang's Healthcare Facilities". Penang Institute. Dicapai pada 10 Disember 2023.
- ^ Yeong, Pey Jung (13 Julai 2021). "How Has the Pandemic Affected Penang's Health Landscape? A Preliminary Study" (PDF). Penang Institute.
- ^ "Higher Education in Regional and City Development : State of Penang, Malaysia". OECD.
- ^ "Abridged Life Tables, Malaysia, 2021-2023". Jabatan Perangkaan Malaysia. Sep 2023. ISSN 0128-0007.
- ^ "National Health and Morbidity Survey 2019 Technical Report" (PDF). Kementerian Kesihatan Malaysia. 1. 2019. ISBN 9789671815922.
- ^ Daniel Goh, P. S. (2011). "State carnivals and the subvention of multiculturalism in Singapore" (PDF). National University of Singapore: 120.
- ^ "Calendar of Events 2022" (PDF). Penang Global Tourism.
- ^ Wang, Yi (30 Januari 2023). "Discover Cultural Treasures in Chinese New Year Celebration at Malaysia's Penang". Xinhua News Agency. Dicapai pada 7 Disember 2023.
- ^ a b Jeremy Tan (14 Februari 2024). "Showcase of Cherished Traditions". The Star. Dicapai pada 15 Mac 2024.
- ^ McIntyre, Ian (10 Mac 2023). "New Attractions Await Visitors to Penang". The Vibes. Dicapai pada 7 Disember 2023.
- ^ "Chingay Festival in Penang is Back". The Star. 11 Mac 2023. Dicapai pada 7 Disember 2023.
- ^ "Information & Culture". Konsulat Jeneral Jepun di Pulau Pinang. Dicapai pada 7 Disember 2023.
- ^ N. Trisha (14 Mac 2016). "St Patrick's Day Celebrated with Merriment over Four Days". The Star. Dicapai pada 14 Mac 2016.
- ^ Jeremy Tan (9 Oktober 2010). "Oktoberfest Cheer in Penang". The Star. Dicapai pada 9 Oktober 2010.
- ^ Chen, May Yee (31 Julai 2014). "Old Colonial City in Malaysia Becomes a Stage". The New York Times. Dicapai pada 29 November 2017.
- ^ Ferrarese, Marco (15 November 2019). "Bookworms and Big Ideas Collide at George Town Literary Festival". Nikkei, Inc. Dicapai pada 7 Disember 2023.
- ^ a b Chang, Shu Fun (2014). "Street Art Sparkle as a New Economic Driver in Penang" (PDF). Universiti Sains Malaysia.
- ^ Hon, Yi Wen (13 Ogos 2007). "Keeping Bangsawan Alive". Malaysiakini. Dicapai pada 7 Disember 2023.
- ^ Opalyn Mok (30 Januari 2019). "The Story of How Boria Evolved from a Passion Play into Parody Theatre". Malay Mail. Dicapai pada 7 Disember 2023.
- ^ a b c "Penang Meeting Planners Guide 2022-23" (PDF). Penang Convention & Exhibition Bureau.
- ^ Khoo, Suet Leng (19 Mac 2023). "Positioning the Creative City Agenda Within Urban Policy Discourse: The Malaysian Scenario" (PDF). Jurnal Kajian Malaysia – melalui Universiti Sains Malaysia.
- ^ "Places". George Town World Heritage Incorporated. Dicapai pada 8 Disember 2023.
- ^ Neil Khor, Jin Keong (2009). "Peranakan Chinese Literature in Penang and the Region: With an Emphasis on Anglophone Penang Peranakan Writing". Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society. 82 (2): 131–143.
- ^ Ramli, Mohd Izzuddin (26 September 2017). "Reclaiming Penang's Historical Role as a Prominent Literary Translation Hub" (PDF). Penang Institute.
- ^ Wong, Chun Wai (7 Disember 2013). "Penang is Home to Many of Malaysia's Earliest English Newspapers". The Star. Dicapai pada 8 Mac 2018.
- ^ "The Star Malaysia's First Issue (9 Sept 1971)". Issuu. 9 September 1971. Dicapai pada 29 Disember 2023.
- ^ Khoo Salma Nasution (2008). Sun Yat Sen in Penang. Areca Books. m/s. 58–61.
- ^ "Profil". Buletin Mutiara. 18 April 2013.
- ^ Opalyn Mok (17 Mei 2017). "'You Mean the World to Me': Universal Story but Unique Penang Experience". Malay Mail. Dicapai pada 27 Disember 2023.
- ^ Cripps, Karla (13 Julai 2017). "George Town, Penang: Asia's Greatest Street Food City?". CNN.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaFitzpatrick-20042
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaBarton-20142
- ^ Agatha Wong (19 April 2022). "How Penang's Fine Dining Scene is Giving its Famous Street Food a Run for Its Money". Channel NewsAsia. Dicapai pada 8 Disember 2023.
- ^ "Pulau Pinang Michelin Restaurants – the Michelin Guide Malaysia". Michelin Guide. Dicapai pada 8 Disember 2023.
- ^ "Venues of the Games". Sukan SEA 2001. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Disember 2001.
- ^ Velloo, Loganath (17 Mac 2014). "Queen Nicol All Set for a Special World Meet". The Star. Dicapai pada 25 Disember 2023.
- ^ "Penang Will Host 2018 First Asia Pacific Masters Games". Malay Mail. 1 Disember 2016.
- ^ Ong, K. H. (9 Februari 2023). "Penang FC Sets Sight on Top 10 Finish in Super League". Buletin Mutiara. Dicapai pada 17 Disember 2023.
- ^ Christopher Tan (30 Januari 2016). "Spicing Up the Island Aquatic Centre Promises Splashing Fun for Visitors". The Star. Dicapai pada 17 Disember 2023.
- ^ Hockton 2012, halaman 172
- ^ Chong, Kah Yuan (4 Disember 2017). "China Team Awed by Experience at Penang Boat Race". The Star.
- ^ "Husband and Wife Sweep Men's and Women's Titles in 2023 Penang Bridge Marathon". Malay Mail. 17 Disember 2023. Dicapai pada 26 Disember 2023.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaUNESCO-2008
- ^ "Stories from Penang" (PDF). University of Queensland. 2016.
- ^ Ooi, Tze Xiong (Oktober 2022). "Buddhist Schools of Thought Converge in Penang". Penang Monthly. Dicapai pada 17 Disember 2023.
- ^ Lum, Ka Kay (15 Oktober 2016). "Condos in Penang are Flourishing". Edgeprop. The Edge (Malaysia). Dicapai pada 28 Mei 2017.
- The Penang Tourism Action Council. "The 'Light' Years and Beyond" (2005).