Hishammuddin Hussein | |
---|---|
![]() | |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Sembrong, Johor | |
Menyandang jawatan 17 Mei 2004 | |
Didahului oleh | Konstituensi baharu |
Majoriti | 11,570 (2008) 10,631 (2013) 6,662 (2018) 10,880 (2022) |
Menteri Kanan Kluster Keselamatan | |
Dalam jawatan 30 Ogos 2021 – 10 Oktober 2022 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | ![]() ![]() |
Kawasan pilihan raya | Sembrong |
Dalam jawatan 7 Julai 2021 – 16 Ogos 2021 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | ![]() ![]() |
Kawasan pilihan raya | Sembrong |
Menteri Pertahanan | |
Dalam jawatan 30 Ogos 2021 – 10 Oktober 2022 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | ![]() ![]() |
Timbalan | ![]() ![]() |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Dalam jawatan 16 Mei 2013 – 9 Mei 2018 | |
Raja | Muhammad V |
Perdana Menteri | ![]() ![]() |
Timbalan |
|
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Digantikan oleh | ![]() ![]() |
Menteri Luar Negeri | |
Dalam jawatan 10 Mac 2020 – 16 Ogos 2021 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | ![]() ![]() |
Timbalan | ![]() ![]() |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Digantikan oleh | ![]() ![]() |
Kawasan pilihan raya | Sembrong |
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) | |
Dalam jawatan 12 April 2017 – 9 Mei 2018 | |
Raja | Muhammad V |
Perdana Menteri | ![]() ![]() |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Digantikan oleh | ![]() ![]() |
Menteri Dalam Negeri | |
Dalam jawatan 10 April 2009 – 15 Mei 2013 | |
Perdana Menteri | ![]() ![]() |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Digantikan oleh | ![]() ![]() |
Naib Presiden UMNO (Menjalankan tugas sebagai Timbalan Presiden UMNO mulai 12 Mei 2018 - 29 Jun 2018) | |
Dalam jawatan 26 Mac 2009 – 12 Mei 2018 | |
Didahului oleh | Mohd Ali Rustam Muhyiddin Yassin Muhammad Muhammad Taib |
Digantikan oleh | Ismail Sabri Yaakob Mahdzir Khalid Mohamed Khaled Nordin |
Kawasan pilihan raya | Sembrong |
Menteri Pendidikan Malaysia | |
Dalam jawatan 31 Mac 2004 – 9 April 2009 | |
Raja | Syed Sirajuddin Mizan Zainal Abidin |
Perdana Menteri | ![]() ![]() |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Digantikan oleh | ![]() ![]() Menteri Pelajaran Malaysia |
Ketua Pemuda UMNO | |
Dalam jawatan 1998–2008 | |
Didahului oleh | Ahmad Zahid Hamidi |
Digantikan oleh | Khairy Jamaluddin |
Menteri Belia dan Sukan Malaysia | |
Dalam jawatan 1999 – 30 Mac 2004 | |
Raja | Salahuddin Abdul Aziz Shah Syed Sirajuddin |
Perdana Menteri | ![]() ![]() ![]() ![]() |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Digantikan oleh | ![]() ![]() |
Timbalan Menteri Perusahaan Utama | |
Dalam jawatan 12 November 1996 – 14 Disember 1999 | |
Perdana Menteri | ![]() ![]() |
Menteri | Lim Keng Yaik |
Didahului oleh | Siti Zainaboon Abu Bakar |
Digantikan oleh | ![]() ![]() |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Tenggara, Johor | |
Dalam jawatan 7 Jun 1995 – 4 Mac 2004 | |
Didahului oleh | Konstituensi baharu |
Digantikan oleh | ![]() ![]() |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Hishammuddin bin Hussein 5 Ogos 1961 Johor Bahru, Johor, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) |
Kewarganegaraan | Malaysia |
Parti politik | ![]() |
Gabungan politik lain | ![]() ![]() |
Pasangan | Yang Mulia Tengku Dato' Sri Marsilla Tengku Abdullah (k. 1987) |
