| Wilayah Tentera Leningrad | |
|---|---|
| Ленинградский военный округ | |
Lambang besar Wilayah Tentera Leningrad | |
| Ditubuhkan pada | Sejarah: 6 Ogos 1864 Kini: 26 Februari 2024 |
| Negara | |
| Cawangan | Angkatan Darat Rusia |
| Jenis | Wilayah tentera |
| Sebahagian daripada | Kementerian Pertahanan |
| Markas Besar | Bangunan Staf Am, Saint Petersburg |
| Pertempuran | Perang Rusia-Turki (1877–1878) Perang Dunia Pertama Revolusi Oktober Perang Saudara Rusia Perang Dunia Kedua Pencerobohan Rusia ke atas Ukraine |
| Penobatan | Order of Lenin |
| Komander | |
| Pemerintah | Kolonel Jeneral Aleksandr Lapin |
| Timbalan Pemerintah | Mejar Jeneral Valery Mumindzhanov |
Wilayah Tentera Leningrad (Rusia: Ленингра́дский вое́нный о́круг) ialah sebuah wilayah tentera Angkatan Tentera Rusia. Wilayah ini dianugerahkan Darjah Lenin pada tahun 1968. Pada tahun 2010, ia digabungkan dengan Wilayah Tentera Moscow, Armada Utara dan Armada Baltik untuk membentuk Wilayah Tentera Barat yang baharu. Pada Disember 2022, Menteri Pertahanan Sergey Shoigu mencadangkan penubuhannya semula bersama dengan Wilayah Tentera Moscow,[1] satu keputusan yang disahkan pada Jun 2023 oleh Timbalan Ketua Turus Am Yevgeny Burdinsky.[2] Pada 17 Disember 2023, Presiden Rusia Vladimir Putin mengumumkan rancangan untuk menghidupkan semula Wilayah Tentera Leningrad sebagai tindak balas kepada penyertaan Finland dalam NATO.[3] Wilayah ini secara rasmi diwujudkan semula pada 26 Februari 2024 melalui Dekri Presiden No.141, dengan Armada Utara diletakkan di bawah perintahnya.[4]

Kolonel Jeneral Aleksandr Lapin mengambil alih jawatan sebagai panglima baharu wilayah ini pada 16 Mei 2024.[5] Ia merupakan salah satu daripada dua wilayah tentera Angkatan Tentera Rusia, dengan bidang kuasanya terutama di wilayah barat-tengah Rusia Eropah. Wilayah Tentera Leningrad merangkumi 11 subjek persekutuan Rusia: Republik Karelia, Republik Komi, Wilayah Arkhangelsk, Vologda, Kaliningrad, Leningrad, Murmansk, Novgorod dan Pskov, Saint Petersburg, serta Negeri Autonomi Nenets. Selain itu, pemerintahannya turut merangkumi kebanyakan pulau Rusia di Lautan Artik, termasuk yang terletak dalam jajahan persekutuan di luar wilayah tersebut. Ia terletak dalam Wilayah Persekutuan Barat Laut.
