Loke Siew Fook | |
---|---|
陆兆福 | |
![]() | |
Menteri Pengangkutan | |
Menyandang jawatan 3 December 2022 | |
Raja | Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (2022–2024) Sultan Ibrahim ibni Sultan Iskandar (sejak 2024) |
Perdana Menteri | Anwar Ibrahim |
Timbalan | Hasbi Habibollah |
Didahului oleh | Wee Ka Siong |
Dalam jawatan 21 Mei 2018 – 24 Februari 2020 | |
Raja | Sultan Muhammad V Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah |
Perdana Menteri | Mahathir Mohamad |
Timbalan | Kamarudin Jaffar |
Didahului oleh | Liow Tiong Lai |
Digantikan oleh | Wee Ka Siong |
Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik ke-6 | |
Menyandang jawatan 20 Mac 2022 | |
Timbalan | Sivakumar Varatharaju (2022–2025) Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (2022–2025) Liew Chin Tong (2022–2025) Steven Sim Chee Keong (sejak 2025) Hannah Yeoh Tseow Suan (sejak 2025) Ramkarpal Singh (sejak 2025) |
Pengerusi Kebangsaan | Lim Guan Eng (2022–2025) Gobind Singh Deo (sejak 2025) |
Didahului oleh | Lim Guan Eng |
Ketua Parlimen Parti Tindakan Demokratik ke-2 | |
Dalam jawatan 11 Julai 2018 – 20 Mac 2022 | |
Setiausaha Agung | Lim Guan Eng |
Didahului oleh | Lim Kit Siang |
Digantikan oleh | Nga Kor Ming |
Ketua Pemuda Parti Tindakan Demokratik | |
Dalam jawatan 6 Disember 2008 – 9 Disember 2012 | |
Timbalan | Lee Ying Ha |
Setiausaha Agung | Lim Guan Eng |
Didahului oleh | Nga Kor Ming |
Digantikan oleh | Teo Kok Seong |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Seremban | |
Menyandang jawatan 5 Mei 2013 | |
Didahului oleh | John Fernandez (PR–DAP) |
Majoriti | 12,553 (2013) 30,694 (2018) 30,841 (2022) |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Rasah | |
Dalam jawatan 8 Mac 2008 – 5 Mei 2013 | |
Didahului oleh | Goh Siow Huat (BN–MCA) |
Digantikan oleh | Teo Kok Seong (PR–DAP) |
Majoriti | 13,151 (2008) |
Ahli Dewan Undangan Negeri Sembilan bagi Chennah | |
Menyandang jawatan 5 Mei 2013 | |
Didahului oleh | Siow Chen Pin (BN–MCA) |
Majoriti | 1,098 (2013) 1,155 (2018) 2,200 (2023) |
Ahli Dewan Undangan Negeri Sembilan bagi Lobak | |
Dalam jawatan 21 Mac 2004 – 5 Mei 2013 | |
Didahului oleh | Khoo Seng Hock (BN–MCA) |
Digantikan oleh | Siow Kim Leong (PR–DAP) |
Majoriti | 1,842 (2004) 6,928 (2008) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Loke Siew Fook 28 April 1977 ![]() ![]() |
Kewarganegaraan | ![]() |
Parti politik | Parti Tindakan Demokratik (sejak 1994) |
Gabungan politik lain | Gagasan Rakyat (1994–1996) Barisan Alternatif (1999–2004) Pakatan Rakyat (2008–2015) Pakatan Harapan (sejak 2015) |
Pasangan | Ng Chi Ling |
Tempat belajar | Universiti Kebangsaan Malaysia (BSc) Universiti Malaya (MPA) |
Laman web | lokesiewfook |
Loke Siew Fook (Cina ringkas: 陆兆福; Cina tradisional: 陸兆福; pinyin: Lù Zhàofú; Yale Kantonis: Luhk Siuh-fūk; lahir 28 April 1977), juga dikenali sebagai Anthony Loke, merupakan seorang ahli politik Malaysia yang berkhidmat sebagai Menteri Pengangkutan untuk penggal pertama dalam pentadbiran Kerajaan Perpaduan di bawah Perdana Menteri Anwar Ibrahim sejak Disember 2022 dan sebelum ini dalam pentadbiran Pakatan Harapan (PH) di bawah bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad dari Mei 2018 hingga kejatuhan kerajaan PH pada Februari 2020. Beliau juga merupakan Ahli Dewan Rakyat bagi Seremban sejak Mei 2013, serta pernah mewakili Rasah dari Mac 2008 hingga Mei 2013. Di peringkat negeri, beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan (ADUN) bagi Chennah sejak Mei 2013, dan sebelum itu ADUN bagi Lobak dari Mac 2004 hingga Mei 2013. Beliau merupakan ahli Parti Tindakan Demokratik (DAP), sebuah parti komponen dalam gabungan PH dan sebelum ini Pakatan Rakyat (PR). Beliau berkhidmat sebagai Setiausaha Agung DAP ke-6 sejak Mac 2022, Ketua Parlimen DAP ke-2 dari Julai 2018 hingga Mac 2022 dan sebelum itu sebagai Setiausaha Pengelola Kebangsaan DAP serta Ketua Pemuda DAP atau Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY). Beliau juga pernah menjadi Ketua Pembangkang Negeri Sembilan dan Pengerusi Negeri PR bagi Negeri Sembilan.
