Ho Chi Yang | |
|---|---|
何子扬 | |
| Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang bagi Tanah Rata | |
| Menyandang jawatan 19 November 2022 | |
| Didahului oleh | Chiong Yoke Kong (PH–DAP) |
| Majoriti | 2,484 (2022) |
| Setiausaha Publisiti Belia Parti Tindakan Demokratik | |
| Menyandang jawatan 17 November 2024 | |
| Setiausaha Agung | Anthony Loke Siew Fook |
| Ketua Pemuda | Woo Kah Leong |
| Penolong | Pang Sock Tao Nursyaheera Abdul Ghafar |
| Didahului oleh | Woo Kah Leong |
| Ketua Pemuda Parti Tindakan Demokratik Negeri Pahang | |
| Menyandang jawatan 6 Oktober 2024 | |
| Setiausaha Agung | Anthony Loke Siew Fook |
| Pengerusi Negeri | Lee Chin Chen |
| Pengarah Belia Hal Ehwal Varsiti Parti Tindakan Demokratik | |
| Dalam jawatan 19 Mac 2022 – 17 November 2024 | |
| Setiausaha Agung | Lim Guan Eng (19–20 Mac 2022) Anthony Loke Siew Fook (2022–2024) |
| Ketua Pemuda | Kelvin Yii Lee Wuen |
| Didahului oleh | Leong Yu Sheng |
| Digantikan oleh | Koh Ling Xian |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Ho Chi Yang 3 Ogos 1995 |
| Kerakyatan | |
| Parti politik | Parti Tindakan Demokratik (DAP) |
| Gabungan politik lain | Pakatan Harapan (PH) |
| Pertalian | Bapa Sepupu: Dato' Indera Jeneral Hoh Khai Mun |
| Pekerjaan | Ahli politik |
Ho Chi Yang | |||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Nama Bahasa Cina | |||||||
| Tulisan Cina Tradisional | 何子揚 | ||||||
| Tulisan Cina Ringkas | 何子扬 | ||||||
| |||||||
Ho Chi Yang (Cina ringkas: 何子扬; Cina tradisional: 何子揚; pinyin: Hé Zǐyáng; lahir 3 Ogos 1995) ialah seorang ahli politik Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pahang bagi kawasan Tanah Rata sejak November 2022. Beliau merupakan ahli Parti Tindakan Demokratik (DAP), sebuah parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH). Beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Publisiti Belia DAP sejak November 2024 dan Ketua Belia Negeri DAP Pahang sejak Oktober 2024. Sebelum itu, beliau pernah memegang jawatan sebagai Pengarah Hal Ehwal Varsiti Belia DAP dari Mac 2022 sehingga kenaikan pangkatnya sebagai Setiausaha Publisiti Belia pada November 2024. Beliau kini merupakan wakil rakyat DAP termuda yang dipilih pada usia 30 tahun, 143 hari.[1][2]
Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang (sejak 2022)
Dalam Pilihan raya negeri Pahang 2022, Ho telah membuat penampilan sulungnya dalam pilihan raya apabila dicalonkan oleh Pakatan Harapan (PH) untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanah Rata. Ho memenangi kerusi tersebut dan telah dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanah Rata selepas menewaskan Wong Yap Wah dari Barisan Nasional (BN) dan Lai Chii Wen dari Perikatan Nasional (PN) dengan majoriti sebanyak 2,484 undi.
Ahli Keluarga
- Bapa Sepupu: Dato'Indera Jeneral Hoh Khai Mun - Mantan Ahli EXCO Negeri Pahang, Mantan Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, mantan pengerusi MCA Negeri Pahang, mantan ketua MCA Bahagian Bentong, Jeneral Tentera Darat Malaysia
Keputusan pilihan raya
| Tahun | Kawasan pilihan raya | Calon | Undi | Peratus | Lawan | Undi | Peratus | Undi sah | Majoriti | Hasil | ||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 2022 | N01 Tanah Rata | Ho Chi Yang (DAP) | 9,856 | 53.04% | Wong Yap Wah (MCA) | 7,372 | 39.67% | 18,581 | 2,484 | 70.99% | ||
| Lai Chii Wen (GERAKAN) | 1,353 | 7.28% | ||||||||||
Rujukan
- ^ "YB Tuan Ho Chi Yang". Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur. Dicapai pada 17 November 2024.
- ^ "Ketua DAPSY Pahang Baharu Ho Chi Yang Terus Berjuang Mempertahankan Kepelbagaian Budaya dan Bahasa". DAP Malaysia. 8 Oktober 2024. Dicapai pada 17 November 2024.








