
Ichiro Suzuki (鈴木 一朗, Suzuki Ichirō) atau lebih dikenali sebagai Ichiro (イチロー), ialah seorang bekas pemain besbol profesional Jepun yang bermain sebagai pemadang luar selama 28 musim. Beliau memulakan sembilan tahun pertama kerjayanya bersama pasukan Orix BlueWave dalam Nippon Professional Baseball (NPB), sebelum berpindah ke pasukan Seattle Mariners dalam Major League Baseball (MLB) selama 12 tahun berikutnya. Suzuki kemudian bermain selama dua setengah musim bersama pasukan New York Yankees, tiga musim bersama Miami Marlins, dan akhirnya kembali ke Mariners untuk dua musim terakhir kerjayanya. Sebagai anggota pasukan kebangsaan Jepun, beliau memenangi dua kejuaraan World Baseball Classic. Ichiro dianggap sebagai antara contact hitter, pemukul pemula (leadoff hitter) dan pemadang luar terbaik dalam sejarah besbol, serta antara pemain besbol terhebat sepanjang zaman. Beliau dikenali di Amerika Syarikat sebagai "The Silent Samurai" dan memegang rekod untuk jumlah tertinggi kejayaan selama musim di MLB (262). Beliau mengumumkan persaraannya pada 21 Mac 2019.[1]
Dalam keseluruhan tempoh kerjayanya di NPB dan MLB, Suzuki menerima 17 pemilihan berturut-turut sebagai All-Star dan pemenang Anugerah Sarung Tangan Emas, memenangi sembilan gelaran pemukul terbaik liga, serta dinobatkan sebagai Pemain Terabik (MVP) liganya sebanyak empat kali. Di NPB, beliau memenangi tujuh gelaran pemukul terbaik berturut-turut dan tiga Anugerah MVP Liga Pasifik berturut-turut.
Pada tahun 2001, Suzuki menjadi pemain posisi kelahiran Jepun pertama yang menandatangani kontrak dengan kelab MLB melalui posting system. Dalam musim sulungnya, beliau mendahului carta American League (AL) dalam rekod purata pukulan dan stolen base (curi tapak), seterusnya dinobatkan sebagai Rookie Terbaik dan Pemain Terbaik MLB.
Suzuki ialah pemain MLB pertama yang diterima masuk ke dalam Meikyukai (The Golden Players Club). Beliau merupakan pemain All-Star sebanyak 10 kali dan memenangi Anugerah MVP Perlawanan All-Star 2007 selepas mencatat tiga pukulan, termasuk home run dalam padang (inside-the-park home run) pertama dalam sejarah acara tersebut.
Beliau memenangi Anugerah Sarung Tangan Emas Rawlings dalam 10 musim pertamanya di MLB, dan mencatat rekod American League dengan tujuh siri pukulan (hitting streaks) sebanyak 20 perlawanan atau lebih, dengan rekod tertinggi 27 perlawanan. Kerjayanya juga dikenali kerana ketahanan dan konsistensi jangka panjang, apabila beliau masih mampu mengekalkan purata slugging dan on-base melebihi .300 pada tahun 2016 ketika menghampiri usia 43 tahun.
Suzuki turut mencipta pelbagai rekod pukulan, termasuklah rekod MLB bagi jumlah pukulan terbanyak dalam satu musim (262) dan rekod 10 musim berturut-turut dengan sekurang-kurangnya 200 pukulan, satu rekod yang belum pernah dipintas. Pada tahun 2016, beliau mencapai pukulan ke-3,000 dalam kerjaya MLB-nya, menjadikannya pemain ke-30 dalam sejarah MLB yang mencapai angka tersebut. Secara keseluruhan, Suzuki menamatkan kerjayanya dengan 4,367 pukulan profesional (gabungan NPB dan MLB) — jumlah tertinggi dalam sejarah besbol peringkat tertinggi di dunia.
Selepas bersara sebagai pemain pada 2019, Suzuki dilantik sebagai pembantu khas kepada pengerusi Seattle Mariners. Pada 2025, Suzuki dipilih ke Dewan Kemasyhuran Besbol Kebangsaan dalam tahun pertama kelayakannya, menjadikannya pemain Jepun pertama yang menerima penghormatan tersebut. Beliau memperoleh 99.7% undian, menyamai pencapaian Derek Jeter bagi peratusan kedua tertinggi dalam sejarah. Pada tahun yang sama, beliau turut dilantik ke Dewan Kemasyhuran Besbol Jepun. Pada 9 Ogos 2025, Seattle Mariners menggantung jersi nombor 51 miliknya sebagai penghargaan terhadap sumbangan luar biasanya kepada kelab dan dunia besbol.
Rujukan
- ^ "イチローが現役引退を表明(会見詳細)". NHK (dalam bahasa Jepun). 22 Mac 2019. Dicapai pada 22 Mac 2019. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=(bantuan)
Pautan luar
Kategori berkaitan Ichiro Suzuki di Wikimedia Commons








