| Papa Zola: The Movie | |
|---|---|
| Pengarah | Nizam Razak |
| Penulis | Nizam Razak |
| Berdasarkan | Papa Pipi & BoBoiBoy oleh Nizam Razak |
| Dihasilkan oleh | Nizam Razak Ezdiani Ahmad Fawzi Kee Yong Pin (eksekutif) Yap Ee Jean (penyelaras) Ferdiawan Gunarto (penyelaras) |
| Dibintangi | Nizam Razak Ieesya Isandra Ezdiani Ahmad Fawzi |
| Disunting oleh | Raja Nukman Raja Mohd Noordin |
Syarikat penerbitan | |
| Diedarkan oleh | Astro Shaw |
Tarikh tayangan |
|
| Negara | Malaysia |
| Bahasa | Melayu |
| Pecah panggung | RM 43 juta |
Papa Zola: The Movie atau PAPA ZOLA Game On ialah filem animasi komedi fiksyen sains Malaysia yang diarahkan oleh Nizam Razak.
Papa Zola: The Movie akan ditayangkan di Malaysia pada 11 Disember 2025.
Sinopsis
Papa Zola, seorang ketua keluarga dan bapa yang bekerja sebagai penghantar makanan dan beberapa kerja sambilan lain demi menyara hidup keluarganya. Namun disebalik kehidupan normal mereka, Papa Zola dan isterinya Mama Zila sebenarnya tidak mengingati kisah silam yang pernah dilalui mereka iaitu melindungi Bumi daripada makhluk asing sebagai anggota Protect and Prevent Agency (PAPA). Pada suatu hari, anak perempuan Papa Zola, Pipi diculik oleh makhluk asing, ini menyebabkan Papa Zola kembali ke agensi PAPA bersama YonB untuk menyelamatkan anaknya. Dalam masa yang sama, makhluk asing cuba menggunakan Power Sphera Cimubot untuk mengubah dunia sebenar menjadi dunia simulasi dengan tujuan untuk menakluki Bumi. Kini Papa Zola mempunyai misi yang jelas; selamatkan dunia dan anaknya Pipi.
Pelakon suara
- Nizam Razak sebagai Papa Zola
- Ieesya Isandra sebagai Pipi Zola
- Noor Ezdiani Ahmad Fawzi sebagai Mama Zila
- Yusuf Bahrin sebagai Kachax
- Aloeng Silalahi sebagai YonB
- Nur Fathiah Diaz sebagai BoBoiBoy / Oboi
- Dzubir Mohamed Zakaria sebagai Gopal / Opal
- Anas Abdul Aziz sebagai Olien
- Mimi Ami sebagai Cimubot
- Ielham Iskandar Mohd Nizam sebagai Otoi
Pengeluaran
Tajuk didedahkan pada awalnya sebagai Papa Zola: The Movie. Semasa MONSTA CON 2023 di GSC LaLaport BBCC, MONSTA mengumumkan bahawa filem tersebut bertajuk PAPA Game On dan dijangka ditayangkan pada Disember 2024 sempena cuti sekolah.[1] Ini merupakan tindakan susulan daripada berita watak Papa Zola bakal digugurkan daripada filem BoBoiBoy yang seterusnya kerana permintaan peminat sendiri.[2][3] pada Ramadan 2024, Filem pendek ditayangkan diri 4 April jadi tukarkan di 2025.[4]
Keluaran
PAPA ZOLA Game On akan ditayangkan di Malaysia pada 11 Disember 2025.
Rujukan
- ^ @BoBoiBoy (31 Oktober 2023). "[MONSTA CON 2023 LIVE UPDATE!] Filem Papa Pipi bertajuk PAPA GAME ON dijadualkan untuk ditayang pada cuti sekolah hujung tahun 2024. - Nizam Abdul Razak, CEO Monsta. --#Monsta #PapaPipi #MonstaCon2023" (Twit). Dicapai pada 4 November 2023 – melalui Twitter.
- ^ Dzulkiply, Siti Athirah (17 November 2021). "Papa Zola digugurkan dalam filem animasi BoboiBoy akan datang". Utusan Malaysia. Dicapai pada 4 November 2023.
- ^ MONSTA (17 November 2021). "Reaction Papa Zola bila digugurkan dari BoBoiBoy Movie 🥺 #PapaPipi #Shorts". YouTube. Dicapai pada 4 November 2023.
- ^ "Iklan Raya Monsta 2024 – Papa Pipi Pindah". YouTube. 4 April 2024. Dicapai pada 5 April 2024.








