Sunshine Central | |||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
![]() | |||||||||||||
![]() | |||||||||||||
Maklumat umum | |||||||||||||
Jenis | Kompleks guna campuran | ||||||||||||
Lokasi | George Town | ||||||||||||
Alamat | Jalan Pisang Embun, 11500 Paya Terubong, George Town, Pulau Pinang, Malaysia | ||||||||||||
Bandar/pekan | George Town, Pulau Pinang | ||||||||||||
Negara | Malaysia | ||||||||||||
Koordinat | 5°23′55″N 100°17′15″E / 5.39875°N 100.28743°E | ||||||||||||
Pembinaan bermula | 2016 | ||||||||||||
Disiapkan pada | 2024 | ||||||||||||
Dibuka pada | 2024 | ||||||||||||
Pemilik | Suiwah Corporation | ||||||||||||
Maklumat ketinggian | |||||||||||||
Tingkat teratas | 39 | ||||||||||||
Butiran teknikal | |||||||||||||
Bilangan tingkat | 39 | ||||||||||||
Keluasan permukaan | 3.64 he (9.0 ekar)[1] | ||||||||||||
Reka bentuk dan seni bina | |||||||||||||
Pemaju | Crimson Omega | ||||||||||||
Tapak web | |||||||||||||
sunshinecentral | |||||||||||||
| |||||||||||||
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Sunshine Central ialah sebuah kompleks guna campuran di George Town dalam negeri Pulau Pinang di Malaysia. Terletak di kawasan Paya Terubong, kompleks setinggi 39 tingkat dan seluas 3.64 he (9.0 ekar) ini mengandungi menara kediaman, blok pejabat, hotel dan pusat beli-belah sembilan tingkat sebagai podium.[1] Sunshine Central dimiliki oleh syarikat tempatan Suiwah Corporation dan dibuka kepada umum pada tahun 2024.
Sejarah
Sunshine Central dirancang di atas tanah komersial seluas 9 ekar (3.6 he) dalam kawasan Farlim, dengan Sunshine Departmental Store, anak syarikat Suiwah Corporation, dicadangkan sebagai penyewa utama pusat beli-belah tersebut. Suiwah Corporation ditubuhkan pada tahun 1961 sebagai rangkaian peruncitan tempatan di Pulau Pinang termasuk cawangan seperti Sunshine Square di Bayan Baru.[2][3] Menjelang 2014, nilai pembangunan kasar Sunshine Central dianggarkan berjumlah RM300 juta.[4]
Kerja pembinaan bermula pada 2016 dengan China Machinery Engineering Corporation diberikan kontrak kerja tanah dan cerucuk bernilai RM40 juta.[3] Projek ini disiapkan pada tahun 2024 dan turut dijadualkan menjadi lokasi pameran perdagangan sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia dan China.[5] Sunshine Central dirasmikan pada Oktober 2024 oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Paya Terubong merangkap Exco Negeri, Wong Hon Wai.[6]
Komponen

Sunshine Mall
Sunshine Mall ialah pusat beli-belah sembilan tingkat yang membentuk podium kompleks ini. Ia mempunyai 412 lot runcit dengan keluasan boleh disewa bersih sebanyak 820,000 ka2 (76,000 m2), dengan Sunshine Departmental Store sebagai penyewa utama.[1] Pada waktu pembukaannya, Sunshine Mall mempunyai keluasan sedikit lebih kecil berbanding Gurney Plazaα dan Queensbay Mallβ, dua pusat beli-belah terbesar di George Town. Golden Screen Cinemas mengendalikan panggung wayang 11 skrin dalam pusat beli-belah ini.[7]
Sunshine Tower

Sunshine Tower ialah blok pejabat 18 tingkat yang dilengkapi dengan pusat data berkemampuan 5G dan pad pendaratan helikopter. Bangunan ini direka dengan pematuhan kepada status MSC, serupa dengan SUNTECH Tower di Bayan Baru.[8] Ia menyediakan 227,600 ka2 (21,140 m2) kawasan boleh disewa yang menempatkan 128 unit pejabat.[9] Citigroup menyewa lapan tingkat bangunan ini.[1][8]
Sunshine Residence
Sunshine Residence ialah sebuah kondominium setinggi 30 tingkat yang mengandungi 270 unit kediaman, dengan keluasan antara 1,342 ka2 (124.7 m2) hingga 1,973 ka2 (183.3 m2) seunit.[9]
Harris Sunshine Penang
Dahulunya dikenali sebagai Sunshine World, hotel 18 tingkat ini telah diambil alih oleh The Ascott Limited, sebuah syarikat hospitaliti dari Singapura, pada tahun 2022.[10][11] Hotel ini mempunyai 289 bilik pelbagai saiz dan 33,500 ka2 (3,110 m2) ruang konvensyen yang mampu memuatkan sekitar 1,200 orang.[8][11]
Lokasi
Sunshine Central terletak di Jalan Pisang Embun dalam kawasan Farlim di Paya Terubong. Sebuah jejambat menghubungkan kompleks ini ke Jalan Thean Teik.[8]
Nota
↑α Gurney Plaza mempunyai keluasan boleh disewa sebanyak 889,859 ka2 (82,670.6 m2).[12]
↑β Queensbay Mall mempunyai keluasan boleh disewa sebanyak 883,111 ka2 (82,043.7 m2) setakat 2022[kemas kini].[13]
Rujukan
- ^ a b c d e f "New lifestyle experiences for Penang and northern region folk". The Star. 23 Sep 2023. Dicapai pada 1 Okt 2024.
- ^ "Shining bright for 62 years". The Star. 4 Nov 2022. Dicapai pada 11 Okt 2024.
- ^ a b "Annual Report 2016" (PDF). Suiwah Corporation: 25. 2016.
- ^ "Hot Stock: Suiwah rises 16% on RM300m mixed development plan in Penang". The Edge. 14 Feb 2014. Dicapai pada 1 Okt 2024.
- ^ Dewi, K. Kasturi (12 Ogos 2024). "Chinese enterprises to take part in Air Itam expo". The Star. Dicapai pada 1 Okt 2024.
- ^ "亚依淡新地标-阳光中心盛大开幕" [Perasmian Sunshine Central, mercu tanda baharu Air Itam]. Kwong Wah Yit Poh (dalam bahasa Cina). 11 Okt 2024. Dicapai pada 11 Okt 2024.
- ^ "The new heart of Penang". The Star. 29 Mac 2022. Dicapai pada 1 Okt 2024.
- ^ a b c d "Prime offices in a thriving district". The Star. 17 Okt 2022. Dicapai pada 1 Okt 2024.
- ^ a b "Real Estate Highlights: 1st Half of 2022" (PDF). Knight Frank: 17. 2022.
- ^ "Sunshine World". Sunshine Central. Dicapai pada 1 Okt 2024.
- ^ a b Christopher Tan (2 Sep 2022). "First HARRIS-branded hotel in Penang to open next year". Buletin Mutiara. Dicapai pada 1 Okt 2024.
- ^ "Gurney Plaza". CapitaLand. Dicapai pada 6 Okt 2024.
- ^ "CLMT to acquire Queensbay Mall in Penang for RM990.50 million, expanding its presence in northern Malaysia". CapitaLand. 9 Nov 2022. Dicapai pada 6 Okt 2024.