Rejimen Askar Jurutera DiRaja | |
---|---|
![]() | |
Aktif | 22 April 1953 |
Negara | ![]() |
Cawangan | ![]() |
Jenis | Jurutera tempur |
Peranan | Penyenggaraan kejuruteraan tentera Pemusnah bom Pertahanan CBRN Pertempuran jarak dekat Pembinaan Nyahranjau Peletupan Peninjauan jurutera Perlindungan pasukan Kimpalan hiperbarik Peperangan hutan Kejuruteraan tentera Serangan Peletupan bawah air Peperangan bandar |
Saiz | Rejimen |
Sebahagian daripada | ![]() |
Pangkalan | Kem Sangro, Taiping, Perak "Home of the Engineers" |
Nama samaran | RAJD |
Moto | Ubique (Everywhere) Berusaha Berfaedah (Strive and Benefit) |
Komander | |
Kolonel Yang Dipertua | Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah, Paduka Seri Sultan of Perak |
Rejimen Askar Jurutera DiRaja (RAJD) ialah sebuah pasukan yang menyediakan bantuan kejuruteraan tempur untuk Tentera Darat Malaysia.[1]
Sejarah
Rejimen Askar Jurutera DiRaja telah ditubuhkan pada 22 April 1953 di Balaclava Lines, Kem Kluang, Johor, selepas pengambilan pertama seramai 37 orang dilakukan di Pusat Latihan Pengambilan Rekrut di Port Dickson. Pada 1 Januari 1954, Skuadron Medan Persekutuan ke-76 telah dibentuk di Balaclava Lines, Kem Kluang. Ini merupakan unit pertama jurutera Persekutuan. Pada Mac 1954, Mejar I. G. Wellsted daripada Royal Engineers (RE) memulakan pembentukan skuadron medan Persekutuan tersebut. Cawangan ini sekarang dikenali sebagai Direktorat Jurutera di Markas Tentera Darat Malaysia. Pada masa yang sama, Detasmen Latihan Jurutera ke-10 telah ditubuhkan di Kem Kluang, Johor. Unit ini sekarang dikenali sebagai Institut Kejuruteraan Medan Tentera Darat.
Tugas Rejimen Askar Jurutera DiRaja
- Mobiliti
- Pembinaan, pembaikan dan penyelenggaraan landasan kapal terbang dan zon pendaratan helikopter
- Pembinaan, pembaikan dan penyelenggaraan jalan raya, laluan, jambatan serta semua bentuk sistem perhubungan darat, laluan air dan laluan kecemasan
- Pembinaan jambatan
- Bantuan dalam operasi menyeberangi sungai
- Pembuangan atau pembukaan halangan, termasuk ladang ranjau dan perangkap letupan
- Bantuan dalam kerja-kerja letupan untuk menyerang pertahanan dan halangan musuh
- Menangani mobiliti musuh (kontra-mobiliti)
- Pembinaan dan pembangunan halangan seperti penggalian jalan, letupan kawah, pemasangan ranjau; pokok tumbang dan ladang ranjau
- Operasi letupan dan penafian kemudahan kepada musuh
- Kebolehhidupan dan kelestarian
- Bantuan kepada unit-unit dan perkhidmatan lain dengan pembinaan pertahanan lapangan, penyamaran dan penipuan taktikal
- Menyediakan perkhidmatan kejuruteraan seperti bekalan air, penginapan sementara, struktur kem dan kemudahan penyahcemaran
- Bertempur sebagai infantri apabila diperlukan
- Melaksanakan projek tindakan sivik bagi menyokong program pembinaan negara oleh kerajaan
- Membantu kerajaan dalam pelaksanaan projek kejuruteraan pembinaan
- Membantu kontinjen Malaysia dalam misi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
- Membantu memulihkan dan mengoperasikan perkhidmatan penting seperti pelabuhan utama, rangkaian kereta api, loji janakuasa dan loji/empangan terpilih
- Membantu mengekalkan keselamatan negara
Kolonel Yang Di-Pertua
Kolonel Yang DiPertua Rejimen Askar Jurutera DiRaja pada masa ini ialah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah, Sultan Perak yang terkini. Bendera rejimen ini terdiri daripada jalur mendatar berwarna merah, biru dan kuning. Biru melambangkan warna "Sapper Blue" yang terkenal dan digunakan dalam tanda taktikal Jurutera. Kuning melambangkan warna diraja Malaysia, dan merah melambangkan pengorbanan anggota rejimen.[1]
Rujukan
- ^ "Army Official Website". army.mod.gov.my. Dicapai pada 2019-10-09.