| Jalan Negeri Kedah K903 | |
|---|---|
| Jalan Teluk Sera | |
Laluan K903 dilabelkan dengan warna merah. | |
| Maklumat laluan | |
| Diselenggara oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Bandar Baharu | |
| Panjang | 2.80 km[1] (1.74 mi) |
| Simpang utama | |
| Hujung barat | Kampung Teluk Sira |
| Hujung timur | Pekan Lubuk Buntar |
| Sistem lebuh raya | |
| Sistem Jalan Negeri Malaysia | |
| Jalan raya di Malaysia Lebuh raya • Persekutuan • Negeri | |
Jalan Teluk Sera (Laluan Negeri Kedah K903) ialah jalan negeri yang terletak di Daerah Bandar Baharu, Kedah, Malaysia.[2]
Gambaran keseluruhan
Jalan Teluk Sera atau juga dikenali sebagai Jalan Lubuk Buntar-Teluk Sera, diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Bandar Baharu dengan peruntukan negeri atau Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS). Ia memiliki panjang keseluruhan iaitu, 2.80 kilometer (1.7 bt),[1] menghubungkan Kampung Teluk Sira di barat dengan Pekan Lubuk Buntar di timur.[3] Jenis jalan raya yang digunakan di hampir kesemua bahagian Jalan Teluk Sera ialah jalan raya tunggal.[4][5]
Permulaan laluan ini terletak di Pekan Lubuk Buntar, di persimpangannya dengan Jalan Bandar Baharu–Kuala Ketil (Laluan Persekutuan 136). Laluan menuju ke barat melalui kawasan perkampungan. Kira-kira 1.1 kilometer (0.7 bt) dari penghujung timur, akan terdapat simpang menuju ke Jalan Teluk Kelian; destinasi utamanya ialah Kampung Telok Kelian. Laluan diteruskan hingga di penghujungnya di Kampung Teluk Sira dengan jalan mati.[3][4][5]
Persimpangan utama
Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Daerah Bandar Baharu, Kedah, Malaysia.
| Lokasi | km[4][5] | Destinasi | Catatan | ||
|---|---|---|---|---|---|
| Pekan Lubuk Buntar | 0.00 | Penghujung timur | |||
| Kampung Teluk Sira | 1.10 | Simpang tiga | |||
| 2.80 | Jalan mati di Kampung Teluk Sira | Penghujung barat | |||
| 1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi | |||||
Rujukan
- ^ a b "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Bandar Baharu" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-02-19. Dicapai pada 2021-08-31.
- ^ "Peta Jalanraya Daerah Bandar Baharu/Kulim, Kedah" (PDF). JKR Kedah. 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2019-07-16. Dicapai pada 20 Februari 2022.
- ^ a b Bahagian Kejuruteraan JKR (2003). "Peta Jalan Raya Kedah". Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2003-04-20. Dicapai pada 15 Januari 2021.
- ^ a b c "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 2022-01-06.
- ^ a b c Google Inc. "Peta Google — K903" (dalam bahasa Inggeris). Google Maps. Dicapai pada 25 Januari 2022.
Pautan luar
- Statistik Jalan (Edisi 2018) (PDF). Kuala Lumpur: Jabatan Kerja Raya Malaysia. 14 November 2018. ISSN 1985-9619.








