Pua Pei Ling | |
---|---|
潘佩玲 | |
Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor bagi Bukit Lanjan | |
Menyandang jawatan 12 Ogos 2023 | |
Didahului oleh | Elizabeth Wong Keat Ping (PH–PKR) |
Majoriti | 41,227 (2023) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Pua Pei Ling 1992 (umur 32–33) ![]() ![]() |
Kerakyatan | ![]() |
Parti politik | Parti Keadilan Rakyat (PKR) |
Gabungan politik lain | Pakatan Harapan (PH) |
Pekerjaan | Ahli politik |
Pua Pei Ling | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Nama Bahasa Cina | |||||||
Tulisan Cina Tradisional | 潘佩玲 | ||||||
Tulisan Cina Ringkas | 潘佩玲 | ||||||
|
Pua Pei Ling (Cina ringkas: 潘佩玲; Cina tradisional: 潘佩玲; pinyin: Pān Pèilíng; lahir 1992) ialah seorang ahli politik Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (ADUN) bagi Bukit Lanjan sejak Ogos 2023. Beliau merupakan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR), sebuah parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH). Beliau pernah berkhidmat sebagai pembantu kepada bekas ADUN Rawang, Gan Pei Nei dari 2013 hingga 2018 serta Pegawai Pembangunan Parlimen Gombak dari 2018 hingga 2023. Beliau juga berkhidmat sebagai Ahli Jawatankuasa dan Setiausaha Wanita PKR bagi kawasan Damansara sejak tahun 2022.[1][2]
Kerjaya politik
Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (sejak 2023)
Pilihan raya negeri Selangor 2023
Dalam Pilihan raya negeri Selangor 2023, Pua telah membuat penampilan sulungnya dalam pilihan raya selepas dicalonkan oleh Pakatan Harapan (PH) untuk bertanding di kerusi negeri Bukit Lanjan. Pua memenangi kerusi tersebut dan telah dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor bagi Bukit Lanjan setelah menewaskan Muniraa Abu Bakar daripada Perikatan Nasional (PN) dengan majoriti sebanyak 41,227 undi.[3]
Sepanjang tempoh kempen pilihan raya, Pua memperkenalkan slogan dalam bahasa Cina iaitu "认真做事,贴近民心" yang membawa maksud "melakukan kerja dengan bersungguh-sungguh, mendekati hati rakyat". Beliau menyatakan bahawa Bukit Lanjan merupakan kerusi negeri dengan peratusan pengundi Cina Malaysia tertinggi dalam demografi etnik bagi kerusi-kerusi yang ditandingi oleh partinya, Parti Keadilan Rakyat (PKR), diikuti oleh Rawang dan Kajang. Beliau turut memaklumkan bahawa para pengundi di kawasan Seri Damansara mengadu kepadanya tentang isu gerai haram yang menjejaskan aliran trafik. Pua turut menegaskan bahawa sepanjang tempoh beliau berkhidmat sebagai pegawai pembangunan, beliau sentiasa memberi perhatian terhadap isu keselamatan jalan raya dan pencahayaan jalan di kawasan kampung baru, serta percaya bahawa rumah yang lebih selamat akan membawa kepada kualiti hidup yang lebih tinggi untuk penduduk.
Sebagai ADUN Bukit Lanjan, Pua menggunakan pengalamannya sebagai pegawai pembangunan dan pembantu kepada Ahli Dewan Negeri sebelum ini untuk menjadi jambatan dan penghubung komunikasi antara kerajaan tempatan dan rakyat. Beliau berikrar untuk mendapatkan nasihat daripada penyandang terdahulu, Elizabeth Wong Keat Ping, memperjuangkan pembangunan Bukit Lanjan, mengekalkan hubungan baik dengan masyarakat Orang Asli, menerangkan situasi politik semasa kepada pengundi, serta menjadikan keselamatan jalan raya, pembangunan komuniti, keperluan kaum Melayu dan kaum lain, belia dan wanita sebagai keutamaan. Beliau juga berazam untuk menjaga kebajikan Bukit Lanjan dan melaksanakan tugas sebagai wakil rakyat dengan sebaik mungkin.[4][5] Selain itu, Pua turut menyatakan kesediaannya untuk berdepan dengan jangkaan dan tuntutan lebih tinggi daripada rakyat sekiranya PH terus kekal memerintah.[6]
Pada 16 November 2023, beliau menggesa semua Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor untuk menyumbangkan sebanyak RM5,000 masing-masing kepada Tabung Sumbangan Dewan Undangan Negeri Selangor yang ditubuhkan bagi membantu dan menyokong rakyat Palestin dengan menyediakan keperluan harian kepada mereka yang sedang menderita akibat perang Gaza.[7]
Keputusan pilihan raya
Tahun | Kawasan pilihan raya | Calon | Undi | Peratus | Lawan | Undi | Peratus | Undi sah | Majoriti | Hasil | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2023 | N37 Bukit Lanjan | Pua Pei Ling (PKR) | 57,051 | 78.29% | Muniraa Abu Bakar (GERAKAN) | 15,824 | 21.71% | 72,875 | 41,227 | 65.90% |
Rujukan
- ^ "Y.B. Puan Pua Pei Ling". Portal Rasmi Dewan Negeri Selangor. Dicapai pada 13 Januari 2024.
- ^ "Local folks proud of three PKR assemblymen from Rawang". MYsinchew. 16 Ogos 2023. Dicapai pada 13 Januari 2024.
- ^ "[Unofficial]: PH wins Bukit Lanjan seat in Selangor". New Straits Times. 12 Ogos 2023. Dicapai pada 13 Januari 2024.
- ^ "【新兵上场】潘佩玲竞选口号"认真做事,贴近民心" 关注武吉兰樟社区发展及青年课题". Oriental Daily News (dalam bahasa Cina). 31 Julai 2023. Dicapai pada 13 Januari 2024.
- ^ "新兵上阵 潘佩玲武吉兰樟报捷". Sin Chew Daily (dalam bahasa Cina). 13 Ogos 2023. Dicapai pada 13 Januari 2023.
- ^ "31岁潘佩玲已有10年服务经验 有信心做好州议员工作". 当今雪州 (dalam bahasa Cina). 1 Ogos 2023. Dicapai pada 13 Januari 2024.
- ^ "ADUN Selangor disaran sumbang RM5,000 untuk Palestin". Sinar Harian. 16 November 2023. Dicapai pada 13 Januari 2024.
- ^ "Keputusan Pilihan Raya Negeri Selangor ke-15". Dicapai pada 5 Oktober 2023.