Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 | |
---|---|
![]() | |
Parlimen Malaysia | |
Tajuk panjang
| |
Petikan | |
Jangkauan wilayah | Seluruh Malaysia |
Digubal oleh | |
Tarikh diluluskan | 3 April 2023 |
Digubal oleh | |
Tarikh diluluskan | 11 April 2023 |
Tarikh perkenan diraja | 9 Jun 2023 |
Tarikh kuat kuasa | 4 Julai 2023[1] P.U. (B) 229/2023 |
Sejarah perundangan | |
Petikan rang undang-undang | |
Diperkenalkan oleh | Azalina binti Othman Said - Menteri di Jabatan Perdana Menteri
(Undang-undang dan Reformasi Institusi) |
Bacaan pertama | |
Bacaan kedua | |
Bacaan ketiga | |
Petikan rang undang-undang | |
Diperkenalkan oleh | Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
(Undang-undang dan Reformasi Institusi) |
Bacaan pertama | |
Bacaan kedua | |
Bacaan ketiga | |
Pindaan | |
Perundangan berkaitan | |
Kata kunci | |
Hukuman mati, Penjara seumur hidup, Hukuman sebat | |
Status: Berkuat kuasa |
Pemansuhan Akta Hukuman Mati Mandatori 2023 (Bahasa Inggeris: Abolition of Mandatory Death Penalty Act 2023) ialah suatu undang-undang Malaysia yang digubal oleh Parlimen Malaysia untuk memansuhkan hukuman mati mandatori dan penjara sepanjang hayat di Malaysia.
Walau bagaimanapun, hukuman mati masih kekal sebagai hukuman yang sah dan boleh digunapakai di bawah undang-undang jenayah Malaysia dan Akta ini tidak bermakna hukuman mati telah dimansuhkan secara sepenuhnya di Malaysia.[2][3][4]
Sebelum Akta ini berkuatkuasa pada 4 Julai 2023, terdapat sejumlah 11 kesalahan jenayah di bawah undang-undang Malaysia yang membawa hukuman mati mandatori, seperti pembunuhan, pengedaran dadah, tindakan keganasan dan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.[5][4] Jika seseorang didapati bersalah di bawah kesalahan-kesalahan jenayah tersebut, hukuman yang boleh dijatuhkan oleh hakim hanyalah hukuman mati.[6] Hakim tidak mempunyai pilihan selain menjatuhkan hukuman mati kepada tertuduh, kecuali tertuduh adalah seorang wanita hamil seperti yang ditakrifkan oleh Kanun Tatacara Jenayah, atau seorang kanak-kanak seperti yang ditakrifkan oleh Akta Kanak-Kanak 2001.[7]
Dengan penggubalan Akta ini, hakim-hakim di Malaysia kini boleh bertindak mengikut budi bicara mereka untuk memutuskan sama ada menjatuhkan:
- Hukuman mati, atau;
- Hukuman penjara selama 30 hingga 40 tahun dan tidak kurang daripada 12 sebatan .
— ke atas tertuduh secara kes demi kes.[5][8]
Akta ini juga telah memansuhkan semua hukuman penjara sepanjang hayat di Malaysia dan menggantikannya dengan hukuman penjara selama 30 hingga 40 tahun.[3][4][5]
Perlu dijelaskan bahawa di bawah undang-undang jenayah Malaysia, "penjara sepanjang hayat" (imprisonment for natural life) merujuk kepada pemenjaraan sehingga kematian semula jadi banduan terbabit, manakala "penjara seumur hidup" (imprisonment for life), melainkan dinyatakan sebaliknya, merujuk kepada pemenjaraan 30 tahun yang tetap seperti yang ditakrifkan oleh Akta Keadilan Jenayah 1953 .[9][10] Akta ini hanya bertujuan untuk memansuhkan "penjara sepanjan hayat", bukan "penjara seumur hidup".
Lihat juga
- Hukuman mati di Malaysia
- Hukuman sebat di Malaysia
- Hak asasi manusia di Malaysia
- Kanun Keseksaan
- Akta Dadah Berbahaya 1952
Reference
- ^ Muhammad Yusry (July 3, 2023). "Abolishment of mandatory death penalty gazetted, to come into force tomorrow". Malay Mail. Dicapai pada June 5, 2024.
- ^ "Death Penalty Still Exists in Malaysian Law, only Mandatory Death Penalty to be Abolished". BERNAMA (dalam bahasa Inggeris). 13 June 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 July 2024. Dicapai pada 25 July 2024.
- ^ a b "Malaysia Repeals Mandatory Death Penalty". Human Rights Watch (dalam bahasa Inggeris). 11 April 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 July 2024. Dicapai pada 25 July 2024.
- ^ a b c "Reforms of Mandatory Death Penalty in Malaysia: What Do The Bills Say?" (PDF). Amnesty Malaysia (dalam bahasa Inggeris). 29 March 2023. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 30 March 2023. Dicapai pada 21 July 2024.
- ^ a b c Tee, Kenneth (3 April 2023). "A brief history of Malaysia's capital punishment and death row inmates". Malay Mail (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 3 March 2024. Dicapai pada 25 July 2024.
- ^ Mokhtar, Nor Azizah (13 June 2022). "Understand the concept of mandatory death penalty first - Musa Hassan". New Straits Times (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 23 June 2022. Dicapai pada 25 July 2024.
- ^ Mallow, Muzaffar Syah (15 June 2022). "Mandatory death penalty still relevant". The Sun Daily (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 25 July 2024. Dicapai pada 25 July 2024.
- ^ Mohd Razhi, Nor Fariza; Sevagamy, N. (17 December 2023). "Year 2023 Creates Historic Success for M'sia in Sulu Case, Death Penalty Review". BERNAMA (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 25 July 2024. Dicapai pada 25 July 2024.
- ^ Dusuki, Farah Nini; Hamid, Melati Abdul (2023), van Zyl Smit, Dirk; Appleton, Catherine; Vucong, Giao (penyunting), "Life Imprisonment in Malaysia: Prospects for Law Reform?", Life Imprisonment in Asia (dalam bahasa Inggeris), Singapore: Springer Nature: 225–241, doi:10.1007/978-981-19-4664-6_9, ISBN 978-981-19-4664-6, dicapai pada 2024-09-10
- ^ "Malaysia passes sweeping legal reforms to remove the mandatory death penalty". ABC News (dalam bahasa Inggeris). 3 April 2023. Dicapai pada 10 September 2024.