Pertalian | Dato' Jaafar bin Haji Muhammad (Moyang) Dato' Onn Jaafar (Datuk) Tan Sri Mohamed Noah Omar (Datuk) Dato' Sri Najib Razak (Sepupu) Tan Sri Dato' Dr. Yahya Awang (Abang Ipar) Dato' Sri Khalid Mohamad Jiwa (Besan) |
Anak | Nasha Alyssa Faris Hussein Kyra Arianna Fahd Hussein |
Ibu bapa | Hussein Onn Suhailah Mohamed Noah |
Saudara | Datuk Haris Onn bin Hussein (Adik) Allahyarhamah Datin Roquiya Hanim (Kakak) Puan Sri Dr Suraiya Hani (Kakak) Roziah Hanis (Kakak) Dr Rozita Halina (Kakak) Datuk Onn Hafiz bin Ghazi (anak saudara - anak Datin Roquiya Hanim) |
Kediaman | Ampang Jaya, Selangor |
Pendidikan | Ijazah Sarjana Undang-Undang Komersil Korporat |
Tempat belajar | ![]() |
Pekerjaan | Menteri, Ahli Politik |
Bidang pengkhususan | Peguam |
Gaji | RM51,113.00 sebulan[1] |
Yang Berhormat Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Dato’ Hussein (lahir pada 5 Ogos 1961) merupakan seorang ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Sembrong, dan merupakan anak kepada Tun Dato’ Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia ketiga, serta cucu kepada Dato’ Sir Onn Jaafar, pengasas Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).
Keahliannya dalam UMNO telah digantung selama enam tahun sejak Januari 2023.[1]
Sepanjang kerjaya beliau dalam Kerajaan Malaysia dari November 1996 hingga November 2022, Dato’ Seri Hishammuddin telah memegang pelbagai jawatan penting dalam kabinet di bawah kepimpinan beberapa Perdana Menteri.
Kehidupan awal
Hishammuddin dilahirkan pada 5 Ogos 1961, merupakan anak keempat dan anak lelaki sulung kepada Tun Hussein Onn, yang kemudian menjadi Perdana Menteri Malaysia ketiga, dan Toh Puan Suhaila Noah.
Hishammuddin mendapat pendidikan awal di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) sebelum bapanya dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1973. Setelah itu, beliau melanjutkan pelajaran di St. John’s Institution dan seterusnya di Alice Smith School, Kuala Lumpur. Beliau kemudiannya meneruskan pengajian di sekolah berasrama penuh di United Kingdom, Cheltenham College di Gloucestershire.
Hishammuddin memperoleh Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LLB) dari University of Wales, Aberystwyth pada tahun 1984. Beliau turut melanjutkan pengajian di London School of Economics (LSE) dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Undang-Undang (LLM) dalam bidang Undang-Undang Perdagangan dan Korporat pada tahun 1988.
Selepas menamatkan pengajiannya di United Kingdom, Hishammuddin kembali ke Malaysia pada tahun 1989. Beliau menyertai UMNO dan memulakan kerjayanya sebagai peguam. Beliau menjadi rakan kongsi di firma guaman Skrine & Co (kini dikenali sebagai Skrine), yang merupakan firma guaman terbesar di Malaysia.
Pada tahun 1993, beliau meninggalkan Skrine & Co untuk menubuhkan firma guamannya sendiri bersama Thomas Mun Lung Lee. Firma tersebut dikenali sebagai Lee Hishammuddin, yang kini dikenali sebagai Lee Hishammuddin Allen & Gledhill.
Hubungan kekeluargaan
Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein merupakan anak kepada Tun Dato’ Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia yang ketiga, serta cucu kepada Dato’ Sir Onn Jaafar, seorang tokoh Melayu terkemuka dan pengasas Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Ibu kepada Onn Jaafar, Datin Rogayah Hanim, adalah berketurunan Circassia, dan dilahirkan di Empayar Uthmaniyyah.[2] Beliau adalah cicit kepada Menteri Besar Johor yang pertama, Allahyarham Dato' Jaafar bin Haji Muhammad. Beliau juga adalah sepupu kepada bekas Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak.
