Jalan Negeri Kedah K601 | |
---|---|
Jalan Batu Tiga-Bukit Kuang | |
![]() Persimpangan K601 | |
Maklumat laluan | |
Diselenggara oleh JKR Kuala Muda | |
Panjang | 4.07 km[1] (2.53 mi) |
Simpang utama | |
Hujung utara | ![]() |
Hujung selatan | ![]() |
Sistem lebuh raya | |
Sistem Jalan Negeri Malaysia | |
Jalan raya di Malaysia Lebuh raya • Persekutuan • Negeri |
Jalan Negeri Kedah K601 (Jalan Batu Tiga–Bukit Kuang) ialah jalan negeri yang terletak di bahagian utara Daerah Kuala Muda, Kedah, Malaysia.[2] Ia diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kuala Muda. K601 memiliki panjang keseluruhan iaitu, 4.07 kilometer (2.5 bt),[1] menghubungkan Kampung Bukit Kuang di utara dengan Kampung Batu Tiga di selatan dengan melalui perkampungan tersebut.[3][4]
Gambaran keseluruhan
Dari penghujung selatan di Kampung Batu Tiga, Jalan Negeri Kedah K601 bermula di persimpangannya dengan Jalan Gurun–Kepala Batas FT175 berhampiran dengan Masjid Al-Othmaniah. Ia akan menuju ke utara melalui kawasan perkampungan dan perladangan. Di sepanjang Jalan Batu Tiga–Bukit Kuang K601 tiada persilangan dengan jalan utama. Jajaran K601 akan berakhir di Kampung Bukit Kuang, bersimpang tiga dengan Jalan Padang Lembu–Pendang K147.[4][5] Secara keseluruhan, Jalan Batu Tiga–Bukit Kuang K601 dikelaskan sebagai jalan raya tunggal dengan dua lorong dari permulaan hingga pengakhiran hayat laluan. Ia diselenggarakan dan dimiliki oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kuala Muda. Secara pentabdiran, ia terletak di bawah Mukim Gurun, salah satu mukim di Daerah Kuala Muda.[2][5]
Persimpangan utama
Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Daerah Kuala Muda, Kedah, Malaysia.
Lokasi | km[4] | Destinasi | Catatan | ||
---|---|---|---|---|---|
Kampung Bukit Kuang | 0.00 | ![]() | Penghujung utara | ||
Kampung Batu Tiga | 2.70 | ![]() | Penghujung selatan | ||
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi |
Lihat juga
Rujukan
- ^ a b "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Kuala Muda" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-02-19. Dicapai pada 2021-08-31.
- ^ a b "Peta Jalanraya Daerah Kuala Muda/Sik, Kedah" (PDF). JKR Kedah. 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2017-05-17. Dicapai pada 20 Februari 2022.
- ^ Bahagian Kejuruteraan JKR (2001). "Peta Jalan Raya Kedah". Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2001-03-08. Dicapai pada 15 Januari 2021.
- ^ a b c "Data Rangkaian Jalan Raya JKR di MyGeoMap". MyGeoMap. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 25 Februari 2022.
- ^ a b Peta Panduan Jalan Kedah & Perlis (Road Map of Kedah & Perlis) (Peta). 1: 187 950 (dalam bahasa Inggeris). World Express Mapping (WEM) Sdn. Bhd. ISBN 983-2192-36-6.