KB17 ![]() ![]() Stesen kereta api komuter dan antarabandar | ||||||||||||||||||||||||||||||
![]() | ||||||||||||||||||||||||||||||
Nama lain | ڤولاو سبڠ/تمڤين (Tulisan Jawi) | |||||||||||||||||||||||||||||
Lokasi | 78000 Tampin, Alor Gajah Negeri Sembilan, Malaysia | |||||||||||||||||||||||||||||
Dimiliki oleh | Perbadanan Aset Keretapi | |||||||||||||||||||||||||||||
Dikendalikan oleh | Keretapi Tanah Melayu | |||||||||||||||||||||||||||||
Laluan | ETS Laluan ETS 1 Laluan Batu Caves–Pulau Sebang/Tampin | |||||||||||||||||||||||||||||
Platform | 2 platform pulau | |||||||||||||||||||||||||||||
Trek | 4 | |||||||||||||||||||||||||||||
Pembinaan | ||||||||||||||||||||||||||||||
Jenis struktur | Atas tanah | |||||||||||||||||||||||||||||
Templat letak kenderaan | Ada | |||||||||||||||||||||||||||||
Kemudahan OKU | Ada ![]() | |||||||||||||||||||||||||||||
Sejarah | ||||||||||||||||||||||||||||||
Dibuka | 15 Julai 1905 | |||||||||||||||||||||||||||||
Ditutup | 6 Februari 2013 (stesen asal) | |||||||||||||||||||||||||||||
Dielektrikkan | 10 Oktober 2015 | |||||||||||||||||||||||||||||
Perkhidmatan | ||||||||||||||||||||||||||||||
| ||||||||||||||||||||||||||||||
Lokasi | ||||||||||||||||||||||||||||||
![]() |
Stesen keretapi Pulau Sebang ialah sebuah stesen kereta api yang terletak di Pulau Sebang, Alor Gajah, Melaka, bersebelahan dengan bandar Tampin, Negeri Sembilan. Dibuka pada 15 Julai 1905, stesen ini merupakan stesen terminal bagi perkhidmatan KTM Komuter laluan Batu Caves–Pulau Sebang/Tampin sejak 20 Jun 2016. Selain itu, ia juga salah satu perhentian bagi perkhidmatan tren elektrik (ETS) laluan Butterworth–Segamat dan Padang Besar–Segamat.
Stesen ini juga berhampiran dengan Terminal Bas Pulau Sebang Sentral yang telah beroperasi sejak 1 Jun 2025.
Sejarah
Pembinaan awal
Stesen ini telah dibuka pada 15 Julai 1905 dan asalnya merupakan sebahagian daripada jajaran Keretapi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (FMSR) sepanjang pantai barat Semenanjung Tanah Melayu.
Walaupun sebenarnya ia terletak di dalam kawasan Pulau Sebang, pihak Inggeris ketika itu telah menamakan stesen ini Tampin bersempena dengan nama pekan terdekat yang sedang pesat membangun.
Stesen ini juga pernah menjadi stesen pertukaran untuk perjalanan tren ke Bandaraya Melaka. Namun, semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu sewaktu Perang Dunia Kedua, hampir keseluruhan landasan laluan tersebut telah dibongkar dan dibawa ke Burma untuk pembinaan Landasan Kereta Api Burma yang juga digelar "Keretapi Maut" akibat jumlah korban buruh kasar yang begitu ramai sewaktu pembinaannya.
Pembinaan semula dan elektrifikasi
Disebabkan dilema nama yang digunakan pada stesen ini, KTMB telah memutuskan bahawa stesen ini akan dinamakan sebagai stesen Pulau Sebang/Tampin bermula Januari 2013.
Pada 6 Februari 2013, stesen yang berusia lebih seabad ini telah ditutup untuk memberi laluan kepada kerja-kerja menaik taraf dalam projek landasan berkembar elektrik Seremban-Gemas. Sebuah stesen baharu yang lebih canggih telah dibina dan kemudiannya dibuka pada 10 Oktober 2015.
Perkhidmatan komuter dan ETS
10 Oktober 2015 menyaksikan pengenalan perkhidmatan ulang alik komuter sektor selatan antara Seremban dan Gemas. Para penumpang yang hendak meneruskan perjalanan ke arah Lembah Klang dan Utara perlu menukar tren di stesen Seremban dan menaiki komuter laluan Seremban yang berakhir di Tanjung Malim. Turut diperkenal juga pada Oktober 2015, perkhidmatan ETS dari Padang Besar dan Butterworth ke Gemas, di mana stesen ini menjadi salah satu perhentian utamanya.
Perkhidmatan komuter kemudiannya mengalami perubahan laluan berkuat kuasa 15 Disember 2015. Bagi laluan Seremban, terminal utaranya diubah daripada Tanjung Malim kepada Batu Caves.
Mulai 20 Jun 2016, perkhidmatan ulang alik Seremban–Gemas telah disepadukan dengan komuter laluan Seremban, dan stesen ini telah dijadikan stesen terminal bagi laluan tersebut. Ini memudahkan penumpang untuk meneruskan perjalanan tanpa perlu menukar tren, sekaligus laluan tersebut kini dikenali sehingga ke hari ini sebagai laluan Batu Caves–Pulau Sebang/Tampin.