Pada 1 Desember 2018, Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad melancarkan pas perjalanan tanpa had My100 dan My50 sebagai langkah mengurangkan kos sara hidup rakyat.[1] Pas perjalanan My100 akan memberi akses tanpa had untuk semua perkhidmatan yang disediakan Rapid KL daripada monorel, LRT, MRT, Bas Rapid Transit (BRT) Laluan Sunway, bas perantara MRT dan bas ganti-ganti Rapid KL dengan hanya membayar RM100 untuk tempoh perjalanan selama 30 hari.[2]
Mahathir berkata ia dapat menjimatkan perbelanjaan rakyat, selain masa untuk ke sesuatu destinasi seperti tempat kerja menerusi penggunaan pengangkutan awam.[3] Beliau juga berkata, untuk permulaan, pas yang boleh diguna mulai 1 Januari 2019 dilaksanakan di Lembah Klang bagi membolehkan kerajaan melalui Kementerian Pengangkutan menilai keberkesanannya dalam membantu mengurangkan kos hidup rakyat dari segi perbelanjaan pengangkutan.[3]
Dalam tempoh awal pelaksanaannya, pas perjalanan tanpa had My100 dan My50 mencatatkan sambutan menggalakkan. Setakat 7 Januari 2019, My100 telah digunakan oleh 65,125 pengguna, meningkat daripada 34,472 pengguna pada 31 Disember 2018. Sementara itu, My50 pula merekodkan 1,567 pengguna sejak ia dilancarkan pada 1 Disember 2018.[4] Menteri Pengangkutan Anthony Loke turut mempromosikan Pas Perjalanan Tanpa Had My100 dengan turun padang mengedarkan risalah kepada pengguna MRT dan LRT.[5]
Lihat juga
Rujukan
- ^ "Kerajaan lancar pas perjalanan tanpa had My100, My50". Sinar Harian. 2018-12-01.
- ^ Sazili, Syalikha (2019-01-02). "Selesa dengan My100, My50". Harian Metro.
- ^ a b Rashid, Meor Riduwan Meor Ahmad dan Hidir Reduan Abdul (2018-12-01). "Pas perjalanan My100, My50 bantu kurang beban rakyat - PM". Berita Harian.
- ^ Yusof, Teh Athira (2019-01-08). "Pas perjalanan tanpa had My100 dapat sambutan positif". Berita Harian.
- ^ "Menteri jadi promoter pas perjalanan tanpa had". Astro Awani. 2019-01-14.








