Malam Anak Desa di UKM, Bangi ialah album yang berbentuk rakaman siaran langsung daripada Sudirman Haji Arshad. Album ini dikeluarkan dalam bentuk kaset dan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian satu dan dua kerana rakaman yang dilakukan secara langsung ini agak panjang. Konsert Anak Desa bersama beliau telah diadakan di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) di UKM, Bangi pada 2 Mac 1985. Album ini merupakan rakaman konsert secara langsung yang pertama pernah dilakukan di Malaysia.[1]