| Blood Brothers: Bara Naga | |
|---|---|
| Pengarah | |
| Lakon layar |
|
| Dihasilkan oleh |
|
| Dibintangi | |
| Sinematografi | Nicholas Chin |
| Disunting oleh |
|
| Muzik oleh |
|
Syarikat penerbitan |
|
| Diedarkan oleh |
|
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 130 minit[1] |
| Negara | Malaysia |
| Bahasa | Melayu |
| Bajet | RM 7 juta |
| Pecah panggung | RM 76 juta |
Blood Brothers: Bara Naga merupakan sebuah filem debaran aksi Malaysia 2025 arahan bersama Syafiq Yusof dan Abhilash Chandra. Filem yang dibintangi oleh Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle, Shukri Yahaya, Amelia Henderson, Syazwan Zulkifly, Wan Hanafi Su dan Zamarul Hisham ini mengisahkan tentang sekumpulan lelaki yang rapat bekerja dalam organisasi 'keselamatan elit' yang menyediakan perlindungan untuk orang berpengaruh dan ketua jenayah telah diuji apabila berlaku pengkhianatan dalam persaudaraan mereka. Filem ini mula ditayangkan di seluruh pawagam di Malaysia bermula 10 April 2025.[2]
Blood Brothers: Bara Naga telah menerima respons yang positif daripada penonton yang memuji sinematografi, koreografi babak aksi, dan lakonan (terutamanya Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle, Shukri Yahaya dan Syazwan Zulkifly).
Plot
Pada 1995, Bakri Saleh dihukum bunuh oleh geng Tujuh Naga. 20 tahun kemudian, Tujuh Naga yang beroperasi di sebalik syarikat pegawai keselamatan peribadi, Silent Guard, diketuai oleh Dato’ Zul. Tujuh Naga disertai oleh Ghaz, seorang daripada masyarakat yang ranap dalam jenayah yang diambil angkat oleh’ Dato Zul. Sejak itu, hidup Ghaz berubah dengan gaya hidup yang serba mewah, termasuk menjalinkan cinta dengan Sheila, anak kandung Dato’ Zul. Sementara itu, Dato’ Zul yang kini di menghidapi kanser tahap empat mewariskan kuasanya kepada Ghaz serta satu lagi anak angkatnya, Fadlan (“Fad”).
Pada satu hari, satu insiden berlaku di mana rakan klien utama mereka dibunuh, dengan kesalahan ditunding terhadap ahlinya, Abang Sham, menyebabkan dia diberi dihukum bunuh oleh Ghaz.
Hari bahagia Ghaz tiba ketika dia berkahwin dengan Sheila dengan majlis perkahwinan yang dihadiri para ahli Tujuh Naga. Namun begitu, sejurus selepas majlis, Ghaz tiba ke bilik lalu menemui Sheila terbaring tanpa nyawa akibat diracun. Siasatan awal polis menjurus sangkaan bahawa Ariff telah membunuhnya ketika mana dia memberi suatu jenis ubat kepada Sheila berdasarkan rakaman kamera tertutup yang ditemui, menyebabkan Ghaz ditugaskan untuk memburu Ariff. Walau bagaimanapun, siasatan lanjutan menjurus kepada penemuan kamera sulit yang dipasang melalui perkhidmatan abang Ariff, Jaki, pada asalnya untuk mereka satu skandal melibatkan Sheila, menyebabkan Ariff terpaksa mencari Jaki yang memiliki rakaman yang boleh merungkai perihal sebenar pembunuhan Sheila lalu cuba membersihkan namanya.
Ketika misi mereka masing-masing, Ghaz bertemu Ariff bertemu di sebuah kelab malam yang menjadi markas Daniel, menyebabkan pertengkaran hebat antara mereka berdua. Jaki pada ketika itu berjaya memaparkan video sulit pada hari kejadian di situ, di mana sah bahawa Ariff bukan ahli yang membunuh Sheila, tetapi Fad yang dibantu oleh Pablo, ketika mana Fad berang dengan Dato’ Zul yang dilihat pilih kasih mewariskan kuasa Tujuh Naga kepada Ghaz.
Kini, perpecahan perebutan kuasa berlaku antara puak Ghaz dengan Fad, dengan masing-masing mengheret orang bawahan Tujuh Naga ke dalam kancah konflik. Ghaz yang melarikan diri ke hutan menemui Abang Sham yang sebenarnya masih hidup; ketika dia dihukum bunuh, Abang Sham yang diletak dalam kereta disuruh lari secara senyap-senyap oleh Ghaz sebelum berlakon dia membunuhnya di depan geng.
