Bahasa Mesir | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
| |||||||
![]() Papirus Ebers yang menerangkan rawatan asma. | |||||||
Kawasan | Mesir Purba | ||||||
Etnik | Orang Mesir purba | ||||||
Pupus | Berkembang menjadi bahasa Demotik pada 600 SM, ke Qibti pada 200 M, dan pupus sebagai bahasa seharian pada abad ke-17. Bahasa Qibti kekal sebagai bahasa liturgi Gereja Katolik Koptik. | ||||||
Afro-Asia
| |||||||
Hieroglif Mesir, hieroglif kursif, hieratik, demotik dan Qibti (kemudian, kadang-kadang dalam abjad Arab dalam terjemahan kerajaan) | |||||||
Kod bahasa | |||||||
ISO 639-2 | egy | ||||||
ISO 639-3 | Salah satu:egy – Bahasa Mesircop – Bahasa Qibti | ||||||
Linguasphere | 11-AAA-a |
Bahasa Mesir ialah sebuah bahasa Afro-Asia yang ditutur ketika zaman Mesir Purba. Bahasa ini bertahan sampai abad ke-5 Masihi dalam bentuk bahasa Demotik dan sampai abad ke-17 dalam bentuk bahasa Qibti. Catatan tertulis bahasa Mesir bermula daripada tahun 3200 SM, menjadikan bahasa ini sebagai bahasa tertulis yang tertua. Bahasa kebangsaan Mesir kini ialah bahasa Arab yang menggantikan bahasa Qibti secara beransur-ansur sebagai bahasa seharian selama berabad-abad setelah penaklukan Islam di Mesir. Meskipun begitu, bahasa itu masih digunakan sebagai bahasa liturgi oleh Gereja Ortodoks Koptik dan Gereja Katolik Koptik, serta menjadi bahasa ibunda sebilangan orang.
Sejarah
Bahasa Mesir boleh dikelompokkan seperti berikut:[2][3]
- Mesir
- Mesir Terdahulu, Mesir Lebih Lama atau Mesir Klasik
- Mesir Lama
- Mesir Awal, Mesir Lama Awal, Mesir Lama Arkaik, Pra-Mesir Lama atau Mesir arkaik
- Mesir Lama standard
- Mesir Pertengahan
- Mesir Lama
- Mesir Lebih Lewat
- Mesir Lewat
- Mesir Demotik
- Qibti
- Mesir Terdahulu, Mesir Lebih Lama atau Mesir Klasik
Bahasa Mesir menurut konvensi dikelompokkan kepada enam tahap seperti di bawah:[4]
- Bahasa Mesir Arkaik (sebelum s. 2600 SM), bahasa Tempoh Dinasti Awal yang telah direkonstruksi,
- Bahasa Mesir Lama (s. 2600 SM – s. 2000 SM), bahasa Kerajaan Lama,
- Bahasa Mesir Pertengahan (s. 2000 SM – s. 1350 SM), bahasa Kerajaan Pertengahan ke awal Kerajaan Baru dan diteruskan sebagai bahasa susastera hingga abad ke-4,
- Bahasa Mesir Akhir (s. 1350 SM – s. 700 SM), tempoh Amarna ke Tempoh Perantaraan Ketiga,
- Bahasa Mesir Demotik (s. 700 SM – s. 400 M), bahasa kebiasaan Zaman Akhir, Ptolemy dan Mesir Rom,
- Bahasa Qibti (selepas s. 200 M), bahasa kebiasaan semasa pengkristianan, dan bahasa sembahyang dalam agama Kristian Mesir.
Mesir Lama, Pertengahan dan Akhir semuanya ditulis menggunakan sistem tulisan hieroglif dan hieratik. Demotik ialah nama tulisan yang berasal daripada hieratik, bermula pada abad ke-7 SM.
Abjad Qibti berasal daripada abjad Yunani, dengan penyesuaian untuk bunyi-bunyi bahasa Mesir. Ia mula-mula berkembang pada zaman Ptolemaik, dan secara beransur-ansur menggantikan tulisan Demotik sekitar abad ke-4 hingga ke-5 TM.