Kehidupan awal dan pendidikan
Loke Siew Fook dilahirkan di Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Beliau menerima pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan St Paul dan Sekolah Menengah Seri Ampangan. Beliau menamatkan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2000 dengan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam bidang sains pembangunan.[1]
Datuk beliau, Loke Ching Fatt (Cina Tradisional: 陸禎发), merupakan pemilik restoran Loke Ching Kee (Cina Tradisional: 陸禎記), tempat hidangan terkenal sempena Tahun Baru Cina, iaitu yee sang mula mendapat perhatian dan menjadi popular.[2][3] Beliau telah mempersembahkan sebuah buku sejarah mengenai hidangan tersebut dalam satu majlis menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz pada 31 Januari 2020.[4]
Anthony Loke menganut agama Buddha.[5]
Kerjaya politik
Pada tahun 1994, Loke menyertai Parti Tindakan Demokratik (DAP) pada usia 17 tahun, iaitu umur minimum yang dibenarkan untuk menjadi ahli parti tersebut.
Dalam Pilihan raya negeri Negeri Sembilan 2004, Loke membuat penampilan sulung dalam pilihan raya setelah dicalonkan oleh DAP untuk bertanding di kerusi Lobak. Beliau memenangi kerusi tersebut dan telah dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan (ADUN) Lobak untuk penggal pertama. Beliau berjaya mempertahankan kerusi tersebut dan terpilih semula bagi penggal kedua dalam Pilihan raya negeri Negeri Sembilan 2008.
Dalam Pilihan raya umum Malaysia 2008, Loke turut bertanding dan berjaya memenangi kerusi Parlimen Rasah, sekaligus menjadi Ahli Parlimen buat pertama kali.
Dalam Pilihan raya umum Malaysia 2013, beliau beralih kerusi di peringkat negeri dan persekutuan, bertanding dan memenangi kerusi negeri Chennah serta kerusi parlimen Seremban.
Loke pernah memohon maaf kepada Mahathir Mohamad selepas lebih 40 papan iklan yang memaparkan wajah bekas Perdana Menteri itu diarahkan untuk ditutup oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).[6]
Dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Loke mempertahankan kedua-dua kerusinya di peringkat negeri dan parlimen, iaitu Chennah dan Seremban, dengan menewaskan calon Persatuan Cina Malaysia (MCA), Chong Sin Woon di peringkat parlimen dan Seet Tee Gee di peringkat negeri, masing-masing dengan majoriti sebanyak 30,694 undi dan 1,115 undi.[7][8]
Selepas kemenangan PH dalam PRU14, Mahathir telah dilantik sebagai Perdana Menteri untuk mengetuai kerajaan baharu. Pada 21 Mei 2018, Loke telah dilantik sebagai Menteri Pengangkutan oleh Perdana Menteri Mahathir.[9][10] Namun, pada 24 Februari 2020, beliau digugurkan daripada jawatan tersebut berikutan kejatuhan kerajaan PH dalam krisis politik 2020.
Pada 20 Mac 2022 semasa Kongres Kebangsaan DAP ke-17, Loke telah dipilih semula sebagai Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP dengan 1,625 undi — undi ketiga tertinggi selepas Gobind Singh Deo, yang dilantik semula sebagai Timbalan Pengerusi Kebangsaan, dan Chow Kon Yeow yang kekal sebagai Naib Pengerusi Kebangsaan.[11] Loke kemudiannya dilantik sebagai Setiausaha Agung DAP ke-6, menggantikan Lim Guan Eng yang telah memegang jawatan itu selama 17 tahun.[12]
Loke sekali lagi mempertahankan kerusi parlimennya di Seremban dalam Pilihan raya umum Malaysia 2022. Selepas pilihan raya itu, Pengerusi PH Anwar Ibrahim telah dilantik sebagai Perdana Menteri untuk mengetuai sebuah kerajaan perpaduan yang merangkumi PH, Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan parti-parti lain. Pada 3 Disember 2022, Anwar telah melantik semula Loke sebagai Menteri Pengangkutan, hampir tiga tahun selepas beliau meninggalkan jawatan itu.
