Butterworth
| |
---|---|
Bandaraya | |
![]() | |
Koordinat: 5°23′38.4354″N 100°21′59.1372″E / 5.394009833°N 100.366427000°E | |
Negara | ![]() |
Negeri | ![]() |
Daerah | Seberang Perai Utara |
Pentadbiran | |
• Kerajaan Tempatan | Majlis Bandaraya Seberang Perai |
• Yang di-Pertua | Rozali Mohamud |
Aras | 8 m (26 ft) |
Penduduk (2010[1]) | |
• Jumlah | 71,643 |
Zon waktu | [[UTC+8
![]() |
Poskod | 120xx ke 134xx |
Nombor telefon | +604 |
Laman sesawang | mbsp |
Butterworth ialah pusat bandar bagi kawasan Seberang Perai di negeri Pulau Pinang, Malaysia. Ia terletak kira-kira 3 km (1.9 bt) ke timur George Town, ibu negeri Pulau Pinang, yang dipisahkan oleh Selat Pulau Pinang.[2] Setakat 2020[kemas kini], Butterworth mempunyai jumlah penduduk seramai 80,378 orang.[3]
Butterworth dinamakan sempena William John Butterworth, bekas Gabenor Negeri-Negeri Selat pada pertengahan abad ke-19. Semasa zaman British Raj, bandar ini berkembang sebagai hab pengangkutan utama disebabkan jaraknya yang dekat dengan George Town. Walaupun Syarikat Hindia Timur British pada asalnya memperoleh Seberang Perai (ketika itu dikenali sebagai Province Wellesley) untuk tujuan pertanian, Butterworth turut mengalami perindustrian pesat menjelang separuh akhir abad ke-20.[4][5] Pada tahun 1974, Pelabuhan Pulau Pinang telah dipindahkan ke bandar ini.[6]
Perkhidmatan Feri Pulau Pinang menyediakan sambungan terus antara Butterworth dan George Town. Sehingga tahun setakat 2017[kemas kini], Pelabuhan Pulau Pinang mengendalikan sebanyak 1.52 juta TEU kargo, menjadikannya antara pelabuhan tersibuk di Malaysia.[7] Selain itu, Stesen kereta api Butterworth, yang terletak bersebelahan dengan Terminal Feri Sultan Abdul Halim, merupakan stesen utama Keretapi Tanah Melayu, dengan perkhidmatan kereta api yang dikendalikan oleh KTMB dan juga Kereta Api Negera Thailand.
Asal usul nama
Bandar Butterworth dinamakan sempena William John Butterworth, yang merupakan Gabenor Negeri-Negeri Selat dari tahun 1843 hingga 1855.[8]
Sejarah
Gabungan Sejarah | Tempoh |
---|---|
![]() |
1831–1857 |
![]() |
1857–1867 |
![]() |
1831–1941; 1945–1946 |
![]() |
1941–1945 |
![]() |
1946–1948 |
![]() |
1948–1963 |
![]() |
1963–kini |
Sebuah perkampungan nelayan yang dikenali sebagai Bagan telah wujud sebelum kawasan ini diambil alih oleh Syarikat Hindia Timur British.[9] Bandar Butterworth hanya mula terbentuk semasa zaman British Raj, dan dinamakan sempena William John Butterworth, Gabenor Negeri-Negeri Selat ketika itu.[8][9]
Butterworth dibangunkan sebagai kawasan pelengkap kepada George Town yang merupakan pelabuhan utama di Pulau Pinang, terletak merentasi Selat Pulau Pinang.[9] Dalam zaman pemerintahan British, Butterworth berkembang menjadi hab pengangkutan utama. Penumpang dan barang dagangan diangkut merentasi selat dengan menggunakan sampan, dan pada tahun 1894, perkhidmatan feri rentas selat pertama telah diperkenalkan.[10] Menjelang tahun 1900, landasan kereta api yang merentasi Tanah Melayu British telah diperluas hingga ke Butterworth.[11][12] Ini membolehkan bijih timah diangkut dengan lebih efisien ke Butterworth sebelum dihantar ke George Town untuk dilebur dan dieksport.[13]
Seperti seluruh kawasan Pulau Pinang, Butterworth telah diduduki oleh Empayar Jepun dari Disember 1941 hingga September 1945. Dalam hari-hari awal Kempen Malaya, pasukan Tentera Udara Diraja dan Tentera Udara Diraja Australia yang ditempatkan di RAF Butterworth mengalami kekalahan besar akibat serangan udara Jepun. Menjelang 15 Disember, pasukan Bersekutu telah berundur, manakala pangkalan udara Butterworth dirampas oleh Tentera Darat Jepun ke-25 pada 20 Disember.[14]
Selepas kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 1957, kerajaan negeri Pulau Pinang yang dipimpin oleh Wong Pow Nee melalui Parti Perikatan memulakan dasar perindustrian, dengan membangunkan Mak Mandin sebagai kawasan perindustrian pertama di Pulau Pinang pada tahun 1961.[15][16] Pada tahun 1974, Pelabuhan Pulau Pinang telah dipindahkan dari George Town ke Butterworth, yang secara langsung merancakkan ekonomi bandar tersebut.[6]
Majlis Bandaran Butterworth telah ditubuhkan pada tahun 1953,[17] namun digabungkan dengan Majlis Daerah Luar Bandar Seberang Perai Utara pada tahun 1962. Semua majlis tempatan di Seberang Perai kemudiannya digabung dan dinaik taraf menjadi Majlis Perbandaran Seberang Perai pada tahun 1976.
