![]() |
Rencana ini perlu dikemas kini.(Mac 2024) |

Laut Melayu (Jawi: لاؤت ملايو; Arab: بَحر المَلايُويّ, rumi: Baḥr Al-Malayuwiyy[1]) atau Laut Cina[2] Selatan (Jawi: لاؤت چينا سلاتن) atau Laut Campa (Jawi: لاؤت چمڤا; Arab: بَحر الصَنف, rumi: Baḥr Aṣ-Ṣanf[1]) adalah sebuah laut bahagian Lautan Pasifik terbentang luas yang menghempas ombak bertemu daratan yang merangkumi semenanjung Asia Tenggara (pantai timur Malaysia Semenanjung, pantai timur Vietnam dan pantai timur Thailand Selatan), Kepulauan Riau, pulau Borneo, Kepulauan Luzon, Kepulauan Itu Aba, Teluk Siam, pulau Formosa dan selatan bagi barat daya tanah besar Cina (termasuk selat Taiwan, Hongkong dan juga Makau), merangkumi sekitar 3.500.000 km ². Laut ini berhubung dengan selat Melaka (Lautan Hindi) menerusi selat Singapura, dengan laut Jawa menerusi selat Karimata dan Bangka, dengan laut Filipina menerusi selat Luzon, dengan laut Sulu melalui selat-selat yang mengililingi kepulauan Palawan (seperti selat Mindodro dan Balabac), serta dengan laut China Timur menerusi selat Taiwan.
Bahagian Laut Melayu juga meliputi laut Natuna. Ia terletak di:
- Timur Semenanjung Melayu (Malaysia Semenanjung, Thailand Selatan dan Singapura) dan Vietnam,
- Barat Filipina,
- Utara Sabah (Malaysia), Sarawak (Malaysia), Brunei dan Kepulauan Riau (Indonesia), serta
- Selatan tenggara negara China[3] dan pulau Formosa.
Beberapa buah kapal ternama telah tenggelam di sini. Antaranya, kapal perang British 'Prince of Wales' dan Repulse. Kapal-kapal laut Arab dan Belanda dan dinasti Ming turut dikatakan tenggelam di sini dan sebahagian daripadanya masih berada di dasar Laut Melayu.
Laut Melayu semakin penting kerana menjadi laluan kapal laut dari negara China, Jepun , Korea dan Amerika ke Barat iaitu ke Timur Tengah , India , Asia Selatan dan Afrika. Tambahan pula, dengan kewujudan telaga-telaga / pelantar petroleum dan gas asli terutama di perairan Sarawak, Brunei dan Terengganu. Laut ini juga disifatkan sebagai laluan strategik bagi perdagangan dan perikanan.[4]
Tuntutan wilayah
Pulau Itu Aba yang terletak di Kepulauan Itu Aba (Kepulauan Spratly) menjadi kontroversi rebutan antara negara Brunei, Filipina, Malaysia, Vietnam, Republik Rakyat China dan Republik China. Republik Rakyat China telah membina beberapa pangkalan haram di kepulauan tersebut. Vietnam dan Filipina juga mempunyai pangkalan di sana. Sementara itu, Malaysia memajukan Pulau Layang-Layang yang merupakan sebahagian daripada Kepulauan Itu Aba sebagai lokasi pelancongan.
Rujukan
- ^ a b Rujuk:
- Mu'nis, Hussain (1987). أطلس تاريخ الإسلام [Atlas Sejarah Islam] (dalam bahasa Arab). Kaherah: Az-Zahrā' lil-I`lām `Arabīy. m/s. 389. ISBN 977-1470-49-3.
- M. Th. Houtsma; T. W. Arnold; R. Bassett; R. Hartmann, penyunting (1993). "Baḥr al-Hind". E. J. Brill's first encyclopaedia of Islam: 1913-1936. II. Leiden: Brill. m/s. 580. ISBN 90-04-09796-1.
- ^ lautan bukan pemilikan sesebuah negara atau bangsa (perkataan cina digunakan bagi merujuk pengaruh cina terhadap laut tersebut bukan pemilikan negara China)
- ^ rujuk rujukan 1, nama cina
- ^ [1] ChinaPower, (dalam bahasa Inggeris) 4 Ogos 2017.
- Sumber CS1 bahasa Arab (ar)
- Rencana Wikipedia yang memerlukan pengemaskinian dari Mac 2024
- Rencana yang menggunakan kotak info jasad air tanpa koordinat
- Laut China Selatan
- Asia Tenggara Maritim
- Laut di Malaysia
- Laut di Filipina
- Laut di Indonesia
- Laut di China
- Laut di Taiwan
- Sempadan Malaysia–Vietnam
- Tunas geografi