Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Selangor | |
---|---|
Speaker of the Selangor State Legislative Assembly 雪兰莪州立法议会议长 | |
![]() | |
Dewan Undangan Negeri Selangor | |
Gelaran | Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua (formal) Tuan Speaker/Tuan Pengerusi (tidak rasmi dan dalam dewan) |
Status | Pegawai pemangku tertinggi dalam Dewan Undangan Negeri Selangor |
Lapor kepada | Dewan Undangan Negeri Selangor |
Pusat | Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor |
Dilantik oleh | Dipilih oleh ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Selangor |
Tempoh jawatan | Dipilih pada permulaan setiap penggal Dewan Undangan Negeri Selangor, atau apabila berlaku kekosongan |
Surat cara pembentukan | Perlembagaan Selangor |
Penjawat sulung | Abdullah Hassan |
Dibentuk | 8 Julai 1957 |
Timbalan/naib | Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Selangor |
Tapak web | dewan |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Selangor (Inggeris: Speaker of the Selangor State Legislative Assembly; Cina tradisional: 雪兰莪州立法议会议长; Tamil: சிலாங்கூர் மாநில சட்டப் பேரவையின் சபாநாயகர்) merupakan pegawai yang mempengerusikan Dewan Undangan Negeri Selangor, iaitu badan perundangan satu dewan bagi negeri Selangor di Malaysia. Speaker bertanggungjawab memanggil persidangan dewan, menyelaras perbahasan, serta meneliti penerimaan petisyen, rang undang-undang, dan pindaan. Sekiranya Speaker tidak dapat hadir, timbalannya akan menjalankan tugas tersebut.
Speaker dipilih melalui pengundian semasa persidangan pertama setiap penggal dewan yang baharu.[1]
Speaker terkini ialah Lau Weng San. Beliau dipilih pada 19 September 2023 bagi penggal ke-15 Dewan Undangan Negeri Selangor.[2] Speaker pertama ialah Abdullah Hassan yang berkhidmat dari 8 Julai 1959 hingga 17 November 1962.[3]
Pemilihan
Dewan Undangan Negeri Selangor boleh dari semasa ke semasa memilih seseorang yang layak untuk menjadi Speaker dewan. Seseorang itu tidak boleh dipilih sebagai Speaker melainkan jika beliau adalah ahli atau layak menjadi ahli dewan undangan. Speaker boleh meletak jawatan pada bila-bila masa. Jawatan Speaker akan menjadi kosong apabila dewan bersidang buat pertama kali selepas pilihan raya negeri, atau apabila beliau hilang kelayakan sebagai Speaker, atau selepas pembubaran dewan, atau apabila beliau tidak lagi menjadi ahli dewan kecuali disebabkan oleh pembubaran dewan atau tidak lagi layak menjadi ahli. Seorang Timbalan Speaker juga boleh dipilih daripada kalangan mana-mana ahli dewan undangan.[4]
Senarai Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Selangor
Kunci warna (untuk parti politik):
Parti Perikatan /
Barisan Nasional
Pakatan Rakyat
Pakatan Harapan
No. | Potret | Nama (Lahir–Meninggal) (Kawasan pilihan raya) |
Tempoh jawatan | Parti | Pilihan raya | Perhimpunan | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Mula berkhidmat | Akhir jawatan | Tempoh berkhidmat | |||||||
1 | Dato' Abdullah Hassan ADUN Port Swettenham |
8 Julai 1959 |
17 November 1962 |