Sepanjang penggal keduanya sebagai Menteri Pengangkutan, Loke telah memperkenalkan pelbagai dasar untuk mendigitalkan sistem pengangkutan negara.
Dalam Pilihan raya negeri Negeri Sembilan 2023, Loke berjaya mempertahankan kerusi DUN Chennah untuk penggal ketiga selepas menewaskan calon Perikatan Nasional (PN).
Kontroversi dan isu
Pada Februari 2019, isteri Loke duduk di sebelah beliau semasa satu mesyuarat rasmi dengan rakan sejawatannya dari China, sekali gus mencetuskan kontroversi. Tee Ching Seng, Ketua Biro Komunikasi dan Diplomasi Antarabangsa Persatuan Cina Malaysia (MCA), mempersoalkan kehadiran isteri Loke dalam mesyuarat rasmi tersebut.[13]
Keputusan pilihan raya
Tahun | Kerusi | Undi | Peratus undian | Lawan | Undi | Peratus undian | Buang undi | Majoriti | Keluar | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2004 | N11 Lobak | Loke Siew Fook (DAP) | 5,991 | 59.08% | Khoo Seng Hock (MCA) | 4,149 | 40.98% | 10,338 | 1,842 | 70.87% | ||
2008 | Loke Siew Fook (DAP) | 9,244 | 80.00% | Siow Koi Loon (MCA) | 2,316 | 20.00% | 11,714 | 6,928 | 77.26% | |||
2013 | N01 Chennah | Loke Siew Fook (DAP) | 5,128 | 55.99% | Siow Foo Wen (MCA) | 4,030 | 44.01% | 9,372 | 1,098 | 83.75% | ||
2018 | Loke Siew Fook (DAP) | 5,031 | 50.91% | Seet Tee Gee (MCA) | 3,876 | 39.22% | 10,051 | 1,155 | 82.94% | |||
Jamalus Mansor (PAS) | 975 | 9.87% | ||||||||||
2023 | Loke Siew Fook (DAP) | 5,888 | 61.49% | Rosmadi Arif (BERSATU) | 3,688 | 38.51% | 9,576 | 2,200 | 65.80% |
Tahun | Kerusi | Undi | Peratus undian | Lawan | Undi | Peratus undian | Buang undi | Majoriti | Keluar | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2008 | P130 Rasah | Loke Siew Fook (DAP) | 34,271 | 61.87% | Yeow Chai Thiam (MCA) | 21,120 | 38.13% | 56,654 | 13,151 | 78.56% | ||
2013 | P128 Seremban | Loke Siew Fook (DAP) | 45,628 | 53.12% | Yeow Chai Thiam (MCA) | 33,075 | 38.52% | 87,617 | 12,553 | 85.64% | ||
Abd Halim Abdullah (BERJASA) | 6,866 | 8.00% | ||||||||||
John Fernandez (BEBAS) | 221 | 0.26% | ||||||||||
Bujang Abu (BEBAS) | 83 | 0.10% | ||||||||||
2018 | Loke Siew Fook (DAP) | 55,503 | 60.45% | Chong Sin Woon (MCA) | 24,809 | 27.02% | 93,254 | 30,694 | 84.65% | |||
Shariffuddin Ahmad (PAS) | 11,506 | 12.53% | ||||||||||
2022 | Loke Siew Fook (DAP) | 63,920 | 51.85% | Mohd Fadli Che Me (PAS) | 33,076 | 26.83% | 124,729 | 30,844 | 79.32% | |||
Wong Yin Ting (MCA) | 24,584 | 19.94% | ||||||||||
Mohamad Jani Ismail (PEJUANG) | 1,336 | 1.08% | ||||||||||
Izat Lesly (BEBAS) | 373 | 0.30% |
Anugerah
Malaysia :
Lihat juga
Rujukan
- ^ "Anthony Loke infographic". Bernama. 21 May 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Mei 2018. Dicapai pada 2018-05-21.