Mesir Lama
Nama "Mesir Arkaik" kadangkala dikhaskan untuk penggunaan terawal hieroglif, dari akhir alaf ke-4 hingga awal alaf ke-3 SM. Pada peringkat terawal, sekitar 3300 SM,[5] hieroglif belum lagi sistem tulisan yang lengkap dan masih sedang beralih daripada peringkat tulisan purba; lama-kelamaan pada abad ke-27 SM, ciri-ciri tatabahasa seperti pembentukan nama keturunan mula muncul.[6][7]
Mesir Lama ditarikhkan berdasarkan ayat lengkap diketahui, termasuk kata kerja finitum, yang telah ditemui. Ditemui di makam Seth-Peribsen (s. 2690 SM), tekapan meterai baginda berbunyi:
|
|
|
|
| ||||||||||||
d(m)ḏ.n.f | tꜣ-wj n | zꜣ.f | nsw.t-bj.t(j) | pr-jb.sn(j) | ||||||||||||
menyatukan.SMP.dia(l)[8] | tanah.dua untuk | anak lelaki.miliknya(l) | rusiga-lebah | rumah-jantung.mereka | ||||||||||||
"Baginda telah menyatukan Kedua-dua Tanah untuk puteranya, Raja Berganda Peribsen."[9] |
Teks-teks panjang mula muncul sekitar 2600 SM.[10] Teks-teks Piramid merupakan koleksi penulisan yang terbesar dari fasa bahasa ini. Satu ciri uniknya ialah menggandakan simbol ideogram, fonogram dan penentu sebanyak tiga kali untuk menandakan kata majmuk. Ia serupa dengan Mesir Pertengahan tetapi berdasarkan dialek yang berbeza.
Semasa zaman dinasti ke-3, sekitar 2650 hingga 2575 SM, tulisan hieroglif menjadi lebih teratur. Sistem tulisan itu kekal sama sehinggalah ia digantikan oleh Qibti sekitar abad ketiga dan keempat. Bilangan simbol yang digunakan dalam hieroglif kekal sekitar 700 selama lebih daripada 2000 tahun.[11]
Mesir Pertengahan
Bahasa Mesir Pertengahan dituturkan selama kira-kira 700 tahun, bermula sekitar 2000 SM, semasa Kerajaan Pertengahan dan tempoh Perantaraan Kedua yang berikutnya.[12] Sebagai varian klasik bahasa Mesir, bahasa Mesir Pertengahan merupakan jenis bahasa Mesir yang paling banyak didokumentasikan, serta yang paling menarik perhatian dalam bidang Egiptologi. Walaupun kebanyakan bahasa Mesir Pertengahan ditulis dengan hieroglif pada monumen-monumen, ia juga ditulis menggunakan varian hieroglif kursif, dan hieratik yang berkaitan dengannya.[13]
Bahasa Mesir Pertengahan mula tersedia untuk kajian moden dengan pentafsiran hieroglif pada awal abad ke-19. Tatabahasa pertama bahasa Mesir Pertengahan diterbitkan oleh Adolf Erman pada tahun 1894, diatasi pada tahun 1927 oleh karya Alan Gardiner. Sejak itu, bahasa Mesir Pertengahan telah difahami dengan baik, namun beberapa aspek infleksi kata kerja masih terbuka untuk disemak semula sehingga pertengahan abad ke-20, terutamanya dengan sumbangan Hans Jakob Polotsky.[14][15]
Tahap bahasa Mesir Pertengahan dianggap berakhir sekitar abad ke-14 SM, melahirkan bahasa Mesir Akhir. Peralihan ini berlaku dalam tempoh akhir Dinasti Kelapan Belas Mesir (dikenali sebagai Tempoh Amarna).[perlu rujukan]
Égyptien de tradition
Teks asal bahasa Mesir Lama dan Pertengahan masih digunakan selepas abad ke-14 SM. Satu bentuk ajukan yang kebanyakannya berasaskan bahasa Mesir Pertengahan, tetapi juga dengan ciri-ciri bahasa Mesir Lama, Akhir dan Demotik, yang dipanggil "Égyptien de tradition" atau "bahasa Mesir Pertengahan Baru" oleh sarjana, digunakan sebagai bahasa kepustakaan untuk teks-teks baru sejak Kerajaan Baru dalam teks-teks hieroglif dan hieratik rasmi dan agama berbanding bahasa Mesir Akhir atau Demotik. Égyptien de tradition sebagai bahasa agama bertahan sehingga pengkristianan Mesir Rom pada abad ke-4.
