Ayam Sambal Kolli Sambal கோழி சாம்பல் | |
---|---|
Jenis | Hidangan utama / lauk pauk/ Kuah |
Kawasan/rantau | Asia Tenggara |
Masakan berkaitan | Malaysia, Singapura[1] |
Dicipta oleh | India Malaysia |
Suhu penghidangan | Panas |
Bahan utama | Ayam, sambal cili, bawang merah, bawang putih, rempah ratu, tomato.Daun Kari |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Ayam Sambal atau lebih dikenali sebagai Koli Sambal ialah salah satu hidangan tradisional yang popular dalam komuniti India di Malaysia. Ia merupakan hidangan berasaskan ayam yang dimasak dengan sambal pedas yang kaya dengan rempah-ratus dan bahan-bahan asli, mencerminkan gabungan rasa India dan citarasa tempatan Malaysia.
Ayam Sambal sering ditemui di restoran dan gerai makanan yang menyajikan masakan India Selatan di Malaysia, terutamanaya di Restoran Daun Pisang. Hidangan ini amat digemari kerana rasa pedas, berempah, dan aroma sambal yang menggugah selera. Ia biasanya dihidangkan bersama nasi putih,Nasi beriani, nasi lemak, roti canai atau Capati.
Berbeza dengan sambal Melayu atau Indonesia yang biasanya lebih berkuah dan berasaskan cili segar atau cili tumbuk, Sambal Ayam komuniti India Malaysia lebih pekat dan berminyak seperti thokku, tanpa bahan seperti belacan atau gula melaka yang biasa dalam sambal Melayu. Ini menjadikannya unik dan istimewa dalam tradisi masakan India di Malaysia.
Bahan dan Penyediaan
Bahan utama Sambal Ayam adalah[2]:
- Ayam (biasanya potongan kecil atau sederhana)
- Sambal cili yang diperbuat daripada cili merah, bawang merah, bawang putih, dan belacan (pes udang fermentasi)
- Rempah seperti serbuk kunyit, serbuk ketumbar, dan jintan manis
- Tomato dan bawang besar untuk menambah rasa dan tekstur
- Garam dan gula secukup rasa
Cara penyediaannya melibatkan menumis bahan sambal hingga naik bau, kemudian memasukkan ayam dan memasak sehingga ayam masak sempurna dan sambal menyerap ke dalam daging.
Variasi
Terdapat pelbagai variasi Sambal Ayam mengikut negeri dan keluarga. Sesetengah versi menambah asam jawa atau limau nipis untuk rasa masam yang segar, manakala ada juga yang memasukkan kentang atau telur rebus sebagai pelengkap hidangan.
Populariti
Sambal Ayam merupakan hidangan yang sangat digemari bukan sahaja oleh masyarakat India tetapi juga rakyat Malaysia dari pelbagai kaum kerana rasa pedas dan berempah yang unik. Ia kerap menjadi pilihan untuk hidangan harian serta majlis khas seperti Deepavali [3]dan majlis Perkhawinan.
Rujukan
- ^ https://nomadette.com/sambal-chicken/
- ^ https://myresipi.com/resipi/ayam-masak-ala-india/
- ^ Kumar, R. (2022). Masakan Perayaan Komuniti India di Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Warisan.