Woo Kah Leong | |
---|---|
吴家良 | |
![]() | |
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak (Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi, Hal Ehwal Pengguna & Kampung Baru Cina : sejak 23 November 2022)[note 1] | |
Menyandang jawatan 22 November 2022 | |
Raja | Sultan Nazrin Muizzuddin Shah |
Menteri Besar | Saarani Mohamad |
Didahului oleh | Abdul Yunus Jamahri (Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna) Zainol Fadzi Paharudin (Koperasi) Jawatan ditubuhkan (Kampung Baru Cina) |
Kawasan pilihan raya | Pasir Bedamar |
Ahli Dewan Undangan Negeri Perak bagi Pasir Bedamar | |
Menyandang jawatan 19 November 2022 | |
Didahului oleh | Terence Naidu (PH–DAP) |
Majoriti | 17,446 (2022) |
Ketua Pemuda Pakatan Harapan Ke-6 | |
Menyandang jawatan 11 Mac 2025 | |
Presiden | Wan Azizah Wan Ismail |
Timbalan | Adam Adli Mohd Hasbie Muda Felix Joseph Saang |
Pengerusi | Anwar Ibrahim |
Didahului oleh | Kelvin Yii Lee Wuen |
Ketua Pemuda Parti Tindakan Demokratik | |
Menyandang jawatan 17 November 2024 | |
Timbalan | Wayne Ong Chun Wei |
Setiausaha Agung | Anthony Loke Siew Fook |
Didahului oleh | Kelvin Yii Lee Wuen |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Woo Kah Leong 3 Mac 1991 ![]() ![]() |
Kewarganegaraan | ![]() |
Parti politik | Parti Tindakan Demokratik (DAP) |
Gabungan politik lain | Pakatan Harapan (PH) |
Pendidikan | Sekolah Menengah Kebangsaan San Min |
Tempat belajar | Universiti Malaya (LLB) |
Pekerjaan | Ahli politik |
Bidang pengkhususan | Peguam |
Woo Kah Leong | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Nama Bahasa Cina | |||||||
Tulisan Cina Tradisional | 吳家良 | ||||||
Tulisan Cina Ringkas | 吴家良 | ||||||
|
Woo Kah Leong (Cina ringkas: 吴家良; Cina tradisional: 吳家良; pinyin: Wú Jiā Liáng; lahir 3 Mac 1991) merupakan seorang ahli politik dan peguam Malaysia. Beliau telah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Perak dalam pentadbiran kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) di bawah Menteri Besar Saarani Mohamad[1] dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi kawasan Pasir Bedamar sejak November 2022. Beliau merupakan ahli Parti Tindakan Demokratik (DAP), sebuah parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH). Beliau telah berkhidmat sebagai Ketua Pemuda PH ke-6 sejak Mac 2025 dan Ketua Pemuda DAP atau dikenali sebagai Ketua Sayap Pemuda DAP iaitu DAP Socialist Youth (DAPSY) sejak November 2024. Beliau juga kini merupakan Ahli EXCO Perak termuda dan pernah menjawat jawatan Setiausaha Publisiti Pemuda DAP atau dikenali sebagai Setiausaha Publisiti Sayap Pemuda DAP (DAPSY) sebelum dinaikkan pangkat sebagai Ketua Pemuda pada November 2024.[2]
Latar belakang
Woo dilahirkan di Kampung Baru Pasir Bedamar, Teluk Intan, Perak pada tahun 1991. Beliau menerima pendidikan menengah di SMJK San Min, Teluk Intan, dan melanjutkan pengajian tinggi di Universiti Malaya dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LLB). Selepas menamatkan pengajiannya, Woo bekerja sebagai Peguam Bersekutu di firma guaman A M Ong & Partners sebelum menceburi arena politik.
Kerjaya politik
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak (sejak 2022)
Pilihan raya negeri Perak 2022 telah menghasilkan sebuah dewan tergantung (hung assembly). Barisan Nasional (BN) kemudiannya kembali berkuasa dengan membentuk kerajaan gabungan negeri bersama PH. Berikutan itu, ADUN Kota Tampan, Saarani dari BN telah dilantik semula sebagai Menteri Besar. Woo pula telah dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Perak yang bertanggungjawab terhadap Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna, Koperasi dan Kampung Baru Cina oleh Menteri Besar Saarani.
Ahli Dewan Undangan Negeri Perak (sejak 2022)
Pilihan raya negeri Perak 2022
Dalam Pilihan Raya Negeri Perak 2022, Woo telah membuat penampilan sulung dalam pilihan raya selepas dicalonkan oleh Pakatan Harapan (PH) untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Bedamar. Woo memenangi kerusi tersebut dan telah dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Bedamar selepas menewaskan Kong Sun Chin dari Barisan Nasional (BN) dan Suriyanarayanan Sannasy Naidu dari Perikatan Nasional (PN) dengan majoriti sebanyak 17,446 undi.
Keputusan pilihan raya
Tahun | Kawasan pilihan raya | Calon | Undi | Peratus | Lawan | Undi | Peratus | Undi sah | Majoriti | Hasil | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2022 | N55 Pasir Bedamar | Woo Kah Leong (DAP) | 21,061 | 76.64% | Kong Sun Chin (MCA) | 3,615 | 13.16% | 27,479 | 17,446 | 70.25% | ||
Suriyanarayanan Sannasy Naidu (PAS) | 2,803 | 10.20% |
Nota
- ^ Diandaikan portfolio pada 23 November 2022 memegang jawatan.
Rujukan
- ^ NOR, LUQMAN RIDHWAN MOHAMED (2023-05-22). "33 ADUN Kerajaan Perpaduan Perak komited sokong kestabilan negeri". Kosmo Digital. Dicapai pada 2023-09-16.
- ^ "WOO KAH LEONG". Sinar Harian. Dicapai pada 14 Julai 2023.
- ^ "RESULTS OF CONTESTED ELECTION AND STATEMENTS OF THE POLL AFTER THE OFFICIAL ADDITION OF VOTES STATE CONSTITUENCIES FOR THE STATE OF PERAK". lom.agc.gov.my.
- ^ "The Star GE15 Online Perak". election.thestar.com.my.