| Roy Halladay | |||
|---|---|---|---|
Halladay sedang beraksi pada 2009 | |||
| Pitcher | |||
| Dilahirkan: 14 Mei 1977 Denver, Colorado, A.S. | |||
| Meninggal dunia: 7 November 2017 (umur 40) Teluk Mexico berhampiran New Port Richey, Florida, A.S. | |||
| |||
| MLB debut | |||
| 20 September, 1998, untuk Toronto Blue Jays | |||
| Penampilan MLB terakhir | |||
| 23 September, 2013, untuk Philadelphia Phillies | |||
| Statistik MLB | |||
| Rekod menang-kalah | 203–105 | ||
| ERA | 3.38 | ||
| Strikeout | 2,117 | ||
| Pasukan | |||
| |||
| Kerjaya cemerlang dan anugerah | |||
| |||
| Ahli National | |||
| Pelantikan | 2019 | ||
| Undian | 85.4% (cabutan pertama) | ||
Harry Leroy Halladay III (14 Mei 1977 – 7 November 2017), ialah seorang pemain besbol profesional Amerika yang bermain dalam Major League Baseball (MLB) untuk pasukan Toronto Blue Jays dan Philadelphia Phillies antara tahun 1998 hingga 2013. Beliau dikenali dengan gelaran "Doc", yang diberikan oleh penyampai Blue Jays, Tom Cheek, merujuk kepada penembak pantas Wild West, Doc Holliday. Ketahanan fizikalnya yang luar biasa membolehkannya mendahului liga dalam jumlah permainan lengkap (complete game) sebanyak tujuh kali – yang terbanyak bagi mana-mana pemain yang memulakan kerjaya selepas tahun 1945. Beliau juga mendahului liga dalam nisbah strikeout kepada walk sebanyak lima kali dan dalam jumlah inning yang dilemparkan sebanyak empat kali. Halladay yang dipilih ke All-Star sebanyak lapan kali, dianggap sebagai salah satu pitcher paling dominan pada eranya dan antara yang terbaik sepanjang zaman.
Dibesarkan di Arvada, Colorado, Halladay bermain besbol di Sekolah Tinggi Arvada West sebelum dipilih sebagai pilihan ke-17 secara keseluruhan oleh Blue Jays dalam Draf MLB 1995. Beliau membuat penampilan sulung dalam MLB pada tahun 1998, dan hampir mencatatkan no-hitter dalam permulaan kedua kerjayanya. Selepas bergelut pada tahun 2000, beliau diturunkan ke liga bawahan untuk memperbaiki gaya lontaran dan teknik permainannya. Pada tahun 2002, Halladay kembali dengan prestasi cemerlang dan dipilih ke All-Star buat kali pertama. Setahun kemudian, beliau memenangi Anugerah Cy Young American League (AL) dan mendahului AL dalam jumlah complete game, sesuatu yang beliau ulangi lima kali dalam tempoh tujuh musim hingga 2009.
Pada tahun 2010, beliau dipindahkan ke pasukan Philadelphia Phillies, di mana beliau melempar perfect game ke-20 dalam sejarah MLB serta mencatatkan no-hitter kedua dalam sejarah playoff. Tahun itu juga menyaksikan beliau mendahului MLB dalam shutout untuk tahun kedua berturut-turut dan memenangi Anugerah Cy Young National League (NL). Pada tahun 2011, beliau sekali lagi menunjukkan prestasi hebat dengan mendahului NL dalam permainan lengkap, namun mula berdepan masalah kecederaan dalam dua musim berikutnya. Halladay mengumumkan persaraannya selepas musim 2013.
Pada 7 November 2017, Halladay meninggal dunia selepas pesawat amfibia ICON A5 yang dipandunya terhempas ke dalam Teluk Mexico berhampiran pantai Florida. Beliau berusia 40 tahun ketika itu. Pada tahun berikutnya, pasukan Blue Jays menggantung nombor jersinya (32), diikuti oleh Phillies yang menggantung nombor 34 pada tahun 2021. Halladay kemudiannya dilantik ke Dewan Kemasyhuran Besbol Kebangsaan secara anumerta pada tahun 2019, dalam tahun pertama kelayakannya.
Pautan luar
| Ketahui lebih lanjut tentang Roy Halladay di Wikipedia: | |
| Maklumat dari Wikidata | |
| Takrifan dari Wikikamus | |
| Imej dan media dari Commons | |
| Sumber pembelajaran dari Wikiversity | |
| Berita dari Wikiberita | |
| Petikan dari Wikipetikan | |
| Teks sumber dari Wikisumber | |
| Buku teks dari Wikibuku | |
- Roy Halladay at the Baseball Hall of Fame
- Career statistics from MLB · ESPN · Baseball Reference · Fangraphs · Baseball Reference (Minors) · Retrosheet · Baseball Almanac
- Templat:Sabrbio
- Roy Halladay at Baseball Almanac