Isteri beliau ialah Yang Mulia Tengku Dato’ Sri Datin Seri Panglima Marsilla binti Almarhum Tengku Arif Bendahara Tan Sri Dato’ Sri Abdullah, ahli kerabat keluarga diraja negeri Pahang Darul Makmur, dan juga sepupu kepada Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang.
Pasangan ini telah dikurniakan empat orang cahaya mata.
1. Nasha Alyssa (lahir pada 24 November 1988), telah berkahwin dengan Anas Zawawi, anak kepada Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, seorang tokoh korporat terkenal di Malaysia.
2. Faris Hussein (lahir pada 30 Mac 1991)
3. Kyra Arianna (lahir pada 9 November 1993), telah berkahwin dengan Adam Azhari, anak kepada Dato’ Sri Dr. Azhari Rosman, Pakar Perunding Kanan Kardiologi di Institut Jantung Negara (IJN).
4. Fahd Hussein (lahir pada 3 Disember 1998)
Anak-anak lelaki beliau, Faris Hussein dan Fahd Hussein, masih belum mendirikan rumah tangga setakat ini.
Kerjaya politik
Hishammuddin merupakan ahli UMNO Cawangan Sri Lambak, Sembrong, Johor. Beliau pernah juga memegang jawatan Ketua UMNO Bahagian Sembrong. Selain itu, beliau turut dilantik sebagi Ahli Jawatankuasa Pengurusan dan Disiplin UMNO Malaysia dan Ahli Jawatankuasa Biro UMNO Malaysia.
Beliau pernah juga dilantik sebagai Ketua Pemuda UMNO Johor, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ledang, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tenggara dan Ketua UMNO Bahagian Tenggara. Kerjaya beliau sebagai wakil rakyat bermula apabila beliau bertanding di kerusi Parlimen Tenggara pada pilihan raya umum tahun 1995. Pada tahun 1999, iaitu pilihan raya berikutnya, beliau telah berjaya mengekalkan kerusi parlimen tersebut.
Walau bagaimanapun, kesan daripada persempadanan semula yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), beliau telah bertukar ke kawasan baru, iaitu Parlimen Sembrong pada pilihan raya ke-11 yang lalu. Beliau menewaskan calon PAS, Onn Jaafar dengan majoriti 16,978 undi.
Sebagai seorang wakil rakyat, beliau bertekad untuk membangunkan kawasan Parlimen Sembrong ke arah matlamat cemerlang, gemilang dan terbilang.

Sejak menjadi Ahli Parlimen, Hishammuddin telah berkhidmat di pelbagai jenis kementerian. Pada tahun 1995, beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Beliau kemudian dilantik sebagai Timbalan Menteri Perusahaan Utama pada tahun 1997. Sejak tahun 1999 hingga 2013 pula, beliau telah memegang jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan, menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pendidikan kemudiannya diganti oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Dalam Negeri. Kini, setelah rombakan kabinet pada 28 Julai 2015, beliau mempunyai tanggungjawab sebagai Menteri Pertahanan di dalam Kementerian Pertahanan Malaysia.[2]
Pada 12 April 2017, Hishammuddin telah dilantik sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri oleh Perdana Menteri, Najib Razak. Najib berkata pelantikan ini akan membolehkan Hishammuddin menjalankan tugas selain daripada tanggungjawab beliau sebagai Menteri Pertahanan.[3] Beliau masih kekal sebagai Menteri Pertahanan.[4]
Pada 10 Mac 2020, beliau telah dilantik sebagai Menteri Luar Negeri oleh Perdana Menteri Malaysia yang kelapan, iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Pencapaian dalam Kerajaan
Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (11 Mei 1995 hingga 18 Ogos 1997)[5]
Timbalan Menteri di Kementerian Perusahaan Utama, Malaysia (12 November 1996 hingga 14 Disember 1999)
Menteri Belia dan Sukan (14 Disember 1999 hingga 3 Mac 2004)
Menteri Pendidikan (30 Mac 2004 hingga 8 April 2009)
Menteri Dalam Negeri (10 April 2009 hingga 5 Mei 2013)[6]
Menteri Pertahanan (16 Mei 2013 hingga 10 Mei 2018)
