![]() | |
---|---|
Lebuhraya Baru Pantai New Pantai Expressway Lebuhraya NPE 新班底大道 | |
Maklumat laluan | |
Diselenggara oleh New Pantai Expressway Sdn Bhd | |
Panjang | 19.6 km (12.2 mi) Hubungan utama: 14.0 km (8.7 bt) Hubungan Salak: 5.6 km (3.5 bt) |
Wujud | 2000–kini |
Sejarah | Siap pada 2004 |
Simpang utama | |
Hujung barat daya | Persiaran Tujuan di Subang Jaya, Selangor |
Persiaran Kewajipan![]() ![]() ![]() ![]() Jalan Kuchai Lama ![]() ![]() ![]() ![]() | |
Hujung timur laut | Jalan Bangsar fi Bangsar, Kuala Lumpur |
Lokasi | |
Destinasi utama | USJ, Subang Jaya, Bandar Sunway, Petaling Jaya, Kuchai Lama, Pantai Dalam, Pantai Bahru, Bangsar, Kuala Lumpur |
Sistem lebuh raya | |
Jalan raya di Malaysia Lebuh raya • Persekutuan • Negeri |
Lebuhraya Baru Pantai, Lebuhraya Pantai Baharu (bahasa Inggeris: New Pantai Expressway, NPE) ialah sebatang lebuh raya utama di kawasan Lembah Klang, Malaysia. Lebuhraya berukuran 19.6 km (12.2 batu) ini mempermudah capaian ke Kuala Lumpur dari kawasan Subang Jaya dan Bandar Sunway, mengelakkan kesesakan di laluan
LP 2 Lebuhraya Persekutuan pada waktu puncak. NPE terdiri daripada Penghubung Utama dan Penghubung Salak. "Lebuhraya Baru Pantai" ialah nama yang ditetapkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia, tetapi ramai yang menyangka namanya "Lebuhraya Pantai Baru".
Kilometer sifarnya terletak di Persimpangan Jengka di Subang Jaya, Selangor.
Sejarah
Lebuhraya ini sebenarnya merupakan gabungan Jalan Subang Utama (Persiaran Tujuan - PJS), Jalan Klang Lama LP 2 (Lebuhraya Persekutuan - Jalan Templer) dan Jalan Pantai Dalam (Jalan Bangsar - Kampung Pantai Dalam).
NPE dibina dari tahun 2000 hingga 2003. Pembinaan lebuh raya dipimpin oleh IJM Corporation bersama anak syarikatnya Road Builder. Fasa 1, iaitu di antara bulatan Jengka dan Bandar Sunway siap pada tahun 2002., diikuti bahagian seterusnya dari Bandar Sunway ke Pantai Baharu (Fasa 2) dan dari Pantai ke Salak Selatan (Fasa 3: Hubungan Salak) pada tahun 2003. Lebuhraya ini dibuka pada 30 April 2004.
Persimpangan Tujuan yang menggantikan simpang jalan T dibina dari tahun 2004 hingga 2006. Susur Bulatan Gasing dari NPE ke Jalan Gasing turut dibina dari tahun 2004 hingga 2006. Susur khas ke aras tempat letak kereta Sunway Pyramid juga dibina dari Januari hingga November 2007, sebelum dibuka pada Disember 2007.
Penutupan plaza tol PJS 2 (ke arah Kuala Lumpur)
NPE ada tiga buah plaza tol di Jalan PJS 5, PJS 2 dan Pantai Dalam. Pada 13 Februari 2009, plaza tol PJS 2 untuk lalu lintas ke arah Kuala Lumpur sepanjang NPE diruntuhkan terutamanya untuk meringankan beban penduduk Taman Medan, Kampung Dato' Harun dan kawasan-kawasan berdekatan kerana tiada laluan alternatif bagi penduduk arah KL berikutan pengaturan semula aliran lalu lintas di kawasan itu.
Ciri-ciri
Antara ciri-cirinya termasuk jejambat ke arah Bangsar dan Susur Kewajipan, iaitu dari Jalan Kewajipan ke arah lebuh raya. Tiadanya hentian sebelah dan pondok rehat di sepanjang lebuh raya ini. Satu lagi ciri khas ialah susur masuk ke Sunway Pyramid di Bandar Sunway.
Kontroversi
Plaza tol PJS 2
Pada 7 Februari 2009, seramai 50 orang berkumpul di Petaling Jaya Selatan untuk menunjuk perasaan di plaza tol PJS 2 NPE berhampiran Taman Medan, dengan menyeru agar tol NPE dimansuhkan kerana membebankan rakyat, khususnya penduduk berhampiran. Pemangku Ketua UMNO Petaling Jaya Selatan Raja Datuk Hanipuddin Raja Datuk Nong Chik berkata para penduduk terpaksa membelanjakan purata RM500 sebulan untuk membayar tol itu. “Mereka terpaksa membayar RM1.60, padahal rumah mereka terletak hanya 200 m dari plaza tol. Caj tol ini mungkin yang tertinggi di Lembah Klang,” katanya.