Menjelang akhir abad ke-20, Butterworth mengalami kemerosotan. Pentadbiran kerajaan dan kemudahan utama seperti pejabat daerah, ibu pejabat polis, dan hospital kerajaan telah dipindahkan keluar dari bandar ini.[13][17] Apabila Majlis Perbandaran Seberang Perai dipindahkan ke Bukit Mertajam pada tahun 2006, infrastruktur Butterworth telah merosot dengan ketara. Pada tahun 1988, runtuhan jambatan terminal feri Sultan Abdul Halim telah menyebabkan 32 orang maut, manakala pada tahun 2001, kebakaran memusnahkan stesen bas tiga tingkat berhampiran terminal feri.
Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, pelbagai usaha sedang dijalankan untuk memulihkan semula Butterworth. Antara projek infrastruktur utama ialah Penang Sentral, yang dijangka menjadi hab pengangkutan utama negeri dan wilayah utara Malaysia. Usaha untuk memperkasakan seni dan budaya tempatan juga sedang giat dijalankan melalui kerjasama awam-swasta.[6][18]
Geografi
Butterworth terletak di hujung paling selatan Daerah Seberang Perai Utara, antara Sungai Perai di selatan dan Selat Pulau Pinang di sebelah barat. Sungai Perai membentuk sempadan semula jadi antara Butterworth dan kawasan kejiranan bersebelahan iaitu Perai, yang terletak di tebing selatan sungai. Kedua-dua kawasan ini dihubungkan melalui Jambatan Sungai Perai, yang merentasi sungai tersebut. Butterworth meliputi keluasan kawasan seluas 14.6 km2 (5.6 bt2), dan merangkumi kawasan kejiranan seperti Bagan Ajam, Bagan Dalam, Bagan Jermal dan Bagan Luar.[1][19]
Demografi
Setakat 2020[kemas kini], Butterworth mempunyai jumlah penduduk seramai 80,378 orang, menjadikan kepadatan penduduknya sekitar 5,505/km2 (14,260/sq mi).[20] Kaum Cina Pulau Pinang membentuk lebih separuh daripada jumlah penduduk di pusat bandar ini, manakala kaum Melayu merangkumi 24%. Kaum India pula membentuk lebih 14% daripada jumlah penduduk, diikuti oleh warga asing yang hampir mencecah 10%.
Ekonomi

Ekonomi Butterworth dipacu terutamanya oleh sektor perindustrian dan perdagangan maritim melalui Pelabuhan Pulau Pinang. Kawasan Perindustrian Mak Mandin merupakan nadi kepada sektor pembuatan di Butterworth, dan menempatkan beberapa syarikat tempatan utama seperti Federal Oats Mills, Fujikura Federal Cables, dan Zenman Industries.[21][22][23]
Selain itu, Butterworth juga mempunyai industri keluli dan bijih timah yang aktif.[24] Industri keluli merangkumi fabrikasi logam dan perniagaan kecil seperti alat ganti automotif serta besi buruk.[25] Dalam sektor bijih timah pula, Butterworth menempatkan Malaysia Smelting Corporation, pembekal timah kedua terbesar di dunia dan anak syarikat kepada Straits Trading Company yang tersenarai di Bursa Saham Singapura.[26]
Sementara itu, Pelabuhan Pulau Pinang merupakan pelabuhan ketiga tersibuk di Malaysia, mengendalikan sebanyak 1.52 juta TEU kontena pada tahun 2017.[7] Lokasi strategik pelabuhan ini membolehkannya berfungsi bukan sahaja untuk utara Malaysia, tetapi juga selatan Thailand.