Menteri Tugas-Tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri (12 April 2017 hingga 10 Mei 2018)
UNESCO Ahli Lembaga Eksekutif (2008 hingga 2009)
SEAMEO Council- Timbalan Presiden (Mac 2007 hingga Mac 2008)
SEAMEO Council- Presiden (Mac 2008 hingga Mac 2009)
Sebagai Menteri Dalam Negeri
Sepanjang perkhidmatannya beliau bersama-sama Kementerian Dalam Negeri, beliau telah melaksanakan pelbagai pembaharuan bagi meningkatkan lagi taraf kecekapan dari sudut perkhidmatan dan sistem oleh seluruh warga kementerian. Portal maya Kementerian Dalam Negeri juga diwujudkan atas inisiatif beliau untuk mendekatkan KDN kepada rakyat Malaysia.[7]
Dengan adanya inisiatif baru, Polis DiRaja Malaysia yang berada dibawah seliaan Kementerian Dalam Negeri dapat melaksanakan beberapa strategi untuk memerangi jenayah. Inisiatif ini diambil dengan berpandukan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Program Transformasi Kerajaan (PTK) mengenai usaha mengurangkan jenayah.[8]
Usaha untuk menghapuskan jenayah ini dilakukan secara besar besaran apabila semua tenaga dan usaha difokuskan kepada kawalan dan pencegahan jenayah. Melalui inisiatif yang dijalankan kadar jenayah di Malaysia telah menurun, sungguhpun begitu masih terdapat banyak lagi kelemahan yang boleh diperbetulkan, bagi meningkatkan lagi prestasi kerja petugas keselamatan dan keberkesanan sistem penilaian. Fasa kedua NKRA juga telah dijalankan apabila segala permasalahan telah dikenal pasti.[9]
Kontroversi
Mengangkat keris

Pada 2005, tindakan Hishammuddin menghunus keris bagi meningkatkan semangat dalam Perhimpunan Agong UMNO telah dipertikaikan oleh masyarakat bukan Melayu. Pengulas menganggap aksi ini sebagai mempertahankan Ketuanan Melayu dan mengancam mereka yang membantah hak istimewa Melayu seperti yang disebut dalam Perkara 153 Perlembagaan Malaysia dan dalam kontrak sosial.
Perhimpunan UMNO 2006 menampakkan pernyataan-pernyataan kontroversi dibuat oleh beberapa wakil, seperti Hashim Suboh, yang bertanyakan Hishamuddin bila dia akan menggunakan keris; Hishamuddin sekali lagi telah menghunus keris di perhimpunan agong tahun tersebut.[10]
Hishamuddin menyatakan bahawa "Keris itu ada dalam bendera UMNO... Ia suatu simbol kebudayaan Melayu. Awak boleh menghadiahkannya kepada bukan Melayu, dan bukan Melayu memberikan kepada saya di majlis-majlis. Tetapi, ahli-ahli politik menyatakan mereka tidak diyakinkan oleh penjelasan Hishammuddin, dengan Liow Tiong Lai, Ketua Pemuda MCA berkata, "kalau saya memegang pedang di suatu majlis wusyu, ia akan berbeza kalau saya memegangnya pada suatu majlis politik. Ini adalah satu majlis politik, jadi ia dilihat dalam konteks berlainan. Ia mewujudkan ketidaksenangan."[11]
Seorang komentator mencadangkan bahawa "Keris itu tidak mengakibatkan ketidaksenangan. Gerak-geri dan pengacungan itu yang membuat orang tidak senang hati", manakala seorang penganalisa politik Cina pula menyatakan "Awak kata keris itu simbol kebudayaan, tetapi ia suatu simbol kebudayaan yang mewakili keganasan."[12]
Dalam Perhimpunan Agong UMNO tahun 2007, dalam ucapan beliau sebagai Ketua Pemuda, beliau menjelaskan secara terperinci tentang kedudukan keris dalam budaya orang Melayu. Kata beliau,
- "Sebenarnya keris adalah lambang kemelayuan yang mendukung kedaulatan, kekuasaan, maruah, jati diri, amanah dan tanggungjawab. Keris amat unik sama ada dalam cara membuatnya atau cara disepuh, disarung, dipakai, diguna dan dipantang larangkan. Keris bukan seperti kapak yang boleh digunakan untuk menebang bukan juga seperti parang untuk menyembelih. Keris bukan senjata gunaan seharian untuk ke sawah ladang tetapi untuk ke istana atau ke majlis rasmi. Keris juga lambang kesatuan bernegara seperti Keris Panjang milik ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong.