Ghaz dengan Abang Sham bertemu semula dengan puak Fad. Dalam siri pertempuran, lama-kelamaan, Fad dan konconya dikalahkan oleh Ghaz yang dibantu oleh Ariff, dengan Fad dibunuh pada akhirnya.
Ghaz dan Ariff kini berbaik dengan persahabatannya yang dijalin semula. Abang Sham pula diangkat menjadi kepala Tujuh Naga yang baharu. Jaki pula semakin pulih daripada kecederaannya semasa pertempuran, sementara Ariff pula dibawa ke pihak polis untuk membantu menumpaskan geng Tujuh Naga.
Pelakon
Pelakon utama
- Sharnaaz Ahmad sebagai Ghazwan Sazali "Ghaz", ketua pengawal peribadi organisasi Naga yang dibela oleh Dato Zul dan suami kepada Sheila.
- Syafiq Kyle sebagai Ariff Anwar, pengawal peribadi termuda yang setia kepada Ghaz dan Dato Zul dan adik kepada Jaki.
- Shukri Yahaya sebagai Fadlan Bakri, anak angkat kepada Dato Zul.
- Amelia Henderson sebagai Sheila Zulkarnain, anak kandung Dato Zul, kakak angkat Fadlan dan isteri Ghaz.
- Syazwan Zulkifly sebagai Zaki Anwar "Jaki", abang kepada Ariff yang mempunyai tabiat berjudi di usia remaja namun berubah hidup dengan kerja sebagai penyiasat persendirian dan juga bapa tunggal.
- Wan Hanafi Su sebagai Dato Zulkarnain "Zul", ketua organisasi Naga.
- Zamarul Hisham sebagai DSP Adlin, pegawai polis yang menyiasat organisasi Naga.
Pelakon pembantu
- Andy Teh sebagai Pablo, pengawal peribadi organisasi Naga
- Irfan Zaini sebagai Malik, pengawal peribadi organisasi Naga
- Amir Nafis sebagai Amir, pengawal peribadi organisasi Naga
- Razib Salimin sebagai Abang Sham, pengawal peribadi senior yang bertanggungjawab merekrut serta melatih pengawal peribadi baru
- Ray Dapdap sebagai Bos Sam
- Hushairy Hussein sebagai Ayah Mus
- Tracie Sinidol sebagai Mira, jururawat dan teman wanita Ariff.
- Dini Schatzmann sebagai Daniel, bekas teman lelaki Sheila.
- Mikael Noah sebagai Adi, anak tunggal Jaki.
- Ayam Fared sebagai Ayam, pembantu firma PI milik Jaki. Bertanggungjawab menghulurkan senjata api kepada Ariff.
- Chris Tong sebagai Madam Rita
- Jovi Heng sebagai Bos Johnny
- Stephen Anthony sebagai Bos Ram
Sambutan
Kutipan pecah panggung
| Jadual kutipan pawagam Blood Brothers: Bara Naga (10 April – sekarang) | |
|---|---|
| Tempoh Tayangan | Kutipan kumulatif |
| 2 hari (hingga 12 April) | RM9.2 juta |
| 3 hari (hingga 13 April) | RM14.9 juta |
| 4 hari (hingga 14 April) | RM21 juta |
| 7 hari (hingga 17 April) | RM29.9 juta |
| 11 hari (hingga 21 April) | RM45.7 juta |
| 14 hari (hingga 24 April) | RM50 juta |
| 20 hari (hingga 29 April) | RM62 juta |
| 25 hari (hingga 5 Mei) | RM70 juta |
| 33 hari (hingga 13 Mei) | RM76 juta |
Adaptasi novel
Novel adaptasi Blood Brothers: Bara Naga tulisan Dr Anwar Fazal dan Amshida Ahmad Rani serta terbitan WhiteCoat Group mula dijual pada 23 Mei lalu.[3]
Sekuel
Rujukan
- ^ "Blood Brothers: Bara Naga (15)". British Board of Film Classification (dalam bahasa Inggeris). 8 August 2025. Dicapai pada 9 August 2025.
- ^ "Malaysia's Skop Productions turns 40; countdown to "Blood Brothers" in 2025 runs alongside commitment to growth & expansion | ContentAsia". www.contentasia.tv. Dicapai pada 2025-01-25.
- ^ "Blood Brothers: Bara Naga dibukukan". www.bharian.com.my. Dicapai pada 2025-05-28.