Mesir Akhir
Bahasa Mesir Akhir dituturkan selama kira-kira 650 tahun, bermula sekitar 1350 SM semasa Kerajaan Baru Mesir. Bahasa Mesir Akhir menggantikan tetapi tidak sepenuhnya menggantikan bahasa Mesir Pertengahan sebagai bahasa sastera, dan juga merupakan bahasa pentadbiran Kerajaan Baru.[16][17]
Teks-teks yang ditulis sepenuhnya dalam bahasa Mesir Akhir ditarikhkan berasal dari Dinasti Kedua Puluh Mesir dan kemudiannya. Bahasa Mesir Akhir terdiri daripada sejumlah besar kepustakaan agama dan sekular, merangkumi contoh-contoh seperti Cerita Wenamun, puisi cinta papirus Chester–Beatty I, dan Arahan Any. Arahan menjadi genre sastera popular Kerajaan Baru, yang mengandungi nasihat tentang kelakuan yang baik. Bahasa Mesir Akhir juga merupakan bahasa pentadbiran Kerajaan Baru.[18][19]
Bahasa Mesir Akhir tidak berbeza sepenuhnya daripada bahasa Mesir Pertengahan, kerana banyak "klasikisme" muncul dalam dokumen-dokumen sejarah dan sastera fasa ini.[20] Namun, perbezaan antara bahasa Mesir Pertengahan dan Akhir lebih besar daripada perbezaan antara bahasa Mesir Pertengahan dan Lama. Asalnya bahasa sintesis, bahasa Mesir pada fasa Akhir telah menjadi bahasa analitik.[21] Hubungan antara bahasa Mesir Pertengahan dan Akhir telah diperikan serupa dengan hubungan antara bahasa Latin dan Itali.[22]
- Bahasa Mesir Akhir bertulis nampaknya lebih bersifat bahasa pertuturan pada zaman Kerajaan Baru dan selepas dari itu berbanding Bahasa Mesir Pertengahan: konsonan lemah ꜣ, w, j, serta akhiran feminin .t semakin dihilangkan, mungkin kerana ia tidak lagi disebut.
- Kata ganti penunjuk pꜣ (mask.), tꜣ (fem.), dan nꜣ (jam.) digunakan sebagai artikel pasti.
- Bentuk lama sḏm.n.f (dia terdengar) bagi kata kerja ini digantikan oleh sḏm-f yang mempunyai aspek prospektif (dia akan mendengar) dan sempurna (dia telah mendengar). Kala silam juga dibentuk menggunakan kata kerja bantu jr (buat), seperti dalam jr.f saḥa.f (dia telah menuduhnya).
- Kata sifat sebagai atribut kata nama sering digantikan dengan kata nama.
Tahap bahasa Mesir Akhir dianggap berakhir sekitar abad ke-8 SM, melahirkan Demotik.
Demotik

Demotik merupakan perkembangan lewat dalam bahasa Mesir yang ditulis dalam tulisan Demotik, mengikuti bahasa Mesir Akhir dan mendahului Qibti. Qibti mempunyai banyak persamaan dengan Demotik. Pada peringkat awal Demotik, seperti teks-teks yang ditulis dalam tulisan Demotik awal, ia mungkin bahasa percakapan pada masa itu. Walau bagaimanapun, semakin penggunaannya terhad untuk sastera dan agama, bahasa bertulis semakin jauh daripada bentuk pertuturan, menyebabkan diglosia yang ketara antara teks Demotik lewat dan bahasa pertuturan masa itu, serupa dengan penggunaan bahasa Mesir Pertengahan klasik semasa Zaman Ptolemaik.
Qibti
Bahasa Qibti ialah nama yang diberikan kepada bahasa vernakular Mesir lewat sewaktu ia ditulis dalam abjad yang berasaskan Yunani, abjad Qibti; ia berkembang dari zaman agama Kristian Awal (s. 31/33–324) tetapi ungkapan-ungkapan Mesir yang ditulis dalam abjad Yunani mula-mula muncul semasa zaman Helenistik sekitar abad ke-3 SM,[23] dengan teks Qibti pertama yang diketahui, masih pagan (Qibti Lama), dari abad pertama Masihi.
Bahasa Qibti bertahan hingga zaman pertengahan tetapi menjelang abad ke-16 ia semakin hilang akibat penganiayaan penganut Kristian Qibti di bawah pemerintahan Mamluk. Ia mungkin bertahan di kawasan kampung-kampung Mesir sebagai bahasa pertuturan selama beberapa abad selepas itu. Qibti terus hidup sebagai bahasa sembahyang Gereja Ortodoks Koptik dan Gereja Katolik Koptik.
