Nur Syamimi binti Nawawi (lahir pada 25 September 1999 di Pulau Pinang, Malaysia) atau lebih dikenali dengan nama Mimi Nawawi ialah seorang Socmed Influencer dan Youtube Creator Malaysia yang mula dikenali sejak tahun 2022.
Mimi Nawawi | |
---|---|
ميمي نواوي | |
![]() | |
Kelahiran | Nur Syamimi Binti Nawawi 25 September 1999 15 Jamadil Akhir 1420H Penang, Malaysia |
Warganegara | Malaysia |
Pendidikan | Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dalam (Automotif) |
Pusat pendidikan | Kolej Komuniti Kepala Batas, Penang |
Pekerjaan | Socmed Influencer & Digital Creator |
Tahun aktif | 2022–kini |
Ketinggian | 157 cm (5 ka 2 in) |
Mimi Nawawi ialah seorang content creator digital dari Pulau Pinang. Beliau merupakan anak bongsu daripada empat orang adik-beradik. Merupakan seorang influencer media sosial yang dikenali ramai, dan aktif di platform seperti YouTube dan TikTok. Di YouTube, beliau mempunyai lebih daripada 680,000 subscribers dan sering berkongsi video berkaitan kehidupan peribadi dan cabaran harian. Dengan gelagatnya yang mencuit hati dan sering berinteraksi dengan peminatnya.
Awal Kehidupan
Mimi Nawawi berasal dari Pulau Pinang. Maklumat lanjut tentang latar keluarga belum diketahui secara umum.
Pendidikan
Beliau mendapat pendidikan menengah di SMK Mutiara Impian, sebuah sekolah sukan di negeri tersebut, di mana beliau aktif sebagai atlet hoki. Penglibatannya dalam bidang sukan membentuk disiplin dan semangat kerjasama yang turut terserlah dalam kerjayanya sebagai content creator.
Selepas menamatkan alam persekolahan, beliau melanjutkan pengajian dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Kolej Komuniti Kepala Batas, dengan pengkhususan dalam jurusan automotif. Sepanjang pengajian, beliau mengikuti program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dalam bidang Automotif dan berjaya menamatkannya dengan jayanya, sekali gus bergelar graduan Kolej Komuniti Kepala Batas pada tahun 2022.
Kerjaya
Sejak mula aktif di media sosial, Mimi telah menghasilkan pelbagai content merangkumi gaya hidup, motivasi, isu semasa serta hiburan. Kandungannya turut dikongsi semula oleh pengguna media sosial tempatan, menjadikan namanya semakin dikenali di Malaysia.
Pada 20 Januari 2022 , beliau mula bekerja secara rasmi bersama kumpulan kreatif AI Team, sebuah kumpulan content creator digital tempatan. Penglibatannya bersama pasukan ini memfokuskan kepada pembangunan content AI, media sosial dan kerjasama digital. Mimi Nawawi menamatkan penglibatannya bersama AI Team pada 21 Ogos 2024 , sekaligus menutup satu fasa kerjasama yang pernah mewarnai perjalanan awal karier digitalnya.
Beliau kemudiannya meneruskan kerjaya content creator secara berdikari, dengan penekanan terhadap jenama peribadi dan hubungan bersama komuniti pengikutnya di media sosial.
Pencapaian
- Menerima anugerah Talent Popular dan Superstar daripada kumpulan AI pada tahun 2023
- Menghasilkan content kreatif di media sosial
- Silver Play Button – Diterima pada September 2022 selepas channel AI Mimi melepasi 100,000 langganan.
- Pada Jun 2022, Mimi Nawawi meraih lebih 100,000 subscribers YouTube dalam tempoh dua hari, menjadikannya antara content creator tempatan yang mencatat pertumbuhan terpantas di platform tersebut.
Media Sosial
Rujukan
- ^ Mimi Nawawi merupakan graduan TVET Automotif dari Kolej Komuniti Kepala Batas pada tahun 2022. Maklumat ini disahkan melalui profil peribadi dan kandungan digital yang dikongsi di media sosial beliau.
- ^ Beliau bersekolah di SMK Mutiara Impian sebagai pelajar sukan dan aktif dalam sukan hoki.
- ^ Kerjaya beliau bermula sebagai ahli pasukan AI pada 20 Januari 2022, dan berakhir pada 21 Ogos 2024.
- ^ Mimi mempunyai ketinggian 157 cm.
- ^ Beliau aktif sebagai pencipta kandungan di YouTube, TikTok dan Instagram. Kandungan beliau banyak berkaitan gaya hidup, inspirasi TVET dan promosi produk tempatan.
- ^ Mimi merupakan anak bongsu daripada empat orang adik-beradik.