Qifarah | |
---|---|
Pengarah | Ghaz Abu Bakar |
Penulis |
|
Cerita oleh |
|
Dihasilkan oleh |
|
Dibintangi | |
Sinematografi | Izzat Emir Mainon |
Disunting oleh |
|
Muzik oleh | Teoh Eng Hooi |
Syarikat penerbitan |
|
Diedarkan oleh | |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 94 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Qifarah merupakan sebuah filem seram Malaysia 2025 arahan Ghaz Abu Bakar. Filem yang dibintangi oleh Remy Ishak, Sharifah Sakinah, Rita Nadira, Liyana Jasmay, Namron, Vanida Imran, Esma Daniel dan Rafique Iskandar. Filem ini mula ditayangkan di seluruh pawagam di Malaysia bermula 9 Oktober 2025.
Sinopsis
Mengisahkan Yusoff yang berhijrah ke Cairo bersama isterinya, Marissa dan anak lelaki mereka, Mikhael. Selepas menerima panggilan dari bapanya yang memberitahu bahawa dirinya sedang nazak, Yusoff membuat keputusan untuk pulang ke Malaysia bersendirian.
Namun, segala-galanya menjadi rumit apabila Marissa dan Mikhael muncul di rumah Yusoff secara tiba tiba tanpa pengetahuannya. Keluarga mereka mula mengalami kejadian-kejadian aneh dan menakutkan di rumah tersebut. Yusoff mula mengesyaki bahawa mereka kini menjadi sasaran ilmu hitam.
Pelakon
- Remy Ishak sebagai Yusoff
- Sharifah Sakinah sebagai Mawar
- Rita Nadira sebagai Marissa
- Liyana Jasmay sebagai Eykha
- Namron sebagai Pak Mat
- Vanida Imran sebagai Nur
- Esma Daniel sebagai Ghazali
- Rafique Iskandar sebagai Mikhael