Nota
Rujukan
- ^ Erman & Grapow 1926–1961.
- ^ Compiled and edited by Kathryn A. Bard with the editing assistance of Steven Blage Shubert. Bard, Kathryn A.; Steven Blake Shubert (1999). Encyclopedia of the Archaeology of Ancient Egypt. Routledge. m/s. 274f. (in the section Egyptian language and writing). ISBN 978-0-415-18589-9.
- ^ Kupreyev, Maxim N. (2022) [copyright: 2023]. Deixis in Egyptian: The Close, the Distant, and the Known. Brill. m/s. 3.
- ^ Bard, Kathryn A.; Steven Blake Shubert (1999). Encyclopedia of the Archaeology of Ancient Egypt. Routledge. m/s. 325. ISBN 978-0-415-18589-9.
- ^ Richard Mattessich, "Oldest writings, and inventory tags of Egypt", Accounting Historians Journal, 2002, Vol. 29, No. 1, pp. 195–208.
- ^ Richard Mattessich (2002). "The oldest writings, and inventory tags of Egypt". Accounting Historians Journal. 29 (1): 195–208. doi:10.2308/0148-4184.29.1.195. JSTOR 40698264. S2CID 160704269.
- ^ Allen (2013:2f.)
- ^ Werning, Daniel A. (2008) "Aspect vs. Relative Tense, and the Typological Classification of the Ancient Egyptian sḏm.n⸗f" in Lingua Aegyptia 16, p. 289.
- ^ Allen (2013:2) citing Jochem Kahl, Markus Bretschneider, Frühägyptisches Wörterbuch, Part 1 (2002), p. 229.
- ^ Allen (2013:2f.)
- ^ "Hieroglyph | writing character". Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 5 December 2018.
- ^ Loprieno 1995, m/s. 5.
- ^ "Hieroglif Mesir Terawal – Arkib Majalah Arkeologi".
- ^ Polotsky, H. J. (1944). Études de syntaxe copte. Cairo: Société d'Archéologie Copte.
- ^ Polotsky, H. J. (1965). Egyptian Tenses. 2. Israel Academy of Sciences and Humanities.
- ^ Loprieno 1995, m/s. 7.
- ^ Meyers, op. cit., p. 209.
- ^ Loprieno, op.cit., p.7
- ^ Meyers, op.cit., p. 209
- ^ Haspelmath, op.cit., p.1743
- ^ Bard, op.cit., p.275
- ^ Christidēs et al. op.cit., p.811
- ^ Allen 2020, m/s. 3.
Bibliografi
- Allen, James P. (2000). Middle Egyptian: An Introduction to the Language and Culture of Hieroglyphs. Cambridge University Press. ISBN 978-0-521-65312-1.
- Allen, James P. (2014). Middle Egyptian: An Introduction to the Language and Culture of Hieroglyphs, Third Edition. Cambridge University Press. ISBN 978-1-107-66328-2.
- Allen, James P. (2013). [[[:Templat:Google books URL]] The Ancient Egyptian Language: An Historical Study] Check
|url=
value (bantuan). Cambridge University Press. ISBN 978-1-107-66467-8. - Christidēs, Anastasios-Phoivos; Arapopoulou, Maria; Chritē, Maria (2007). A History of Ancient Greek: From the Beginnings to Late Antiquity. Cambridge University Press. ISBN 978-0-521-83307-3.
- Haspelmath, Martin (2001). Language Typology and Language Universals: An International Handbook. Walter de Gruyter. ISBN 3-11-017154-6.
- Bard, Kathryn A. (1999). Encyclopedia of the Archaeology of Ancient Egypt. Routledge. ISBN 0-415-18589-0.
- Callender, John B. (1975). Middle Egyptian. Undena Publications. ISBN 978-0-89003-006-6.
- Loprieno, Antonio (1995). Ancient Egyptian: A Linguistic Introduction. Cambridge: Cambridge University Press. ISBN 978-0-521-44384-5.
- Meyers, Eric M. (1997). The Oxford Encyclopedia of Archaeology in the Near East.
- Satzinger, Helmut (2008). "What happened to the voiced consonants of Egyptian?" (PDF). 2. Acts of the X International Congress of Egyptologists. m/s. 1537–1546. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2014-08-15.
