|
PORTAL MESIR PURBA
Kandungan pilihan tentang Mesir Purba
Kemuncak kuasa Mesir purba dicapai semasa Kerajaan Baru, yang meluaskan pemerintahannya ke sebahagian besar Nubia dan sebahagian besar Levant. Selepas tempoh ini, Mesir perlahan-lahan memasuki era kemerosotan. Sepanjang sejarahnya, ia telah diserang atau ditakluki oleh beberapa tamadun asing, termasuk Hyksos, Kush, Assyria, Parsi, dan yang paling ketara, Yunani dan kemudian Rom. Persoalan bila Mesir purba tamat tidak disepakati: sama ada dengan berakhirnya Zaman Akhir semasa Perang Alexander Agung pada 332 SM atau dengan berakhirnya Kerajaan Ptolemaik yang diperintah Yunani semasa Rom menakluk Mesir pada 30 SM.[3] Pada 642 M, penaklukan Mesir oleh Arab menamatkan tempoh seribu tahun Zaman Yunani-Rom di rantau ini. Kejayaan tamadun Mesir purba sebahagiannya datang daripada keupayaannya untuk menyesuaikan diri dengan keadaan Sungai Nil untuk pertanian. Banjir Nil yang boleh diramal dan pengairan terkawal di lembah suburnya menghasilkan hasil tanaman yang begitu banyak. Ia menyokong populasi yang lebih padat, seterusnya pembangunan sosial dan budaya yang ketara. Dengan sumber yang mencukupi, pentadbiran pun menaja pelombongan mineral-mineral di lembah dan kawasan gurun sekitarnya, pembangunan awal sistem penulisan sendiri, organisasi projek pembinaan dan pertanian kolektif, perdagangan dengan tamadun lain, dan tentera untuk menegaskan dominasi Mesir di seluruh Timur Dekat. Yang memotivasikan dan mengatur aktiviti-aktiviti ini ialah birokrasi jurutulis-jurutulis elit, ketua-ketua agama, dan pentadbir di bawah kawalan firaun yang memerintah, yang memastikan kerjasama dan perpaduan rakyat Mesir dalam konteks sistem kepercayaan agama yang rumit.[4] Antara banyak pencapaian Mesir purba ialah: teknik-teknik kuari, ukur, dan pembinaan yang menyokong pembinaan piramid, kuil, dan obelisk yang besar; sistem matematik; sistem perubatan praktikal dan berkesan; sistem pengairan dan teknik pengeluaran pertanian; kapal papan pertama yang diketahui;[5] faience Mesir dan teknologi kaca; bentuk baharu kesusasteraan; dan perjanjian damai terawal yang diketahui, yang diratifikasikan dengan Empayar Het yang berpusat di Anatolia.[6] Kesenian dan seni binanya banyak ditiru dan barangan antikuitinya dibawa untuk dikaji, dikagumi, atau direbutkan di seluruh pelosok dunia. Begitu juga, runtuhan monumen-monumennya menginspirasikan imaginasi pelancong dan penulis selama ribuan tahun. Rasa hormat baharu Eropah dan Mesir terhadap barangan purba dan penggalian yang bermula dengan serius pada zaman moden awal telah membawa kepada banyak penyiasatan saintifik tentang Mesir purba dan masyarakatnya, serta penghargaan yang lebih besar terhadap warisan budayanya.[7] [{{fullurl:{{{2}}}|action=edit}} sunting]
