Nuh & Nayla | |
---|---|
Genre | Cinta Romantik Konflik Melodrama |
Berdasarkan daripada | Nuh & Nayla karya Ieya Sya |
Ditulis oleh | Nieza Nahar |
Pengarah | Idora Abdul Rahman |
Dibintangi oleh | |
Lagu pembukaan | "Masing-Masing" - Ernie Zakri & Ade Govinda |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif |
|
Penerbit |
|
Tempoh siaran | 42 minit |
Syarikat penerbitan | Suhan Movies & Trading Sdn Bhd |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 (Akasia) Tonton |
Format gambar | |
Siaran asal | 1 Julai 2024 – 7 Ogos 2024 |
Kronologi | |
Mengikuti | Dua Darjat |
Diikuti oleh | Dulu Dollah Daebak |
Nuh & Nayla ialah sebuah drama televisyen Malaysia 2024 terbitan Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd. yang diarahkan oleh Idora Abdul Rahman. Ia dibintangi oleh Jazmy Juma dan Scha Elinnea. Drama ini memulakan tayangan perdana di Slot Akasia, TV3 pada 1 Julai hingga 7 Ogos 2024, menggantikan Dua Darjat.
Siri ini juga turut ditayangkan menerusi penstriman Tonton pada 24 jam awal sebelum penayangan di saluran yang dinyatakan.
Sinopsis
Nuh (Jazmy Juma) jejaka yang 'gentlemen' menyebabkan Jiha (Ezzanie Jasny) jatuh cinta dengannya. Setelah cinta ditolak, Jiha telah perangkap Nuh sehingga mereka berkahwin. Nuh membawa Jiha jauh ke Kazakhstan. Sikap Nuh mula berubah tidak seperti dahulu. Sebulan berkawin, Jiha mengandung dua bulan. Nuh bertambah bengang apabila mengetahui dia dijadikan kambing hitam, lalu menceraikan Jiha.
Jiha kemudian menjemput Nayla (Scha Elinnea) ke Kazakhstan untuk menjadi temannya mengadu. Nayla dan Nuh mendapati Jiha menghidap penyakit kronik.Jiha meminta Nayla untuk mengahwini Nuh supaya Nuh bahagia dan boleh menjaga anaknya kelak.Selepas kematian Jiha,Mereka pulang ke Malaysia untuk menjaga anak Jiha,Addin.Namun,umur Addin tidak panjang dan dia meninggal dunia.Selepas kematian Addin, Nuh dan Nayla membuat haluan masing-masing dan berpisah.Selepas 5 tahun berlalu, Nuh dan Nayla secara tidak sengaja bertembung kembali dan ketika itulah mereka mula suka satu sama lain.
Pelakon
Pelakon utama
- Jazmy Juma sebagai Nuh
- Scha Elinnea sebagai Nayla
- Yusof Hashim sebagai Faqeel
Pelakon pembantu
- Arfie Shah sebagai Luth
- Puteri Sarah Liyana sebagai Izi
- Nor Meirysha Nurol Ashikin sebagai Jenny/Cinco
- Zila Bakarin sebagai Puan Zulaikha
- Azhar Amir sebagai Tuan Hamzah
- Dato' Ahmad Tamimi Siregar
- Lisdawati sebagai Aishah
- Miss Alvy sebagai Felicia (Ceya)
- Syefik sebagai Ishak
- Hafiz Halim sebagai Shah
- Khalida Balqis sebagai maryam
Penampilan khas
- Ezannie Jasny sebagai Jiha
Pelakon tambahan
- Dina Allysha sebagai Ima
- Azarudin Elliqey
- Airil Hafiz
- Hatta Henry
- Faiz Aqil
- Ahmad Mustaqim
- Qisya Hairulzain
- Chinta Azri
- Ahmad Safri
- Izuan Saliman
- Hazwan Danial
- Badrul Mat Deli
- Nur Sulyiana
- Eyda Rahman
- Alaud'dien Taufik
- Wira Rafar
- Alia Adini
- Shadid
- Afiq Azhad
- Heiqal Danial
- Isa Che Long
- Amirul Adha
- Nurul Huda
- Farhan Adam
- Yunnie Ahmad
- Nasrul Ufkah
- Nurliyana Alya
Runut bunyi
- "Masing-Masing" - Ernie Zakri & Ade Govinda
- "Pujuk Hati" - Erin CTJ
- "Adakah Kau Pasti" - Keka Nizam
- "Luar Waktu" - Qody Rany
- "Gelora" - Jazmy Juma
- "Suara Hidup" - Syafiq Abdillah
Anugerah dan pencalonan
Tahun | Anugerah | Kategori | Pencalonan | Keputusan | Ruj. |
---|---|---|---|---|---|
2025 | Gempak Most Wanted Awards 2024 | Drama Trending Tergempak | Nuh & Nayla | Tercalon | |
Video Muzik Tergempak | Masing-Masing - Ernie Zakri & Ade Govinda |
Pautan luar
TV3: Slot Akasia, Isnin–Jumaat, 7:00 malam | ||
---|---|---|
Sebelumnya | Nuh & Nayla | Berikutnya |
Dua Darjat | Dulu Dollah Daebak |