- Schenkel, Wolfgang (1990). Einführung in die altägyptische Sprachwissenschaft. Darmstadt: Wissenschaftliche Buchgesellschaft.
- Schenkel, Wolfgang (2012). Tübinger Einführung in die klassisch-ägyptische Sprache und Schrift, 7th rev. ed. Tübingen: Pagina.
- Vycichl, Werner (1983). Dictionnaire Étymologique de la Langue Copte. Leuven. ISBN 9782-7247-0096-1.
- Vycichl, Werner (1990). La Vocalisation de la Langue Égyptienne. Cairo: IFAO. ISBN 9782-7247-0096-1.
- Takács, Gábor (2011). "Semitic-Egyptian Relations". Dalam Weninger, Stefan (penyunting). The Semitic Languages: An International Handbook. de Gruyter Mouton.
- Allen, James P. (2020). [[[:Templat:Google books URL]] Ancient Egyptian Phonology] Check
|url=
value (bantuan). Cambridge University Press. doi:10.1017/9781108751827. ISBN 978-1-108-48555-5. S2CID 216256704. - Rubin, Aaron D. (2013). "Egyptian and Hebrew". Dalam Khan, Geoffrey; Bolozky, Shmuel; Fassberg, Steven; Rendsburg, Gary A.; Rubin, Aaron D.; Schwarzwald, Ora R.; Zewi, Tamar (penyunting). Encyclopedia of Hebrew Language and Linguistics. Leiden and Boston: Brill Publishers. doi:10.1163/2212-4241_ehll_EHLL_COM_00000721. ISBN 978-90-04-17642-3.
- Mattessich, Richard (2002). "The oldest writings, and inventory tags of Egypt". Accounting Historians Journal. 29 (1): 195–208. doi:10.2308/0148-4184.29.1.195. JSTOR 40698264. S2CID 160704269. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 December 2019.
Kepustakaan
Ringkasan
- Allen, James P., The Ancient Egyptian Language: An Historical Study, Cambridge University Press, 2013. ISBN 978-1-107-03246-0 (kulit keras), ISBN 978-1-107-66467-8 (kulit lembut).
- Loprieno, Antonio, Ancient Egyptian: A Linguistic Introduction, Cambridge University Press, 1995. ISBN 0-521-44384-9 (kulit keras), ISBN 0-521-44849-2 (kulit lembut).
- Peust, Carsten (1999). Egyptian Phonology: An Introduction to the Phonology of a Dead Language. Peust & Gutschmidt. doi:10.11588/diglit.1167. ISBN 3-933043-02-6.
- Vergote, Jozef, "Problèmes de la «Nominalbildung» en égyptien", Chronique d'Égypte 51 (1976), hlm. 261–285.
- Vycichl, Werner, La Vocalisation de la Langue Égyptienne, IFAO, Kaherah, 1990. ISBN 9782-7247-0096-1.
Tatabahasa
- Allen, James P., Middle Egyptian: An Introduction to the Language and Culture of Hieroglyphs, edisi pertama, Cambridge University Press, 1999. ISBN 0-521-65312-6 (kulit keras) ISBN 0-521-77483-7 (kulit lembut).
- Beylage, Peter, Middle Egyptian, Eisenbrauns, 2018. ISBN 978-1575069777
- Borghouts, Joris F., Egyptian: An Introduction to the Writing and Language of the Middle Kingdom, 2 jilid, Peeters, 2010. ISBN 978-9-042-92294-5 (kulit lembut).
- J. Cerny, S. Israelit-Groll, C. Eyre, A Late Egyptian Grammar, edisi ke-4 terkini - Biblical Institute; Rom, 1984
- Collier, Mark, dan Manley, Bill, How to Read Egyptian Hieroglyphs: A Step-by-Step Guide to Teach Yourself, British Museum Press (ISBN 0-7141-1910-5) dan University of California Press (ISBN 0-520-21597-4), kedua-duanya 1998.
- Gardiner, Sir Alan H., Egyptian Grammar: Being an Introduction to the Study of Hieroglyphs, Griffith Institute, Oxford, edisi ke-3 1957. ISBN 0-900416-35-1.
- Hoch, James E., Middle Egyptian Grammar, Benben Publications, Mississauga, 1997. ISBN 0-920168-12-4.