- Keris ini ditempa dari cantuman besi yang berasal dari sebelas bilah keris negeri-negeri di Tanah Melayu. Jelas keris bukan sekadar simbol kekuasaan tetapi juga adalah simbol kesatuan. Masih ramai di kalangan rakyat Malaysia yang masih tidak mengetahui bahawa keris juga merupakan lambang kewibawaan, kebijaksanaan dan ilmu. Orang yang memakai keris itu, orang yang ada hikmah, bijaksana dan berpengetahuan dalam ilmu, bukan hanya ilmu pendekar dan persilatan sahaja. Kita mengucup keris bukan sekadar menerima kuasa tetapi ada kaitan dengan tugas yang datang bersamanya. Perlakuan ini ada hubungannya dengan kesediaan menjunjung tinggi tugas yang diwarisi dengan penuh keinsafan dan kejujuran.
- Keris dijulang bermakna menjulang kuasa, kedaulatan dan tanggungjawab yang diserahkan dengan ikrar untuk berlaku adil dan saksama dalam menunaikan amanah yang diterima. Keris tidak dihunus tanpa bertempat. Keris dihunus dengan tekad untuk mempertahankan bangsa dan kepentingan negara, bukan hanya untuk orang Melayu tetapi juga untuk mempertahankan kaum-kaum lain yang bernaung di negara ini. Keris Melayu menjadi pelindung kepada semua orang seperti juga kerajaan yang ada pada hari ini yang sentiasa melindungi rakyat pelbagai kaum yang bernaung di bawahnya.
- Berteduhlah di bawah perlindungan keris Melayu yang berdaulat ini. Tiada siapa yang harus gementar atau gugup dengan lambang yang abadi itu. Oleh itu jangan dicipta musuh yang tiada dan jangan takut akan bayang-bayang. Janganlah dikhuatiri sebuah perlambangan. Janganlah terbawa-bawa dengan semangat perkauman melulu sehingga hilang rasa hormat yang dibina sekian lama dengan pengorbanan Melayu."."[13]
Akhirnya, pada 25 April 2008, Hishammuddin memohon maaf terhadap episod ini.[14]
Menghisap rokok elektronik dalam Dewan Rakyat
Pada 6 Ogos 2020, Hishammuddin memohon maaf secara terbuka selepas tindakannya menghisap rokok elektronik dalam Dewan Rakyat dirakamkan dan tersebar di media sosial. Permohonan itu dibuat menerusi akaun Twitter miliknya dengan membalas hantaran yang dibuat oleh seorang pengguna media sosial itu yang dikenali sebagai Mhd Shamin.[15]
Maaf, saya tidak sedar. Ia adalah tabiat baru. Saya minta maaf kepada Dewan dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.
— Hishammuddin
Terdahulu Ahli Parlimen Kluang Wong Shu Qi meminta Hishammuddin memohon maaf kerana tindakannya itu tidak sepatutnya dilakukan.
Tular di media Twitter mengenai Yang Berhormat Sembrong vaping (menghisap vape) di dalam dewan. Ini tidak sepatutnya berlaku.
