Jason H'ng Mooi Lye | |
---|---|
方美铼 | |
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang (Kerajaan Tempatan & Perancangan Bandar dan Desa) | |
Menyandang jawatan 16 Ogos 2023 | |
Gabenor | Ahmad Fuzi Abdul Razak |
Ketua Menteri | Chow Kon Yeow |
Didahului oleh | Jagdeep Singh Deo |
Kawasan pilihan raya | Jawi |
Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang bagi Jawi | |
Menyandang jawatan 9 Mei 2018 | |
Didahului oleh | Soon Lip Chee (PR–DAP) |
Majoriti | 13,371 (2018) 15,319 (2023) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Jason H'ng Mooi Lye 1978 ![]() ![]() |
Kewarganegaraan | ![]() |
Parti politik | Parti Tindakan Demokratik (DAP) |
Gabungan politik lain | Pakatan Harapan (PH) |
Tempat belajar | Universiti Queensland Selatan |
Pekerjaan | Ahli politik |
Jason H'ng Mooi Lye merupakan ahli politik Malaysia yang pernah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang (EXCO) dalam pentadbiran negeri Pakatan Harapan (PH) di bawah Ketua Menteri, Chow Kon Yeow sejak Ogos 2023 dan Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang (ADUN) bagi Jawi sejak Mei 2018. Beliau adalah ahli, Setiausaha Pengelola negeri Pulau Pinang dan Ketua Bahagian Nibong Tebal daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP), sebuah parti komponen gabungan PH.
Pendidikan
H'ng belajar di SJK (C) Chong Kuang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Valdor. Beliau mempunyai Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat daripada Universiti Queensland Selatan.[1]
Kerjaya politik
H'ng menyertai DAP pada 2012. Beliau merupakan Setiausaha Publisiti DAP cawangan Sungai Duri dari 2013 hingga 2014 dan Setiausaha DAP bahagian Nibong Tebal dari 2013 hingga 2015. Beliau juga merupakan ahli Majlis Bandaraya Seberang Perai dari 2013 hingga 2018, dan merupakan Ketua Whip Majlis Bandaraya Seberang Perai dari 2017 hingga 2018. Beliau kini merupakan Setiausaha Pengelola DAP Pulau Pinang dan Pengerusi DAP bahagian Nibong Tebal.[1][2]
Keputusan pilihan raya
Tahun | Kawasan pilihan raya | Calon | Undi | Peratus | Lawan | Undi | Peratus | Undi sah | Majoriti | Hasil | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2018 | N19 Jawi | Jason H'ng Mooi Lye (DAP) | 17,559 | 78.58% | Kiew Hen Chong (GERAKAN) | 4,188 | 18.74% | 22,778 | 13,371 | 85.30% | ||
Tan Beng Huat (PAP) | 309 | 1.38% | ||||||||||
Koay Xing Boon (MUP) | 165 | 0.74% | ||||||||||
Daphne Edward (PFP) | 73 | 0.33% | ||||||||||
Tan Chew Suan (PRM) | 51 | 0.23% | ||||||||||
2023 | Jason H'ng Mooi Lye (DAP) | 20,641 | 79.50% | Steven Koh Tien Yew (PAS) | 5,322 | 20.50% | 26,284 | 15,319 | 71.81% |
Rujukan
- ^ a b "火箭报| Facebook". zh-cn.facebook.com (dalam bahasa Cina). Dicapai pada 2023-12-02.
- ^ "Distance yourself from the traitors, DAP leaders told". New Straits Times. 2023-08-01. Dicapai pada 2023-12-02.
- ^ "RESULTS OF CONTESTED ELECTION AND STATEMENTS OF THE POLL AFTER THE OFFICIAL ADDITION OF VOTES STATE CONSTITUENCIES FOR THE STATE OF PENANG". Dicapai pada 2022-05-01.
- ^ "RESULTS OF CONTESTED ELECTION AND STATEMENTS OF THE POLL AFTER THE OFFICIAL ADDITION OF VOTES" (PDF). Dicapai pada 2023-12-01.