- Junge, Friedrich, Late Egyptian Grammar: An Introduction, Griffith Institute, Oxford, 2005. ISBN 0-900416-858
- Selden, Daniel L., Hieroglyphic Egyptian: An Introduction to the Language and Literature of the Middle Kingdom, University of California Press, 2013. ISBN 978-0-520-27546-1 (kulit keras).
Kamus
- Erman, Adolf; Grapow, Hermann (1926–1961). Wörterbuch der ägyptischen Sprache [Kamus Bahasa Mesir] (dalam bahasa Jerman). Berlin: Akademie-Verlag. ISBN 978-3-05-002264-2.
- Faulkner, Raymond O., A Concise Dictionary of Middle Egyptian, Griffith Institute, Oxford, 1962. ISBN 0-900416-32-7 (kulit keras).
- Lesko, Leonard H., A Dictionary of Late Egyptian, edisi ke-2, 2 jilid, B. C. Scribe Publications, Providence, 2002 dan 2004. ISBN 0-930548-14-0 (jil.1), ISBN 0-930548-15-9 (jil. 2).
- Shennum, David, English-Egyptian Index of Faulkner's Concise Dictionary of Middle Egyptian, Undena Publications, 1977. ISBN 0-89003-054-5.
- Bonnamy, Yvonne dan Sadek, Ashraf-Alexandre, Dictionnaire des hiéroglyphes: Hiéroglyphes-Français, Actes Sud, Arles, 2010. ISBN 978-2-7427-8922-1.
- Vycichl, Werner, Dictionnaire Étymologique de la Langue Copte, Peeters, Leuven, 1984. ISBN 2-8017-0197-1.
- de Vartavan, Christian [fr], Vocalised Dictionary of Ancient Egyptian (Open Access), Projectis Publishing, London, 2022. ISBN 978-1-913984-16-8. [Muat turun PDF percuma: https://www.academia.edu/101048552/Vocalised_Dictionary_of_Ancient_Egyptian_Open_Access_]
Kamus dalam talian
- The Beinlich Wordlist, kamus dalam talian perkataan Mesir purba yang boleh dicari (terjemahan dalam bahasa Jerman).
- (Inggeris) Thesaurus Linguae Aegyptiae, perkhidmatan dalam talian yang tersedia dari Oktober 2004 yang berkaitan dengan pelbagai projek Egiptologi Jerman, termasuk Altägyptisches Wörterbuch. Diarkibkan 14 Disember 2020 di Wayback Machine Berlin-Brandenburgische Akademie der Wissenschaften (Berlin-Brandenburg Academy of Sciences and Humanities, Berlin, Jerman).
- (Inggeris) The Pronunciation of Ancient Egyptian oleh Kelley L. Ross
- (Inggeris)Mark Vygus Dictionary 2018, kamus perkataan Mesir purba yang boleh dicari, disusun mengikut glif.
Nota Penting: Tatabahasa dan kamus lama E. A. Wallis Budge telah lama dianggap lapuk oleh ahli Egiptologi, walaupun buku-buku ini masih boleh dibeli.
Maklumat buku lanjut terdapat di Glyphs and Grammars.
Pautan Luar
![]() |
Cari Kategori:Istilah Inggeris berasal dari Mesir dalam Wikikamus bahasa Melayu, kamus bebas. |
![]() |
Gedung Bahasa Mesir dari Wikisumber |
- Thesaurus Linguae Aegyptiae: Kamus bahasa Mesir
- The Egyptian connection: Bahasa Mesir dan bahasa Semitik oleh Helmut Satzinger
- Ancient Egyptian dalam wiki Glossing Ancient Languages (cadangan untuk Glos Morfemik Interlinear teks Mesir purba)
Ralat petik: Tag <ref>
wujud untuk kumpulan bernama "nota", tetapi tiada tag <references group="nota"/>
yang berpadanan disertakan
- Laman yang menggunakan sambungan WikiHiero
- Bahasa dengan kod ISO 639-2 code
- Rencana bahasa dengan tarikh kepupusan yang tidak dirujuk
- Rencana bahasa tidak mempunyai kod Glottolog
- Rencana bahasa dengan medan kotak info yang tidak disokong
- Semua rencana dengan kenyataan tidak bersumber dari August 2020
- Bahasa Mesir Purba
- Bahasa yang dibuktikan wujud dari abad ke-27 SM
- Bahasa-bahasa Afrika yang pupus
- Bahasa-bahasa kata kerja–subjek–objek
- Bahasa Afroasiatik
- Mesir Purba