Pengangkutan
Butterworth merupakan hab pengangkutan utama di dalam Pulau Pinang, berikutan lokasinya yang bersebelahan dengan Selat Pulau Pinang dan kedekatannya dengan George Town di Pulau Pinang.
Laut

Pada tahun 1974, Pelabuhan Pulau Pinang memindahkan operasi kargo dan kontenanya dari George Town di Pulau Pinang ke Butterworth.[6] Kini menjadi pelabuhan terpenting di utara Malaysia, Pelabuhan Pulau Pinang mengendalikan empat kemudahan utama di Butterworth:[27]

Feri Pulau Pinang merupakan perkhidmatan ulang-alik yang menghubungkan Butterworth dengan George Town. Perkhidmatan feri tertua di Malaysia ini bermula pada tahun 1894, dan sehingga kini masih menjadi mod pengangkutan yang mudah merentasi Selat Pulau Pinang untuk penduduk Butterworth.[10] Kini, enam buah feri beroperasi setiap hari antara Terminal Feri Sultan Abdul Halim di Butterworth dan George Town.[28]
Darat


Stesen keretapi Butterworth merupakan salah satu stesen utama dalam rangkaian Keretapi Tanah Melayu (KTM) di sepanjang Laluan Pantai Barat KTM. Oleh itu, perkhidmatan KTM yang kerap tersedia ke bandar-bandar lain di sebelah barat Semenanjung Malaysia seperti Ipoh, Kuala Lumpur, Melaka dan Johor Bahru, serta ke Woodlands di utara Singapura. Di samping itu, stesen ini juga merupakan terminal bagi State Railway of Thailand melalui Padang Besar dan perkhidmatan Ekspres Antarabangsa dari Bangkok. Stesen ini juga menjadi hentian utama bagi perkhidmatan Eastern and Oriental Express yang menghubungkan Bangkok dan Singapura.
Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, projek Penang Sentral sedang dilaksanakan bersebelahan stesen keretapi Butterworth dan Terminal Feri Sultan Abdul Halim. Diilhamkan sebagai hab pengangkutan utama untuk negeri Pulau Pinang setara dengan Stesen Sentral Kuala Lumpur, Penang Sentral dijangka menjadi terminal bagi perkhidmatan bas awam dan bas antara bandar.[29]
Perkhidmatan bas awam disediakan oleh dua syarikat iaitu Rapid Penang dan Cityliner. Memandangkan Butterworth merupakan hab utama, kebanyakan laluan Rapid Penang bermula dan berakhir di sini. Laluan bas Rapid Penang 601, 602, 603, 604, 605, 608, 701, 702, 703, 709 dan 801 menghubungkan Butterworth dengan bandar-bandar lain dalam Seberang Perai, termasuk Perai, Bukit Mertajam, Kepala Batas dan Nibong Tebal. Laluan Intercity pula menghubungkan Butterworth dengan Sungai Petani di Kedah dan Parit Buntar di Perak.[30] Cityliner pula mengendalikan enam laluan tambahan yang menghubungkan Butterworth dengan destinasi di Seberang Perai, Kedah dan Perak.[31]
Sementara itu, Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) telah siap pada tahun 2005 bagi mengurangkan kesesakan di sepanjang Lebuhraya Utara–Selatan di sebelah timur bandar, serta mempercepat aliran trafik dalam Butterworth itu sendiri. BORR juga merangkumi Jambatan Sungai Prai, sebuah jambatan kabel yang menghubungkan Butterworth dan Perai di selatan. Satu lagi lebuh raya utama ialah Lebuhraya Butterworth–Kulim, sebuah lebuh raya antara negeri yang menghubungkan Butterworth dengan daerah Kulim di Kedah.
Pendidikan
Butterworth mempunyai sebanyak 20 buah sekolah rendah, sembilan sekolah menengah, sebuah Kolej vokasional yang dikendalikan kerajaan dan tiga institusi pengajian tinggi swasta.
