Yang Berhormat Dato' Razali Ismail DPMT (Ter); KMN | |
|---|---|
![]() | |
| Timbalan Menteri Pelajaran I | |
| Dalam jawatan 18 Mac 2008 – 28 November 2008 Berkhidmat with Wee Ka Siong | |
| Menteri | |
| Didahului oleh | |
| Digantikan oleh | |
| Ahli Parlimen Malaysia bagi P36 Kuala Terengganu, Terengganu | |
| Dalam jawatan 2004 – 28 November 2008 | |
| Didahului oleh | |
| Digantikan oleh | |
| Majoriti | 628 (PRU-12) 1,933 (PRU-11) |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 25 Jun 1949 |
| Meninggal dunia | 28 November 2008 (umur 59) |
| Parti politik | |
| Pasangan | To' Puan Nooraini Lob Yusoff |
| Anak | Muhammad Nurazli Asrul Shah Khairul Amar Khairul Anwar Khairul Arif |
| Pekerjaan | Menteri Kabinet, Ahli Parlimen |
Dato' Razali Ismail (25 Jun 1949 - 28 November 2008) merupakan ahli politik Malaysia dan juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu. Beliau pernah menjadi Timbalan Menteri Pelajaran selepas menang di dalam pilihan raya Malaysia 2008.[1]
Pendidikan
Beliau mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Intan, Kuala Berang sebelum meneruskan pengajian di Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu. Kemudian, Razali melanjutkan pengajian di Universiti Malaya dalam bidang sejarah. Setelah mengajar beberapa tahun, beliau tidak melepaskan peluang untuk membuat Sarjana Pendidikan di Birmingham, United Kingdom.
Kerjaya
Memulakan kerjaya sebagai guru di SMK Tengku Ampuan Intan, Kuala Berang beliau juga merupakan pensyarah di beberapa buah maktab perguruan di Malaysia. Beliau menjadi timbalan pengetua di Maktab Perguruan Kota Bharu sebelum dilantik pengetua Maktab Perguruan Pasir Panjang, Kuala Terengganu dan kemudiannya di Maktab Perguruan Batu Rakit, Kuala Terengganu. Setelah itu, beliau telah dinaikkan pangkat sebagai pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu.
Beliau kemudiannya dilantik sebagai pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran pada 2002.Bertanding Pada Pilihanraya Umum 2004 dan menewaskan penyandang kerusi Parlimen Kuala Terengganu daripada PAS,Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional(PTPTN)
Pilihan raya Malaysia 2008
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari PAS, Mohamad Sabu dan Maimun Yusuf (Bebas) dengan majoriti sebanyak 628 undi. Beliau memperolehi 32,562 undi berbanding lawannya memperolehi 31,934 undi dan calon Bebas Maimun Yusuf hanya mendapat 685 undi.
Meninggal dunia
Beliau meninggal dunia pada 28 November 2008 di Institut Aminuddin Baki, Genting Highland, Pahang. Beliau dikatakan rebah ketika bermain badminton di institut itu.Allahyarham meninggal pada umur 59 tahun.









