Abhilash Chandra | |
|---|---|
| Kelahiran | |
| Pekerjaan | Penulis skrip, pengarah, penerbit |
| Tahun aktif | 2013–kini |
Abhilash Chandra merupakan seorang penulis skrip, pengarah dan penerbit Malaysia berketurunan India Malaysia .Beliau memulakan kerjaya profesionalnya sebagai pengarah dengan mengarahkan filem pendek dan seterusnya mengarahkan filem sulungnya,Blood Brothers: Bara Naga bersama-sama Syafiq Yusof.[1]
Filem ini melayakkan beliau menerima anugerah Pengarah Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-34. Beliau muncul sebagai salah seorang tenaga kreatif penting dalam industri filem aksi Malaysia, terutamanya melalui penglibatanya dalam francais Polis EVO dan kerjayaan filem Blood Brothers: Bara Naga
Kehidupan Awal
Abhilash menghabiskan sebahagian zaman kanak-kanaknya di Pulau Carey sebelum berpindah ke beberapa kawasan seperti Sitiawan dan Tanjung Karang akibat perkejaan bapanya dalam industri perladangan kelapa sawit. Ketikaa bapanya dipindahkan ke Indonesia, keluargaya menetap di Klang bersama datuk dan neneknya.
Abilash mempunyai izajah dalam jurusan undang-undang.Kerana minat dalam perfileman, beliau juga melanjutkan pelajaran ke Tisch School of the Arts, New York University (kampus Singapura) untuk mempelajari asas teknikal dan penceritaan filem
Filemografi
Filem
| Tahun | Tajuk | Dikreditkan sebagai | Catatan | ||
|---|---|---|---|---|---|
| Penulis skrip | Pengarah | Penerbit | |||
| 2013 | The Harvester | Cerita | Filem pendek | ||
| Pigs | |||||
| 2014 | Spirit from the Meadow | ||||
| 2016 | Departures | ||||
| 2017 | Cahaya Terakhir | ||||
| Brave | |||||
| 2018 | Polis EVO 2 | Penerbit bersekutu | |||
| 2019 | Cargo | Filem pendek | |||
| 2023 | Polis EVO 3 | ||||
| 2024 | The Experts | Penerbit bersekutu | |||
| 2025 | Blood Brothers: Bara Naga | Penerbit bersama | |||
| Qifarah | Penyelia | ||||
Anugerah dan pencalonan
| Tahun | Anugerah | Kategori | Karya | Keputusan |
|---|---|---|---|---|
| 2025 | Festival Filem Malaysia ke-34 | Pengarah Terbaik (bersama Syafiq Yusof) | Blood Brothers: Bara Naga | Menang |