Unit-unit tentera pasukan dalaman Kementerian Dalam Negeri, Perkhidmatan Sempadan FSB Rusia, serta unit Kementerian Situasi Darurat dan kementerian serta jabatan lain Persekutuan Rusia yang melaksanakan tugas di kawasan wilayah ini adalah di bawah subordinasi operasinya.[6]
Para panglima

Sepanjang kewujudannya, wilayah ini telah diperintah oleh para pegawai berikut:
- Boris Pozern (1918–1919)
- Dmitry Nikolayevich Avrov 1920–1921
- Alexander Yegorov 1921
- Vladimir Gittis 1921–1925
- Boris Shaposhnikov 1925–1927
- August Kork 1927–1928
- Mikhail Tukhachevsky 1928–1931
- Ivan Panfilovich Belov 1931–1935
- Komandarm Pangkat Pertama Boris Shaposhnikov (September 1935–June 1937)
- Komandarm Pangkat Kedua Pavel Dybenko (June–10 September 1937)
- Mikhail Khozin 1937–1939
- Komandarm Pangkat Ke-2 Kirill Meretskov (January 1939–January 1940)
- Komandarm Pangkat Pertama (dinaikkan pangkat ke Marsyal Kesatuan Soviet May 1940) Semyon Timoshenko (January–June 1940)
- Leftenan Jeneral Mikhail Kirponos (June 1940–January 1941)
- Leftenan Jeneral Markian Popov (January–June 1941)
- Leftenan Jeneral Trifon Shevaldin (July–September 1941)
- Marsyal Kesatuan Soviet Leonid Govorov (July 1945 – April 1946)
- Leftenan Jeneral Dmitry Gusev (April 1946 – September 1949)
- Leftenan Jeneral Alexander Luchinsky (September 1949 – May 1953)
- Jeneral Ketumbukan Matvei Zakharov (May 1953 – October 1957)
- Jeneral Ketumbukan Nikolay Krylov (January 1958 – October 1960)
- Jeneral Ketumbukan Mikhail Kazakov (October 1960 – October 1965)
- Leftenan Jeneral Sergei Sokolov (October 1965 – April 1967)
- Leftenan Jeneral Ivan Shavrov (May 1967 – January 1973)
- Leftenan Jeneral Anatoly Gribkov (February 1973 – September 1976)
- Kolonel Jeneral Mikhail Sorokin (October 1976 – October 1981)
- Jeneral Ketumbukan Boris Snetkov (November 1981 – December 1987)
- Kolonel Jeneral Viktor Yermakov (December 1987 – July 1990)
- Kolonel Jeneral Viktor Samsonov (July 1990–December 1991)
- Leftenan Jeneral Sergey Seleznyov (7 December 1991 – 17 December 1996; appointed by USSR President Gorbachev as of 7 Dec 1991)[7]
- Leftenan Jeneral (promoted to Colonel General May 1997 and General of the Army February 2003) Valentin Bobryshev (December 1996–9 March 2005)
- Jeneral Ketumbukan Igor Puzanov (9 March 2005 – 11 December 2007)
- Kolonel Jeneral Valery Gerasimov (11 December 2007 – 5 February 2009)
- Leftenan Jeneral Nikolai Bogdanovsky (23 March 2009–September 2010)
- Kolonel Jeneral Aleksandr Lapin (16 May 2024–)
Rujukan
- ^ "Russia's defense chief proposes re-establishing Moscow, Leningrad military districts". TASS. 2022-12-21. Dicapai pada 2023-10-09.
- ^ Rezchikov, Andrey (2023-06-05). "Why does Russia need two new armies?" (dalam bahasa Russian). Vzglyad. Dicapai pada 2023-10-09.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Путин пообещал создать Ленинградский военный округ из-за вступления Финляндии в НАТО". interfax.ru (dalam bahasa Rusia). 2023-12-17. Dicapai pada 2023-12-17.
- ^ "Путин подписал указ о новом составе военных округов". ria.ru (dalam bahasa Rusia). 2024-02-26. Dicapai pada 2024-02-26.
- ^ "Russian Offensive Campaign Update". Institute for the Study of War (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-04-01.
- ^ "Западный военный округ". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-01-04. Dicapai pada 2011-07-27.
- ^ Krasnaya Zvezda 13 Dec 91 1st ed p1. Confirmation appointment by President Yel'tsin, KZ 8 Oct 92 p 1.
Bibliografi
- Feskov, V.I.; Golikov, V.I.; Kalashnikov, K.A.; Slugin, S.A. (2013). Вооруженные силы СССР после Второй Мировой войны: от Красной Армии к Советской [The Armed Forces of the USSR after World War II: From the Red Army to the Soviet: Part 1 Land Forces] (dalam bahasa Rusia). Tomsk: Scientific and Technical Literature Publishing. ISBN 9785895035306.
- Scott and Scott, The Armed Forces of the USSR, Eastview, 1979
Pautan luar
Templat:Military Districts of the Russian Federation