Rencana pilihan -Kuil Mesir dibina untuk penyembahan rasmi dewa-dewi dan memperingati firaun-firaun di Mesir purba serta wilayah-wilayah di bawah kawalan Mesir. Kuil dianggap sebagai rumah dewa-dewi atau raja yang didedikasikan. Di dalamnya, orang Mesir melaksanakan pemujaan utama agama Mesir: memberikan persembahan kepada dewa-dewi, melakonkan mitologi mereka dalam perayaan, dan menangkis kuasa-kuasa kekacauan. Ritual-ritual ini dianggap perlu agar dewa-dewi terus menegakkan maat, ketertiban alam semesta. Menjaga dewa-dewi adalah kewajipan firaun, yang memperuntukkan banyak sumber untuk pembinaan dan penyelenggaraan kuil. Firaun melimpahkan sebahagian besar tugas-tugas ritual mereka kepada para kahin, tetapi kebanyakan rakyat dikecualikan daripada penyertaan langsung dalam upacara dan dilarang memasuki kawasan paling suci kuil. Namun begitu, kuil merupakan tapak keagamaan penting bagi semua lapisan masyarakat Mesir, yang datang ke sana untuk berdoa, memberikan persembahan, dan mendapatkan bimbingan takahun. Bahagian paling penting kuil ialah ruang suci, yang biasanya mengandungi imej dewa kultus mereka. Bilik-bilik di luar ruang suci semakin lama semakin besar dan rumit, sehingga kuil berkembang daripada kuil kecil pada akhir Mesir Prasejarah (akhir alaf keempat SM) kepada bangunan batu besar pada Kerajaan Baru (sekitar 1550–1070 SM) dan berikutnya. Bangunan-bangunan ini merupakan antara contoh terbesar dan paling tahan lama seni bina Mesir purba, dengan elemen-elemennya disusun dan dihiasi mengikut simbolisme keagamaan yang kompleks. Susun atur tipikalnya terdiri daripada dewan-dewan tertutup, halaman terbuka, dan pintu gerbang tonggak pedaka yang sejajar dengan laluan yang digunakan untuk perarakan perayaan. Di luar kuil terdapat tembok luar yang mengelilingi bangunan-bangunan sekunder. (Rencana penuh...)Gambar pilihanHalaman "Gerbang:Mesir Purba/Gambar pilihan/8" tidak wujud. Tahukah anda...
Berita5hb September 2018. Rock-cut Tomb discovered in a 4,000-year-old Elite Cemetery Ogos 2018: di makam datuk bandar Memphis Ptahmose yang bertarikh sekitar 1300 SM ditemui keju yang dipelihara dengan baik, berusia lebih daripada 3000 tahun. [1] [{{fullurl:{{{2}}}|action=edit}} sunting]
Biografi pilihan -
Neferirkare Kakai (dikenali dalam Yunani sebagai Nefercherês, Νεφερχέρης) merupakan seorang firaun Mesir kuno, raja ketiga Dinasti Kelima. Neferirkare merupakan putera sulung kepada Sahure dengan pasangannya Meretnebty dikenali sebagai Ranefer A sebelum baginda menaiki takhta. Baginda naik takhta sehari selepas kemangkatan paduka ayahanda baginda dan memerintah selama lapan hingga sebelas tahun, pada awal hingga pertengahan abas ke-25 SM. Baginda sendiri besar kemungkinan diganti oleh putera sulung baginda, diputerakan daripada permaisuri baginda Khentkaus II, putera Ranefer B yang akan naik takhta sebagai raja Neferefre. Neferirkare menjadi ayahanda kepada firaun yang lain, Nyuserre Ini yang naik takhta selepas pemerintahan pendek Neferefre dan pemerintahan singkat Shepseskare yang kurang dikenali. (Rencana penuh...)
[{{fullurl:{{{2}}}|action=edit}} sunting]
Imej umumBerikut ialah imej daripada pelbagai rencana berkaitan Mesir Purba di Wikipedia.
Portal berkaitanWikiProjekTopik utama
Firaun yang terkenal
Pakar kaji Mesir KategoriKandungan diiktirafPengguna:JL-Bot/Project content Rencana pilihan
Senarai pilihanRencana baik
Tahukah anda?
Gambar pilihan
Rencana dalam beritaRencana utama laman utama
Senarai utama laman utamaGambar hari ini
Perkara untuk dilakukanWikimediaSumber
Portal
|






