3 tahun, 132 hari | Perikatan (UMNO) | 1959 | Pertama | ||
2 | Dato' Abdullah Mohd Yassin ADUN Kampong Bharu |
4 Disember 1962 |
12 November 1966 |
3 tahun, 343 hari | Perikatan (UMNO) | – | |||
1964 | Kedua | ||||||||
3 | Raja Nong Chik Raja Ishak ADUN Dengkil |
9 Disember 1966 |
19 Mac 1969 |
2 tahun, 100 hari | Perikatan (UMNO) | – | |||
4 | Dato' Raja Zulkifli Raja Borhan ADUN Port Swettenham |
15 Mac 1971 |
30 Julai 1974 |
3 tahun, 137 hari | Perikatan (UMNO) | 1969 | Ketiga | ||
5 | Tan Sri Shoib Ahmad ADUN Kalumpang |
16 September 1974 |
29 Mac 1982 |
7 tahun, 194 hari | BN (UMNO) | 1974 | Ke-4 | ||
1978 | Ke-5 | ||||||||
6 | Dato' Haji Saidin Tamby ADUN Gombak (1982–1986) ADUN Paya Jaras (1986–1990) |
4 Jun 1982 |
5 Oktober 1990 |
8 tahun, 123 hari | BN (UMNO) | 1982 | Ke-6 | ||
1986 | Ke-7 | ||||||||
7 | Dato' Haji Zainal Dahalan ADUN Sungai Air Tawar |
19 November 1990 |
25 April 1995 |
4 tahun, 157 hari | BN (UMNO) | 1990 | Ke-8 | ||
8 | Tan Sri Dato' Seri Haji Onn Ismail (1939–2023) ADUN Selat Klang (1995–1999) Bukan ADUN (1999–2008) |
18 May 1995 |
22 April 2008 |
12 tahun, 340 hari | BN (UMNO) | 1995 | Ke-9 | ||
1999 | Ke-10 | ||||||||
2004 | Ke-11 | ||||||||
9 | Dato' Teng Chang Khim (lahir 1963) ADUN Sungai Pinang |
22 April 2008 |
30 Mei 2013 |
5 tahun, 38 hari | PR (DAP) | 2008 | Ke-12 | ||
10 | ![]() |
Hannah Yeoh Tseow Suan (lahir 1979) ADUN Subang Jaya |
21 Jun 2013 |
9 April 2018 |
4 tahun, 292 hari | PR (DAP) | |||
2013 | Ke-13 | ||||||||
PH (DAP) | |||||||||
11 | ![]() |
Dato' Ng Suee Lim (lahir 1970) ADUN Sekinchan |
26 Jun 2018 |
23 Jun 2023 |
4 tahun, 362 hari | PH (DAP) | 2018 | Ke-14 | |
12 | ![]() |
Lau Weng San (lahir 1978) Bukan ADUN |
19 September 2023 |
Kini | 1 tahun, 316 hari | PH (DAP) | 2023 | Ke-15 |
Lihat juga
Rujukan
- ^ "Standing Orders of the Legislative Assembly". dewan.selangor.gov.my. Dewan Negeri Selangor. Dicapai pada 20 Julai 2018.
- ^ "Lau Weng San is new Selangor speaker". The Star. 19 September 2023. Dicapai pada 20 September 2023.
- ^ "Sejarah Speaker". dewan.selangor.gov.my. Selangor state government. Dicapai pada 19 Julai 2018.
- ^ Standing Orders of the Legislative Assembly
Rencana ini mengandungi teks dari sumber yang berada dalam domain awam.
- ^ "Sejarah Speaker". dewan.selangor.gov.my. Pejabat Dewan Negeri Selangor. Dicapai pada 20 Julai 2018.
- ^ Dharmender Singh (21 April 2008). "Teng poised to be first non-Malay Speaker with Haniza as his deputy". The Star (Malaysia). Dicapai pada 20 Julai 2018.
- ^ Teh Eng Hock (30 Mei 2013). "Hannah Yeoh appointed first woman speaker". The Star (Malaysia). Dicapai pada 20 Julai 2018.
- ^ Khairul Azran Hussin (26 Jun 2018). "Suee Lim dari DAP dilantik Speaker DUN Selangor". Berita Harian (dalam bahasa Malay). Dicapai pada 20 Julai 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Profil Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang". www.lpp.gov.my. Lembaga Pertubuhan Peladang. Dicapai pada 20 Julai 2018.
- ^ "1,112 terima anugerah, pingat". Utusan Malaysia. 13 Mac 1999. Dicapai pada 20 Julai 2018.