Plat Burma | |
---|---|
![]() Plat Burma ditunjuk di tengah, dalam lorekan merah muda | |
Jenis | Minor |
Perkiraan luas wilayah | 1,100,000 km2 |
Pergerakan1 | Utara |
Kecepatan1 | 46 mm/tahun |
Wilayah | Laut Andaman |
1Relatif dengan Plat Afrika |

Plat Burma ialah sebuah plat tektonik kecil atau plat mikro yang terletak di Asia Tenggara, dan kadangkala dianggap sebahagian daripada plat Eurasia yang lebih besar. Kepulauan Andaman, Kepulauan Nicobar, dan barat laut Sumatera terletak di atas plat. Busur pulau ini memisahkan Laut Andaman dari Lautan Hindi utama di barat.
Di sebelah timurnya terletak plat Sunda yang terpisah di sepanjang sempadan transformasi, dan wujud di garis kasar utara-selatan melalui Laut Andaman. Sempadan antara plat Burma dan Sunda ini merupakan pusat sebaran dasar laut marginal yang telah membawa kepada pembukaan Laut Andaman (dari arah selatan) dengan "menolak keluar" busur pulau Andaman-Nicobar-Sumatra dari tanah besar Asia, satu proses yang bermula kira-kira 4 juta tahun yang lalu.
Di sebelah barat terdapat plat India yang jauh lebih besar, terbenam ke bawah bahagian barat plat Burma. Zon benam yang luas ini telah membentuk Palung Sunda.
Sejarah tektonik
Dalam model sejarah tektonik reka semula di kawasan itu, pergerakan plat Indo-Australia yang secara amnya ke utara mengakibatkan perlanggaran substantifnya dengan benua Eurasia yang bermula semasa zaman Eosen, kira-kira 50–55 juta tahun dahulu (Ma). Perlanggaran dengan Asia ini memulakan penaikan orogenik yang telah membentuk pergunungan Himalaya, serta keretakan plat Indo-Australia ke dalam plat India moden, plat Australia, dan mungkin plat Capricorn.[1]

Aktiviti tektonik terkini
Pada 26 Disember 2004, sebahagian besar sempadan antara plat Burma dan plat India tergelincir, menyebabkan gempa bumi dan tsunami Lautan Hindi 2004.[2] Gempa bumi megathrust ini mempunyai anggaran momen magnitud 9.1–9.3 Mw.[3] Sempadan sepanjang lebih 1,600 kilometer (990 bt) mengalami tujahan sesar lalu ternaik 5 meter (16 ka) serta tertolak 11 meter (36 ka).[3] Kenaikan cepat ini (tujuh minit[3]) menghasilkan sebuah tsunami yang mengorbankan kira-kira 229,800 orang di pesisir Lautan Hindi.
Rujukan
- ^ Gordon, Richard G. (2009-03-01). "Lithospheric Deformation in the equatorial Indian Ocean: Timing and Tibet". Geology. 37 (3): 287–288. Bibcode:2009Geo....37..287G. doi:10.1130/focus032009.1.
- ^ "Thirty-eight Indian cities in high-risk earthquake zones". The Times of India.
- ^ a b c Strand, Carl; John Masek (2008). Sumatra-Andaman Islands earthquake and tsunami of December 26, 2004 : lifeline performance. Reston, Va.: American Society of Civil Engineers. doi:10.1061/9780784409510. ISBN 9780784409510.
Bacaan lanjut
- Curray, JR. "2002 Chapman Conference on Continent – Ocean Interactions within the East Asian Marginal Seas" (PDF). Tectonics and History of the Andaman Sea Region (abstract). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada March 23, 2005. Dicapai pada September 8, 2005. pdf
- Paul, J., Burgmann, R., Gaur, V. K., Bilham, R., Larson, K. M., Ananda, M. B., Jade, S., Mukal, M., Anupama, T. S.. Satyal, G., Kumar, D. 2001 The motion and active deformation of India. Geophys. Res. Lett. Vol. 28, No. 04, 647–651 2001.