— Wong Shu Qi
Keputusan pilihan raya
Tahun | Kawasan pilihan raya | Undi | Peratusan | Lawan | Undi | Peratusan | Jumlah undi | Majoriti | Peratus unjuran | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1995 | P136 Tenggara, Johor | Hishammuddin Hussein (UMNO-BN) | 28,727 | 87.22% | Madin Khani @ Md. Din A. Ghani (S46) | 4,209 | 12.78% | 34,782 | 24,518 | 63.36% | ||
1999 | Hishammuddin Hussein (UMNO-BN) | 28,376 | 78.96% | Lokman Noor Adam (PKR) | 7,559 | 21.04% | 37,829 | 20,817 | 78.06% | |||
2004 | P153 Sembrong, Johor | Hishammuddin Hussein (UMNO-BN) | 19,575 | 88.29% | Onn Jaafar (PAS) | 2,597 | 11.71% | 22,956 | 16,978 | 74.61% | ||
2008 | Hishammuddin Hussein (UMNO-BN) | 17,988 | 73.70% | Lee Sang (PKR) | 6,418 | 26.30% | 25,211 | 11,570 | 75.98% | |||
2013 | Hishammuddin Hussein (UMNO-BN) | 22,841 | 65.17% | Onn Abu Bakar (PKR) | 12,210 | 34.83% | 35,910 | 10,631 | 86.35% | |||
2018 | Hishammuddin Hussein (UMNO-BN) | 21,353 | 59.24% | Onn Abu Bakar (PKR) | 14,691 | 40.76% | 36,044 | 6,662 | 83.02% |
Anugerah
Pahang :
Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia Pangkat Kedua, Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) - Dato' (1998)
Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia Pangkat Pertama, Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) - Dato' Indera (2002)
Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia Pangkat Pertama, Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) - Dato' Sri (2004)[22]
Perlis :
Darjah Kebesaran Mahkota Perlis Yang Amat Mulia Pangkat Pertama, Seri Paduka Mahkota Perlis (SPMP) - Dato' Seri (2007)
Sabah :
Darjah Yang Amat Mulia Kinabalu Pangkat Pertama, Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) - Datuk Seri Panglima (2011)[23]
Sarawak :
Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Sarawak Pangkat Kedua, Panglima Negara Bintang Sarawak (PNBS) - Dato' Sri (2013)[24]
Melaka :
Darjah Kebesaran Seri Melaka Pangkat Pertama, Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) – Datuk Seri (2014)[25]
Johor :
Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Kedua, Dato’ Paduka Mahkota Johor (DPMJ) -- Dato'
Bahrain :
- Medal of Fi rst Degree – (2017)[26]
Lihat juga
- Dato' Jaafar bin Haji Muhammad (Moyang)
- Dato' Onn Jaafar (Datuk)
- Tun Hussein bin Dato' Onn (Bapa)
Rujukan
- ^ a b "Portal Pengisytiharan Harta". Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Ogos 2020. Dicapai pada 23 Oktober 2020.
- ^ http://www.pmo.gov.my/home.php?menu=news&news_id=15515&news_cat=4&page=1729&sort_year=&sort_month=
- ^ Hishammuddin dilantik Menteri Tugas-tugas Khas
- ^ Hishammuddin dilantik Menteri Tugas-Tugas Khas
- ^ Factbook, Malaysia. "Hishamuddin Hussin" Diarkibkan 2014-04-08 di Wayback Machine, Malaysian Factbook, Kuala Lumpur, 23 January 2008. Retrieved on 7 February 2013.
- ^ Hishamuddin Hussin. "Foreword by the Minister" Diarkibkan 2013-02-02 di Wayback Machine, Ministry Of Home Affairs Official Website, Kuala Lumpur, 10th April 2009. Retrieved on 7th February 2013.
- ^ KDN. "Perutusan Menteri di Portal Rasmi Kementerian Dalam Negeri" Diarkibkan 2013-03-02 di Wayback Machine, Kementerian Dalam Negeri Malaysia, Kuala Lumpur. 18 Oktober 2009. Dicapai 13 Mac 2013.
- ^ Arkib. "Strategi KDN perangi jenayah", Utusan Malaysia, Kuala Lumpur, 7 Jun 2010. Dicapai 13 Mac 2013.