- ^ "撈生出處掀爭議‧陸志就:無人能證實撈生來源‧芙蓉40年代已有魚生". Sin Chew Jit Poh. Sin Chew Jit Poh. 30 January 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Februari 2015. Dicapai pada 22 Februari 2015.
- ^ Chew, Amy (16 Mei 2021). "Malaysian-Chinese politician's surprising link to a popular raw fish salad". South China Morning Post. Dicapai pada 15 Julai 2021.
- ^ "七彩鱼生创办人后裔 陆兆福与森王室成员捞生". E-Nanyang (dalam bahasa Cina). 31 Januari 2020. Dicapai pada 15 Julai 2020.
- ^ "Interview on 标题党总部 Ep.07".
- ^ "Kami minta maaf Tun M". Astro Awani. 2018-05-02. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-12. Dicapai pada 2018-05-12.
- ^ Raja Rahim, Raja Noraina (10 Mei 2018). "PKR wins big in Negri Sembilan". New Straits Times. Dicapai pada 12 Mei 2018.
- ^ "DAP's Anthony Loke wins Seremban parliamentary seat". The Star (Malaysia). 10 Mei 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-13. Dicapai pada 13 Mei 2018.
- ^ Langewiesche, William (1 Julai 2019). "What Really Happened to Malaysia's Missing Airplane" – melalui The Atlantic.
- ^ "PM Mahathir Mohamad announces Malaysia Cabinet". Channel NewsAsia (dalam bahasa Inggeris). 2018-05-18. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Mei 2018. Dicapai pada 2018-05-18.
- ^ "Gobind receives highest votes in DAP polls". The Star (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-03-20.
- ^ "Loke elected new DAP secretary-general". FMT. 20 Mac 2022. Dicapai pada 20 Mac 2022.
- ^ "Loke's wife at official meeting courts controversy". The Star (dalam bahasa Inggeris). 2019-02-28.
- ^ a b "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 4 Februari 2017. Peratusan angka berdasarkan jumlah keluar mengundi.
- ^ a b "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 Februari 2017. Keputusan hanya tersedia daripada pilihan raya 2004.
- ^ a b "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Mac 2021. Dicapai pada 24 Mac 2017.
- ^ a b "my undi : Kawasan & Calon-Calon PRU13 : Keputusan PRU13 (Archived copy)". www.myundi.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Mac 2014. Dicapai pada 9 April 2014.
- ^ a b "Keputusan Pilihan Raya Umum ke-13". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Mac 2018. Dicapai pada 26 Oktober 2014.
- ^ a b "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE - 14". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 September 2020. Dicapai pada 17 Mei 2018. Peratusan angka berdasarkan jumlah keluar mengundi.
- ^ a b "Federal Government Gazette, Results of Contested Election Parliamentary Constituencies for the State of Negeri Sembilan" (PDF). Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 13 Jun 2018. Peratusan angka berdasarkan jumlah keluar mengundi.
Pautan luar
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Anthony Loke |
![]() |
Wikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai: Loke Siew Fook |
Jawatan politik | ||
---|---|---|
Didahului oleh Liow Tiong Lai |
Menteri Pengangkutan Malaysia 21 Mei 2018–24 Februari 2020 |
Diikuti oleh: Wee Ka Siong |
Parlimen Malaysia | ||
Didahului oleh John Fernandez |
Ahli Parlimen Seremban 5 Mei 2013–kini |
Pemegang jawatan kini |
Didahului oleh Goh Siow Huat |
Ahli Parlimen Rasah 8 Mac 2008–5 Mei 2013 |
Diikuti oleh: Teo Kok Seong |
Jawatan parti politik | ||
Didahului oleh Lim Kit Siang |
Ketua Parlimen Parti Tindakan Demokratik 11 Julai 2018–20 Mac 2022 |
Diikuti oleh: Nga Kor Ming |
- Kelahiran 1977
- Orang hidup
- Alumni Universiti Kebangsaan Malaysia
- Alumni Universiti Malaya
- Ahli politik Malaysia berketurunan Cina
- Anggota Parti Tindakan Demokratik
- Menteri Pengangkutan Malaysia
- Ahli Dewan Undangan Negeri Sembilan ke-11
- Ahli Dewan Undangan Negeri Sembilan ke-12
- Ahli Dewan Undangan Negeri Sembilan ke-13
- Ahli Dewan Undangan Negeri Sembilan ke-14
- Ahli Dewan Undangan Negeri Sembilan ke-15
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-12
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-13
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-14
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-15