Kerajaan bersetuju memansuhkan plaza tol PJS 2 dari Seri Setia dekat Lebuhraya Persekutuan ke arah Kuala Lumpur mulai jam 12.01 tengah malam, 14 Februari 2009.[1]
Kadar tol
Kelas | Jenis kenderaan | Kadar (RM) |
---|---|---|
0 | Motosikal, basikal atau kenderaan 2 roda ke bawah | Percuma |
1 | Kenderaan 2 gandar, 3 atau 4 roda kecuali teksi | 2.30 |
2 | Kenderaan 2 gandar, 5 atau 6 roda kecuali bas | 3.20 |
3 | Kenderaan 3 gandar ke atas | RM4.80 |
4 | Teksi | RM0.80 |
5 | Bas | RM1.60 |
Senarai simpang
Hanya persimpangan utama yang disenaraikan dalam jadual. Petunjuk:
- I/C - Persimpangan, I/S - Persilangan, RSA - Kawasan rehat dan rawat, OBR - Restoran jejantas, L/B - hentian sebelah, V/P - titik vista, TN - terowong, T/P - plaza tol, BR - jambatan
Hubungan Utama
Negeri/wilayah | Daerah | Lokasi | km | Keluar | Nama | Destinasi | Catatan |
---|---|---|---|---|---|---|---|
Selangor | Petaling | Subang Jaya | | 1001 | – | Persiaran Tujuan – Subang Jaya (SS18, SS19), UEP Subang Jaya, Glenmarie, Shah Alam | |
0.0 | – | – | Persiaran Jengka – Subang Jaya (SS12, SS13, SS14, SS15, SS17, SS18) | ||||
0.8 | 1002 | – | Persiaran Kewajipan – Subang Jaya (SS12, SS13, SS14, SS15), UEP Subang Jaya, Sri Petaling, Shah Alam | ||||
2.2 | – | – | Service road – Sunway Pyramid | ||||
3.0 | 1003 | – | ![]() ![]() | ||||
Petaling Jaya | 4.0 | Penchala River bridge | |||||
4.2 | PJS 5 toll plaza (barrier system; eastbound) | ||||||
| – | – | ![]() ![]() | Westbound exit and eastbound entrance only Western terminus of concurrency with B14 | |||
| PJS 2 toll plaza (barrier system; westbound) | ||||||
7.6 | 1005 | Taman Maju Jaya | Jalan PJS 2/12 – Taman Maju Jaya, Petaling Jaya (PJS 2, 3, 4) | Westbound exit and eastbound entrance only | |||
19.1 | 1006 | Jalan Templer | Jalan Templer – Petaling Jaya![]() | No westbound exit Eastern terminus of concurrency with B14 | |||
Kuala Lumpur | Lembah Pantai | Pantai Dalam | 19.8 | – | – | Jalan Kampung Pasir – Bandar Kinrara, Puchong | Westbound exit and eastbound entrance only |
10.1 | Pantai Dalam toll plaza (barrier system) | ||||||
10.6 | – | – | ![]() ![]() | ||||
11.4 | – | – | Jalan Kubur – Pantai Sentral Jalan Pantai Dalam – Pantai Dalam | No northbound exit and southbound entrance to/from Jalan Pantai Dalam | |||
12.1 | 1008 | Lembah Pantai | Jalan Pantai Permai – Bukit Kerinchi, Kampung Pasir Baru | ||||
Bangsar | 12.8 | – | – | ![]() | Southbound entrance from northeast only | ||
13.1 | 1009 | Pantai Baharu | Jalan Pantai Baharu – Kerinchi, KL Eco City | ||||
Through to Jalan Bangsar | |||||||
1.000 km = 0.621 mi; 1.000 mi = 1.609 km
|
Salak link
Negeri/wilayah | Daerah | Lokasi | km | Keluar | Destinasi | Catatan | |
---|---|---|---|---|---|---|---|
Kuala Lumpur | Lembah Pantai | Pantai Dalam | 10.6 | – | ![]() ![]() | ||
Seputeh | Kuchai Lama | 16.6 | 1007A | Jalan Kuchai Lama – Kuchai Lama, Sungai Besi | |||
17.0 | – | ![]() ![]() ![]() ![]() | No exit to E20 northbound or entrance from E20 southbound | ||||
1.000 km = 0.621 mi; 1.000 mi = 1.609 km
|
Rujukan
- ^ "Toll at PJS2 plaza abolished". The Star. 2009-02-14.
Pautan luar
- IJM
- NPE Diarkibkan 2019-12-21 di Wayback Machine