| "Malaysia Madani Rakyat Disantuni" | |
|---|---|
| Single oleh Siti Nurhaliza | |
| Dilancarkan | 2025 |
| Genre | Irama Malaysia |
| Panjang | 3:30 |
| Penulis | Mokhzani Ismail |
| Penggubah | Affan Mazlan |
| sunting · sunting di Wikidata | |
"Malaysia Madani Rakyat Disantuni" ialah lagu tema rasmi Hari Kebangsaan Malaysia pada 2025 yang dinyanyikan khas oleh Biduanita Negara Dato' Siti Nurhaliza. Liriknya dikarang oleh Mokhzani Ismail dan digubah oleh Affan Mazlan. Lagu ini mengetengahkan genre Irama Malaysia, melibatkan lagu rakyat dan elemen tradisional pelbagai kaum.[1]
Lagu ini mengajak seluruh rakyat Malaysia menghayati nilai murni berteraskan nilai kemanusiaan, kesejahteraan dan keadilan. Ia mendapat pujian daripada Perdana Menteri dan juga Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, berdasarkan liriknya yang merdu dan senang dibawa.[1][2]
Lihat juga
Rujukan
- ^ a b Bernama (30 Julai 2025). "Kementerian, pejabat kerajaan wajib mainkan lagu 'Malaysia MADANI Rakyat Disantuni' - Fahmi". Sinar Harian.
- ^ Bernama (2 Ogos 2025). "Komposer muda semai semangat patriotik, cinta negara melalui muzik". Harian Metro.









