Wusyu | |||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Tulisan Cina Tradisional | 武術 | ||||||||||
Maksud harfiah | seni mempertahankan diri | ||||||||||
|
Seni mempertahankan diri Cina, secara basahan digelar kung fu (Bahasa Cina: 功夫; pinyin: gōngfu), dan wusyu (Cina ringkas: 武术; Cina tradisional: 武術; pinyin: wǔshù), ialah sekumpulan gaya pertarungan yang telah dibangunkan selama beberapa abad di China. Gaya-gaya ini sering dikelaskan mengikut sifat yang dikongsinya, dikenalpasti sebagai "keluarga" (家, jiā), "taifah" (派, pài) atau "sekolah" (門, mén) seni mempertahankan diri. Contoh sifat-sifat tersebut termasuklah latihan fizikal melibatkan ajukan haiwan, atau kaedah latihan yang diilhamkan agama, legenda dan falsafah China. Gaya yang memfokus pada manipulasi qi dipanggil dalaman (内家拳, nèijiāquán), manakala yang menumpukan pembinaan otot dan kesihatan kardiovaskular dipanggil luaran (外家拳, wàijiāquán). Kaitan geografi, seperti utara (北拳, běiquán) dan selatan (南拳, nánquán), ialah satu lagi kaedah pengelasan popular.
Istilah
Dalam bahasa Cina, kung fu (功夫, gōng bermakna "kerja" atau "pencapai" dan sama ada fū, "orang", atau fu, akhiran bermakna "kehebatan") boleh juga digunakan dalam konteks yang langsung tiada kaitan dengan seni bela diri, dan merujuk kepada suatu pencapaian atau kemahiran individu yang dicapai melalui usaha berpanjangan dan kerja keras.[1] Cuma pada akhir abad ke-20 istilah ini digunakan bagi merujuk khusus kepada seni mempertahankan diri oleh masyarakat Cina.[2][3] Wusyu (武 "Wu" = tentera atau pertahan, 术 "Shu" = seni) pula merupakan suatu istilah lebih khusus bagi aktiviti seni mempertahankan diri am, namun hari ini lebih dikaitkan dengan sukan mempertahankan diri.
Sejarah
Asal-usul seni bela diri Cina dikaitkan dengan keperluan untuk mempertahankan diri, berburu, dan latihan ketenteraan sejak zaman kuno. Sejak Dinasti Xia yang lagenda, tokoh seperti Huangdi dikatakan memperkenalkan sistem tempur awal, termasuk lawannya, Chi You, yang dianggap pencetus seni gusti kuno (jiao di).
Zaman Awal
Seni bela diri direkodkan dalam teks seperti Annals of Spring and Autumn dan Classic of Rites sebagai sistem tempur seperti juélì dan shǒubó. Pada Dinasti Qin, gusti menjadi sukan rasmi. Sejak Dinasti Han, perbezaan antara gusti sukan dan pertarungan sebenar telah dikenali.
Zaman Tang hingga Yuan
Seni pedang dan persembahan akrobatik dirakamkan dalam puisi Li Bai. Pada era ini, pertandingan rasmi dianjurkan oleh istana.
Pengaruh Falsafah
Falsafah Taoisme dan Konfusianisme menyumbang kepada pembangunan seni tempur. Teks seperti Zhuangzi, Tao Te Ching, dan Art of War oleh Sun Tzu menjadi asas falsafah tempur Cina.
Dinasti Selatan dan Utara
Kuil Shaolin diasaskan pada 495 M. Tokoh seperti Batuo dan Bodhidharma memainkan peranan awal. Murid Shaolin seperti Huike dan Sengchou dikenali memiliki latar belakang ketenteraan dan kemahiran tempur yang tinggi.
Seni Tempur Berasaskan Kuil
Seni bela diri Shaolin menjadi tersusun pada abad ke-16 hingga 17. Teks Yijin Jing yang dikaitkan dengan Bodhidharma mula menyebar. Shaolin terkenal dengan teknik menggunakan tongkat (gun).
Zaman Moden
Pada abad ke-20, pelbagai gaya muncul seperti Wing Chun, Hung Gar, Tai Chi, dan lain-lain. Akademi dan persatuan seni tempur ditubuhkan. Istilah "guoshu" digunakan oleh Kuomintang sebagai simbol kebangsaan.
Zaman Republik Rakyat China
Setelah 1949, kerajaan China menstrukturkan seni tempur sebagai sukan rasmi dikenali sebagai Wushu. Bentuk tradisional ditekan semasa Revolusi Kebudayaan. Selepas 1976, pendekatan lebih terbuka memperkasa semula bentuk tradisional dan moden.
Budaya Pop
Wuxia menjadi genre popular melalui filem, drama dan sastera, terutama di Hong Kong. Filem seperti Crouching Tiger, Hidden Dragon mengembalikan minat dunia terhadap seni tempur klasik Cina.
