Mohd Khalid Ismail | |
---|---|
محمد خالد اسماعيل | |
Ketua Polis Negara Malaysia | |
Menyandang jawatan 23 Jun 2025 | |
Raja | ![]() ![]() |
Perdana Menteri | ![]() ![]() |
Menteri | ![]() ![]() |
Timbalan | Ayob Khan Mydin Pitchay |
Didahului oleh | Razarudin Husain |
Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman Polis Diraja Malaysia | |
Dalam jawatan 10 April 2023 – 20 Jun 2025 | |
Raja | ![]() ![]() ![]() ![]() |
Perdana Menteri | ![]() ![]() |
Menteri | ![]() ![]() |
Didahului oleh | Baharuddin Ahmad |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Manong, Kuala Kangsar, Perak, Malaysia | 8 April 1965
Pasangan | Munirah Che Rose |
Anak | 3 |
Tempat belajar | Institut Teknologi MARA (Dip) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (LLB, LLM) |
Pekerjaan | Pegawai polis |
Dato' Sri Mohd Khalid bin Ismail (Jawi: محمد خالد بن اسماعيل; lahir 8 April 1965) ialah seorang pegawai polis Malaysia yang berkhidmat sebagai Ketua Polis Negara ke-15 bermula 23 Jun 2025.[1] Beliau sebelum ini menjawat jawatan sebagai Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman pada April 2023 hingga Jun 2025.
Kehidupan awal dan pendidikan
Mohd Khalid bin Ismail dilahirkan pada 8 April 1965 di Manong, Kuala Kangsar, Perak, Malaysia. Beliau melanjutkan pengajian tinggi di Institut Teknologi MARA (ITM) dan memperoleh Diploma Pentadbiran Awan pada tahun 1986. Kemudian, beliau menyambung pelajarannya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam Undang-Undang (Kepujian) pada tahun 2008 dan Ijazah Sarjana dalam Perbandingan Undang-Undang pada tahun 2013.[2]
Kerjaya kepolisan
Mohd Khalid memulakan latihan sebagai Inspektor Percubaan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Kuala Lumpur. Kemudian, beliau memulakan kerjayanya dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 5 April 1987 selepas menamatkan latihan Kepolisan Am pada tahun yang sama. Jawatan pertamanya ialah di bahagian cawangan khas di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di mana beliau mula membina kepakarannya dalam perisikan dan keselamatan negara.[2]
Selama bertahun-tahun, Mohd Khalid berkhidmat dalam pelbagai peranan di Bukit Aman, dalam kontinjen polis negeri dan di luar negara. Beliau juga dilantik sebagai Pegawai Perhubungan Keselamatan (SLO) di London, United Kingdom.[2]
Mohd Khalid kemudiannya menjadi Timbalan Pengarah Cawangan Khas I di Bukit Aman sebelum dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Cawangan Khas itu pada 10 April 2023. Beliau bersara pada 8 April 2025 tetapi terus berkhidmat sebagai pengarah cawangan khas itu secara kontrak.[2]
Pada 23 Jun 2025, Mohd Khalid dilantik sebagai Ketua Polis Negara (KPN) untuk tempoh dua tahun sehingga 22 Jun 2027. Pelantikannya diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri dan berdasarkan syor Suruhanjaya Pasukan Polis.[2] Beliau menjadi KPN pertama yang dilantik tanpa pernah berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Polis Negara (TPKN), tidak seperti kebanyakan pendahulunya.[a]
Kehidupan peribadi
Mohd Khalid telah mendirikan rumah tangga dengan Munirah Che Rose dan mereka dikurniakan tiga orang anak.
Anugerah
Anugerah di Malaysia
Malaysia :
Pingat Perkhidmatan Setia (PPS)
Pingat Perkhidmatan Am (PPA)
Ahli Mangku Negara (AMN) (1983)
Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) (2019)
Pingat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16 (2019)
Pingat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 (2024)
Polis Diraja Malaysia :
Panglima Setia Pasukan Polis (PSPP)
Panglima Gagah Pasukan Polis (PGPP) (2023) [3]
Pahang :
Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) – Dato' (2018) [4]
Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) – Dato' Sri (2023) [5]
Perak :
Dato' Pahlawan Taming Sari (DPTS) – Dato’ Pahlawan (2024) [6][7]
Nota
- ^ Abdul Hamid Bador dan Mohamad Fuzi Harun adalah pengecualian kerana mereka telah berkhidmat sebagai pemangku TPKN sebelum pelantikan mereka sebagai KPN.
Rujukan
- ^ "Khalid Ismail dilantik sebagai KPN baharu".
- ^ a b c d e "Mohd Khalid Ismail dilantik Ketua Polis Negara yang baharu". Malaysia Gazette. 20 Jun 2025. Dicapai pada 20 Jun 2025.
- ^ "Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman dahului senarai penerima Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis". Berita Harian. 2 November 2023. Dicapai pada 20 Jun 2025.
- ^ Shahrinnahar Latib (7 Disember 2018). "178 terima darjah kebesaran serta pingat Pahang". Berita Harian. Dicapai pada 20 Jun 2025.
- ^ "Deputy IGP heads list of Pahang Sultan's birthday awards and honours list". The Star (dalam bahasa Inggeris). 4 Ogos 2023.
- ^ Zahratulhayat Mat Arif (1 November 2024). "Keeper of Rulers' Seal heads list of Perak state award recipients" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 20 Jun 2025.
- ^ Muhammad Zulsyamini Sufian Suri (31 Oktober 2024). "Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja ketuai 213 senarai penerima pingat". Berita Harian. Dicapai pada 20 Jun 2025.