Laman ini ialah laman perbincangan untuk membincangkan penambahbaikan pada rencana Bahasa Melayu Malaysia. Laman ini bukan forum untuk perbincangan biasa topik rencana. |
Polisi rencana
|
Cari sumber: Google (buku · berita · surat khabar · sarjana · imej percuma · ruj WP) · FENS · JSTOR · NYT · TWL |
Bahasa Melayu Piawai
Ini menurut saya seorang rakyat marhaen ,
Bahasa Melayu Piawai tidak boleh di samakan atau dicampurkan dengan Bahasa Melayu Malaysia , Bahasa Indonesia (Bahasa Melayu Indonesia) , Bahasa Melayu Singapura , Bahasa Melayu Brunei , Bahasa Melayu Johor dan Bahasa Melayu Riau . Kerana Bahasa Melayu Piawai adalah bahasa rasmi digunakan untuk berhubung atau surat menyurat . Juga isu Bahasa Melayu Johor dan Bahasa Melayu Riau , walaupun kedua bahasa ini menggunakan konsonan (a) jadi (e) ini tidak bermakna ianya sama . Ada beberapa perkataan di dalam Bahasa Melayu Johor tidak ada di dalam Bahasa Melayu Riau . Ahmad Nubhan (bincang) 09:26, 8 November 2023 (UTC)
- Pada asalnya ianya adalah 1 bahasa disebut Johor-Riau namun disebabkan penjajahan Eropah Barat maka empayar ini terpisah dan Johor terpengaruh dengan Inggeris manakala Riau terpengaruh dengan Belanda... Secara bahasanya tetap Bahasa yang sama. Nazran225 (bincang) 02:27, 9 November 2023 (UTC)
- Pada awalnya memang bahasa Johor-Riau sekarang dah berbeza mana boleh disamakan . Sekarang perlu buat pecahan .
- Saya masih tidak berpuas hati kerana ada yang berkata Melayu Johor menggunakan Bahasa Melayu Riau . Kalau kenyataan Bahasa Melayu Piawai (Bahasa Johor-Riau) ini baru tepat bukannya Bahasa Melayu Malaysia adalah bahasa melayu piawai . Juga Bahasa Melayu Malaysia (Bahasa Malaysia) di ambil daripada Bahasa Melayu Johor-Riau ini baru betul . Dewan bahasa dan Pustaka kena buat pengelasan Bahasa Melayu Piawai cabangnya
- , Bahasa Melayu Malaysia , Bahasa Melayu Johor , Bahasa Melayu Riau , Bahasa Mel Singapura dan sebagainya supaya lebih tepat . ayu Ahmad Nubhan (bincang) 13:03, 9 November 2023 (UTC)
- Rencana ini menggunakan nama "Bahasa Melayu Malaysia" kerana Malaysia yang mengawal standard bahasa ini dan bahasa ini bertentangan dengan Bahasa Indonesia (Standard Melayu campuran Jawa dan seumpamanya). Standard rasmi yang digunakan di Brunei dan Singapura juga diambil daripada "Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia" dan bahasa ini lebih kepada Malaysia sahaja mengawalnya berbanding Brunei dan Singapura kerana 2 negara tersebut kebiasaannya akan guna piawai yang dibuat oleh DBP Malaysia tanpa bantahan walaupun negara berkenaan ada agensi tersendiri. Nazran225 (bincang) 16:44, 9 November 2023 (UTC)
- Dari segi linguistik, setahu saya untuk bahasa Melayu (buat masa ini ketepikan dahulu bahasa Indonesia ya) cuma ada satu laras piawainya iaitu bahasa Melayu Baku/Piawai/Standard yang diselaraskan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Maka saya berpendapat memang wajar kalau nak samakan bahasa Melayu Baku/Piawai/Standard dengan bahasa Melayu Malaysia, kerana pemiawaian bahasa Melayu ini dilakukan oleh badan berkuasa yang berpusat di Malaysia, dan laras piawai inilah yang diperakui dan digunakan secara meluas di Malaysia, Brunei dan Singapura.
- Manakala dialek/bahasa lama Johor-Riau (abad ke-19) pula kemudian berpecah kepada tiga anak utama iaitu dialek/bahasa Melayu Singapura Moden, dialek/bahasa Melayu Johor-Selangor Moden dan dialek/bahasa Melayu Riau Moden. Mungkin boleh katakan dialek Melayu Singapura Moden (abad ke-21) seakan dialek Melayu Johor-Selangor Moden (abad ke-21) (perlu pengesahan), tetapi sudah tentu dialek Melayu Johor-Selangor Moden (abad ke-21) tidak sama dengan bahasa Melayu Riau Moden (abad ke-21), kerana dari segi kerangka masanya bahasa-bahasa atau dialek-dialek tersebut telah mengalami perubahan. Tetapi dalam konteks bahasa piawai, cuma ada satu bahasa piawai sahaja buat masa ini, iaitu bahasa Melayu Malaysia.