- ^ Arkib. "Fasa kedua NKRA tangani jenayah, jaga kebajikan agensi keselamatan", Utusan Malaysia, Kluang, 19 September 2012. Dicapai 12 Mac 2013.
- ^ Finding the way out of the extreme edge Diarkibkan 2008-06-02 di Wayback Machine. Malaysia Today.
- ^ MCA Youth head to meet Hishammuddin over kris issue Diarkibkan 2014-10-31 di Wayback Machine Malaysian Chinese Association. 27 November 2006.
- ^ Lau, Leslie (Nov. 28, 2006). Non-Malays still troubled by Umno keris waving act Diarkibkan 2008-01-12 di Wayback Machine. Malaysia Today.
- ^ Teks Ucapan Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia The Malaysian Bar
- ^ Finally, Hishammuddin apologises for his keris waving @ Fri Apr 25 2008[pautan mati kekal] The Malaysian Insider.
- ^ Hishammuddin caught vaping during Parliamentary proceedings, apologises on social media
- ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 14 April 2010. Percentage figures based on total turnout, including votes for third parties. Results before Malaysian General Election, 1986 unavailable.
- ^ "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 February 2017. Results only available from the 2004 Malaysian general election.
- ^ "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum (dalam bahasa Malay). Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 24 March 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "my undi : Kawasan & Calon-Calon PRU13 : Keputusan PRU13 (Archived copy)". www.myundi.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Mac 2014. Dicapai pada 9 April 2014.
- ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum ke-13". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 March 2018. Dicapai pada 26 October 2014.
- ^ "Maklumat Calon dan Kawasan Pilihan Raya P153 SEMBRONG Johor". Utusan Malaysia. Dicapai pada 10 May 2018.
- ^ "Sultan of Pahang's 74th birthday honours list". The Star. 26 October 2004. Dicapai pada 14 September 2018.
- ^ "Highest state award for eight". Sandra Sokial. Borneo Post. 1 October 2011. Dicapai pada 14 September 2018.
- ^ "Muhyiddin heads list of TYT birthday award recipients". Borneo Post. 14 September 2011. Dicapai pada 14 September 2018.
- ^ "Hishammuddin dahului 781 penerima darjah kebesaran Negeri Melaka" (dalam bahasa Malay). Berita Harian. 8 October 2014. Dicapai pada 6 February 2020.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "PM terima anugerah tertinggi Bahrain" (dalam bahasa Malay). BH Online. 17 December 2017. Dicapai pada 15 January 2021.CS1 maint: unrecognized language (link)
Pautan luar
- Pengurusan tertinggi pejabat Menteri Pertahanan Malaysia Diarkibkan 2017-08-17 di Wayback Machine Dicapai pada 17 Ogos 2017
- Hishammuddin Hussein di Facebook
- Hishammuddin Hussein di Instagram
- Hishammuddin Hussein di X
- Saluran Hishammuddin Hussein di YouTube
- Laman menggunakan kotak info pemegang jawatan dengan parameter tidak diketahui
- Nama pengguna X berbeza dengan Wikidata
- Kelahiran 1961
- Orang hidup
- Muslim Malaysia
- Orang Malaysia berketurunan Cherkes
- Orang Malaysia berketurunan Turki
- Orang Malaysia berketurunan Bugis
- Orang dari Johor
- Menteri Pelajaran Malaysia
- Peguam Malaysia
- Anggota Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
- Anak ahli politik Malaysia
- Menteri Luar Negeri Malaysia
- Menteri Pertahanan Malaysia
- Menteri Dalam Negeri Malaysia
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-9
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-10
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-11
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-12
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-13
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-14
- Penerima Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang
- Penerima Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang
- Penerima Darjah Sri Indera Mahkota Pahang
- Menteri Kanan Malaysia
- Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia (Tugas-tugas Khas)
- Ketua Pergerakan Pemuda Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
- Keluarga Hussein Onn
- Penerima Darjah Seri Paduka Mahkota Perlis
- Penerima Darjah Seri Panglima Darjah Kinabalu
- Penerima Darjah Dato’ Paduka Mahkota Johor
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-15
- Setiausaha parlimen kementerian Malaysia