Gaya
China memiliki sejarah tradisi lebih dua ribu tahun dan ratusan gaya seni bela diri.[4] Terdapat tema serupa dalam gaya-gaya ini, menimbulkan pengelasan mengikut sifat yang dikongsi bersama, sebagai "keluarga" (家, jiā), "taifah" (派, pài) atau "sekolah" (門, mén). Ada gaya yang memfokus pada menyadap qi, manakala yang lain menumpu pada pertandingan fizikal. Sumber ilham gaya-gaya ini juga berbagai-bagai.
Hung Ga
Menurut legenda, Hung Ga dinamakan sempena Hung Hei-gun yang mempelajari seni bela diri daripada Jee Sin, seorang mahaguru Chan (Zen) di Tokong Shaolin selatan. Jee Sin (ak Gee Sum Sim See) juga merupakan pengajar kepada Choy Gau Lee, Mok Da Si, Lau Sam-Ngan and Li Yao San, yang bersama Hung Hei Gun menjadikan mereka pengasas kepada lima gaya seni bela diri Cina, iaitu: (Hung Ga, Choy Gar, Mok Gar, Li Gar dan Lau Gar). Wira rakyat China Wong Fei-hung ialah pakar gaya ini.[5]
Tokong Shaolin menjadi tempat perlindungan bagi para penentang pemerintahan Qing, tetapi lambat-lain dibinasakan oleh tentera Qing. Hung, seorang saudagar teh, akhirnya meninggalkan kampung halamannya di Fujian untuk membawa seninya ke Guangdong.
Disebabkan sejarah seni bela diri Cina disampaikan secara lisan dan jarang sekali bertulis, maka kebanyakan sejarah awal Hung Ga sukar dipastikan atau ditahkikkan oleh catatan bertulis.
Taici Chuan

Taici Chuan merupakan rangkaian gerakan yang memutar dan merefleksikan hukum mikrokosmik. Tai-Chi mengungkap prinsip-prinsip kosmik (hukum alam) iaitu gerakan melingkar yang kemudian menjadi simbol Tai-Chi, kerana gerakan melingkar atau berputar adalah gerakan yang dinamik dan menghindari titik akhir (puncak), kerana puncak itu adalah titik akhir pertumbuhan sekaligus peringkat awal kemerosotan.
Pada saat ini, gaya Yang tampaknya yang paling popular di seluruh dunia. Pendiri gaya Yang Yang Lu-ch'an (1799-1872), yang belajar di bawah Chang-Hsing Ch'en dimulai pada 1820. Yang menjadi guru yang dikenal dengan gayanya sendiri, dan berikutnya gaya Taici Chuan beliau dikenali sebagai gaya Yang. Lu-Ch'an yang dikenal dengan pesilat yang menonjol diundang dan disewa oleh keluarga Maharaja Cina untuk mengajarkan taici chuan kepada Batalion Istana Pengawal Elit Diraja, jawatan yang dipegangnya hingga kematiannya.[6]
Jeet Kune Do
Jeet Kune Do ialah satu sistem dan falsafah seni bela diri baharu yang dimajukan oleh bintang seni bela diri Bruce Lee.[7] Konsep teras gaya ini berasal daripada seni selatan Wing Chun. Pengamalnya percaya konsep gerakan minimum dengan kesan maksimum dan kelajuan pantas.
Latihan
Asas
Seperti mana-mana seni bela diri, terdapat perkara asas (基本功) yang perlu bagi mempelajari mana-mana gaya seni mempertahankan diri China, seperti latihan fizikal.
Qigong
Qigong adalah sejenis terapi senaman tradisional cina untuk tujuan peningkatan kesihatan dan kesejahteraan. Qigong kadang-kadang dieja sebagai "Chi Gong" atau "Chi Kung" yang kesemuanya bermaksud senaman pernafasan (Zhong, 1984). "Qi" bermaksud "pernafasan" dan "tenaga utama" (Tang, 1994). Pernafasan adalah aspek utama dalam pelaksanaan Qigong sebab mengikut kaum Cina, udara adalah pengangkutan utama tenaga hayat. Senaman Qigong ini adalah gabungan senaman (Mann, 1971), pernafasan, memberi ketenangan dan meditasi (tafakur).
Lihat juga
Rujukan
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaJamieson
- ^ Lorge, Peter (2011). Chinese Martial Arts From Antiquity to the Twenty-First Century. Cambridge: Cambridge University Press. m/s. 280. ISBN 978-0521878814.
- ^ Victor Mair, "Kung-fu (Gongfu) Tea", 20 Julai 2011
- ^ Yan, Xing (1995-06-01). Liu Yamin, Xing Yan (penyunting). Treasure of the Chinese Nation—The Best of Chinese Wushu Shaolin Kungfu (ed. China). China Books & Periodicals. ISBN 7-80024-196-3.
- ^ Wallace Smedley (2009). On Hung Gar: History and Practice. CreateSpace. m/s. 79. ISBN 978-1-4421-3747-9.
- ^ "Yang Family Tai Chi Chuan Association". Dicapai pada 24 Disember 2009.
- ^ Jeet Kune Do Diarkibkan 2013-08-11 di Wayback Machine The Official Bruce Lee site. 2010.