- Satu lagi alasan mengapa wujudnya penggunaan istilah "bahasa Melayu Malaysia" bukannya "bahasa Melayu Baku/Piawai/Standard" sebagai tajuk rencana adalah kerana isu ini pernah dibahas di laman perbincangan Wikipedia Bahasa Inggeris berkenaan pemindahan tajuk ke "Malaysian Malay" (lihat rujukan (1) dan rujukan (2) untuk maklumat lanjut). محمد حكيمي (bincang) 07:05, 10 November 2023 (UTC)
- Saya hidupkan balik perbincangan ini sebab saya sedang dalam usaha memperbetulkan istilah yang digunakan di Wikipedia untuk Standard Malay (zsm; bahasa Melayu piawai/bahasa Malaysia). Perkara sama telah saya bangkitkan baru-baru ini dalam laman perbincangan WP bahasa Inggeris.
- Seperti yang saya utarakan di sana, saya tak dapat jumpa dari mana-mana sumber lain selain Wikipedia (atau sumber yang merujuk kepada Wikipedia) yang menggunakan istilah Malaysian Malay/bahasa Melayu Malaysia. Saya anggap ini sebagai cubaan untuk mewujudkan istilah yang tidak wujud, bertentangan dengan WP:NOR & WP:N.
- Penggunaan istilah buatan 'bahasa Melayu Malaysia' ini tak adil untuk pengguna bahasa yang sama dari negara-negara luar Malaysia. Hujah bahawa "Brunei dan Singapura juga diambil daripada Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia" juga lemah, kerana istilah yang dipakai oleh DBP Malaysia itu tetap bahasa Melayu dan tak diterhadkan penggunaannya untuk dalam Malaysia.
- Istilah 'Standard Malay' (atau terjemahannya bahasa Melayu piawai) digunakan secara sangat meluas termasuk dalam ISO 639-3, Ethnologue, Glottolog, penulisan akademik, penulisan bukan akademik (blog, media sosial, dll.), juga dalam percakapan harian. Tak patut istilah itu hanya dibawa ke istilah buatan 'bahasa Melayu Malaysia' ini.
- Hujah mewujudkan istilah bahasa Melayu Malaysia sebagai "bahasa bertentangan dengan Bahasa Indonesia" tak relevan kerana apa sebabnya perlu bahasa bertentangan? Sudah tentu-tentu bahasa Indonesia itu berlainan dengan bahasa Melayu piawai, namanya saja sudah berbeza.
- Saya bercadangan untuk alihkan artikel ini ke tajuk Bahasa Melayu Piawai dalam kedua-dua WP BM & BI (rujuk WP:UCRN), tetapi perlukan input dari lain-lain pengguna kerana halatuju kandungan artikel ini perlu diperkemaskan dahulu. Harap @Ahmad Nubhan @Hakimi97 @Nazran225 dan lain-lain yang berminat dapat bincangkan. NoNationalisticNo (bincang) 11:39, 19 Mei 2025 (UTC)
- Rasanya boleh tetapi artikal ini menjadi "Bahasa Melayu Malaysia" disebabkan penggunaan 2 istilah "Bahasa Melayu" dan "Bahasa Malaysia" jadi artikel ini mengabungkannya menjadi "Bahasa Melayu Malaysia". Penggabungan ini untuk mencegah cybertrooper mengenainya istilah yang digunakan di Malaysia sebab perlembagaan sebut "Bahasa Melayu" manakala kerajaan pernah guna istilah "Bahasa Malaysia" untuk tempoh yang lama (selepas 2014 dimansuhkan Bahasa Malaysia dalam pendidikan) dan disebabkan kuasa utama hanya tertumpu kepada Malaysia sahaja sebab Brunei & Singapura sekarang pun berdasarkan Dewan Bahasa dan Pustaka (Malaysia) Nazran225 (bincang) 03:07, 21 Mei 2025 (UTC)
Berkenaan "Bahasa Malaysia"
Walaupun penggunaan frasa "Bahasa Malaysia" ini agak kurang menyenangkan, namun terdapat pelbagai sumber-sumber ilmiah dalam bahasa Melayu yang menggunakan kerangka "Bahasa Malaysia" mengikut carian Google Cendekiawan (Google Scholar):
- Muniandy, P. V., Othman, A. J. B., & Jamaluddin, S. B. (2017). Kesan kemahiran bertutur dalam bahasa Malaysia secara kaedah pembelajaran informal dalam kalangan penutur asing dewasa: Satu pandangan pembelajaran berterusan. JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 5(4), 31-37. (Pautan 1)
- Roslan, R., Abd Hamid, N., Nizam, W. S. A., & Ali, N. M. (2021). Membaca Bersama Iman: Pembangunan Aplikasi Mudah Alih Bagi Pembelajaran Dan Permainan Membaca Bahasa Malaysia Pra Sekolah. Multidisciplinary Applied Research and Innovation, 2(2), 347-352. (Pautan 2)
