Taman Meranti Jaya | |
---|---|
Koordinat: 2°58′28.6″N 101°36′30.5″E / 2.974611°N 101.608472°E | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Selangor |
Daerah | Sepang |
Mukim | Dengkil |
Kawasan parlimen | Sepang |
Kawasan negeri | Dengkil |
Pentadbiran | |
• Kerajaan tempatan | Majlis Perbandaran Sepang |
Zon waktu | UTC+8 (WPM) |
• Musim panas (DST) | UTC+8 (tidak dipratikkan) |
Poskod | 47120 |
Kod kawasan | +603 |
Plat pendaftaran kenderaan | B |
Taman Meranti Jaya merupakan kawasan perumahan di Daerah Sepang, Selangor, Malaysia. Secara pentadbiran, Taman Meranti Jaya merupakan sebuah kawasan petempatan yang terletak di dalam Mukim Dengkil, iaitu satu daripada tiga mukim dalam Daerah Sepang.[1][2] Poskod bagi Taman Meranti Jaya ialah 47130 Puchong.[3]
Kedudukan
Kedudukan Taman Meranti Jaya dalam Daerah Sepang boleh didefinisikan terletak di bahagian utara daerah tersebut manakala dalam Mukim Dengkil pula, Taman Meranti Jaya terletak di bahagian utara.[1]
Petempatan yang terletak serantau dengan Taman Meranti Jaya ialah Taman Puchong Utama di sebelah utara. Di sebelah tenggara pula terletaknya Bandar Bukit Puchong 2, Taman Andiru Park serta Kampung Pulau Meranti. Taman ini berkongsi sempadan dengan Taman Putra, Taman Tasik Puchong dan Taman Desa Ayer Hitam di bahagian selatan. Kawasan perindustrian yang berkongsi nama sepadan iaitu Taman Industri Meranti Jaya juga terletak di bahagian selatan Taman Meranti Jaya. Di bahagian barat daya pula, terdapat kawasan perindustrian Taman Perindustrian Meranti Permai dan taman perumahan D'Island. Taman Impiana Putra pula membentuk sempadan pemisah kawasan perumahan ini di bahagian barat.[1] Taman Meranti Jaya mempunyai poskod tersendiri iaitu 47120 dalam daerah pos Puchong.[3]
Dalam sistem koordinat geografi (GPS), kedudukan Taman Meranti Jaya adalah di latitud Bumi dua darjah 58 minit 28.6 saat Utara dan longitud Bumi 101 darjah 36 minit 30.5 saat Timur (2°58′28.6″N 101°36′30.5″E / 2.974611°N 101.608472°E).[2]
Rujukan
- ^ a b c "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 9 September 2022.
- ^ a b Jawatankuasa Nama Geografi Kebangsaan Malaysia (2022). "Dokumen Gazetir – Selangor Darul Ehsan 2022" (PDF). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 1 Disember 2024.
- ^ a b "Taman Meranti Jaya, Puchong". postcode.my (dalam bahasa Inggeris). 19 November 2023. Dicapai pada 19 November 2023.