- Nachiappan, S., Durailimgam, S., & Suffian, S. (2017). Aplikasi kognisi dalam Pengajaran dan Pembelajaran karangan Bahasa Malaysia dalam kalangan pelajar tingkatan empat melalui Kaedah Hermeneutik: Application of cognition in the Teaching and Learning Bahasa Malaysia essay in form 4 students based on Hermeneutics Method. Jurnal Peradaban Melayu, 12, 1-10. (Pautan 3)
Saya berpendapat sebenarnya dibolehkan untuk menambah perkataan "Bahasa Malaysia" sebagai sinonim untuk bahasa Melayu Malaysia pada ayat pertama pengenalan. Tidaklah sampai menjadi sesuatu yang salah jika menambahnya sebab memang ada sumber rujukan yang menggunakan perkataan ini (walaupun sedikit dalam konteks bahasa Melayu Malaysia). محمد حكيمي (bincang) 13:38, 5 Julai 2024 (UTC)
- semua terbitan buku-buku diatas adalah lama. Perkataan Bahasa Melayu & Bahasa Malaysia selalu menjadi isu disebabkan kurangnya cakna rakyat Malaysia & kerajaan mengenai hal ini. Buku Teks KKM juga pernah mengunakan istilah "Bahasa Malaysia" dan "Bahasa Melayu" mengikut masa sehingga pelajar menjadi keliru sama ada Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia? Sedangkan untuk STPM hanya istilah Bahasa Melayu sahaja digunakan dari dulu hingga kini. Dan ianya menjadi isu politik disebabkan percanggahan perlembagaan Malaysia yang menyebut Bahasa Melayu adalah Bahasa rasmi (bukan Bahasa Malaysia). Dan menurut DPB istilah Bahasa Malaysia adalah kurang tepat kerana Malaysia itu adalah negara fakta diambil berdasarkan kepada Bahasa Inggeris yang tidak dikenali sebagai Bahasa England Nazran225 (bincang) 16:16, 5 Julai 2024 (UTC)
- Sejak DBP mendapat kuasa sedikit mengenai Martabat Bahasa Melayu kebanyakan terbitan Kerajaan hanya mengunakan istilah Bahasa Melayu dan tiada lagi Bahasa Malaysia. Namun bukan bermakna Bahasa Malaysia tidak digunakan sebab rencana atau pengusaha bangsa Cina Malaysia kebanyakan masih menggunakan istilah Bahasa Malaysia walaupun DBP sudah menyuruh hentikan istilah Bahasa Malaysia. Nazran225 (bincang) 16:20, 5 Julai 2024 (UTC)
Penamaan semula rencana daripada "Bahasa Melayu Malaysia" kepada "Bahasa Melayu Baku"
Salam semua, saya nak minta pendapat berkenaan penamaan semula rencana ini daripada "Bahasa Melayu Malaysia" kepada "Bahasa Melayu Baku". Antara sebab saya kemukakan penamaan semula tajuk jadi "Bahasa Melayu Baku" adalah disebabkan banyak rujukan ilmiah (seperti pada carian Google Cendekia: https://scholar.google.com/scholar?hl=id&as_sdt=0%2C5&q=bahasa+melayu+baku&btnG=) menggunakan "bahasa Melayu Baku". Maka perenggan pertama akan diubah menjadi:
Bahasa Melayu Baku juga dikenali sebagai Bahasa Melayu Piawai atau Bahasa Melayu Standard merupakan bentuk piawai bahasa Melayu yang digunakan di Malaysia, Brunei dan Singapura mengikut piawaian yang ditetapkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Bahasa ini juga dikenali sebagai bahasa Malaysia atau bahasa Melayu Malaysia untuk dibezakan dengan bahasa baku yang digunakan di Indonesia iaitu bahasa Indonesia.
Apakah pandangan penyunting rencana ini iaitu @Nazran225 , @Ahmad Shazlan , @Aqil55 , @Rulwarih , @Angry korean gamer234 , @Protocetus1 , @Laped , @Ultron90 , @Arif doudo , @CyberTroopers , dan semua pengguna aktif lain di Wikipedia Bahasa Melayu berkenaan perkara ini? Sebabnya saya berpendapat sudah tiba masa untuk kita undi mana satu tajuk yang kita nak guna, dan saya berharap selepas ini konflik berkenaan penamaan ini tak akan dijadikan sebagai isu lagi pada masa hadapan.
Jika ingin sertai proses pengundian maka tekan butang "Balas" selepas tandatangan saya, jika setuju dengan penamaan semula maka taip Setuju, kalau tidak setuju maka taip
Tidak setuju dan kemukakan alasannya. Jika ada pilihan nama lain maka taip
Tidak setuju kemudian cadangkan nama lain. محمد حكيمي (bincang) 08:37, 17 Jun 2025 (UTC)
Tidak setuju kerana nampak Pelik dengan nama Baku Aiman Zaharuddin (bincang) 09:42, 17 Jun 2025 (UTC)
- Kalau katakan lah akan dipindahkan ke sama ada "bahasa Melayu Piawai" atau "bahasa Melayu Standard" pula macam mana? Adakah saudara setuju, atau tetap ingin kekalkan "bahasa Melayu Malaysia"? محمد حكيمي (bincang) 09:56, 17 Jun 2025 (UTC)