Sekolah rendah
Sekolah menengah
|
|
Kolej vokasional
- Kolej Vokasional Butterworth[59]
Kolej swasta
Penjagaan kesihatan
Butterworth mempunyai sebuah hospital swasta - Pusat Pakar Bagan. Ditubuhkan pada tahun 1988, hospital dengan 150 katil ini turut mempunyai sembilan bilik pembedahan dan menawarkan rawatan termasuk ortopedik dan endokrinologi.[62][63]
Tarikan pelancong

Kuil Tow Boo Kong ialah sebuah kuil Tao yang didedikasikan kepada dewa utama Tao, Doumu dan Sembilan Maharaja Dewa.[64][65] Dibina secara berperingkat dari tahun 1970-an hingga 2009, kuil di Jalan Raja Uda ini kini menjadi tumpuan utama bagi sambutan besar-besaran Perayaan Sembilan Maharaja Dewa, yang disambut setiap tahun pada hari kesembilan bulan kesembilan dalam kalendar Cina.[64]
Kuil Sree Maha Mariamman Devasthanam, yang terletak di Bagan Luar, merupakan kuil Hindu tertua di Butterworth.[66] Ditubuhkan pada tahun 1853, kuil ini didedikasikan kepada dewi Hindu, Mariamman, dewi hujan.[9] Menurut legenda tempatan, kuil ini dibina selepas satu patung Mariamman ditemui di tepi laut.[9]
Sebagai sebahagian daripada usaha untuk menghidupkan semula Butterworth, beberapa lorong dalam pusat bandar telah dihiasi dengan mural dinding, yang menyerupai seni jalanan di George Town.[18] Selain itu, Festival Pinggiran Butterworth (Butterworth Fringe Festival), yang diperkenalkan pada tahun 2015 sebagai acara sampingan kepada Festival George Town, merupakan festival seni tahunan yang diadakan di pusat bandar setiap bulan Ogos.[6][67]
Ketenteraan

Sebuah lapangan terbang tentera Tentera Udara Diraja Malaysia – TUDM Butterworth – terletak di utara kawasan utama Butterworth. Ia telah disiapkan oleh British pada tahun 1941, tidak lama sebelum pencerobohan Jepun ke atas Tanah Melayu. Lapangan terbang ini digunakan oleh skuadron Tentera Udara Diraja dan Tentera Udara Diraja Australia yang ditugaskan untuk mempertahankan ruang udara Pulau Pinang. Namun begitu, Jepun segera menguasai ruang udara dan telah mengebom serta merosakkan lapangan terbang Butterworth. Stesen tersebut kemudiannya ditawan oleh Tentera Darat Ke-25 Jepun pada 20 Disember 1941.[68]
Pada era pasca-perang, lapangan terbang Butterworth digunakan oleh Tentera Udara Diraja British dan seterusnya oleh Tentera Udara Diraja Australia bagi memerangi ancaman komunis di Tanah Melayu ketika itu. Skuadron Australia yang berpangkalan di Butterworth turut terlibat dalam Konfrontasi Indonesia–Malaysia pada tahun 1960-an.
Pada tahun 1988, lapangan terbang Butterworth telah diserahkan kepada Tentera Udara Diraja Malaysia. Kini dikenali sebagai TUDM Butterworth, pangkalan ini menempatkan ibu pejabat Sistem Pertahanan Kawasan Bersepadu (IADS) yang merangkumi Malaysia dan Singapura di bawah Perjanjian Pertahanan Lima Negara.[69][70]
Rujukan
- ^ a b "Key Summary Statistics For Local Authority Areas, Malaysia 2010" (PDF). Department of Statistics, Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 5 February 2015. Dicapai pada 19 April 2012. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) Ralat petik: Tag<ref>
tidak sah, nama "stats" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ "Background". spu.penang.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Julai 2018. Dicapai pada 2017-02-06.
- ^ "Mukim > Bandar Butterworth". Jabatan Perangkaan Malaysia. Dicapai pada 27 Jan 2024.
- ^ Haji Salleh, Muhammad (2015). Early History of Penang. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia. ISBN 9789838616577.
- ^ "ButterworthGuide.com". butterworthguide.com.my (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Februari 2017. Dicapai pada 2017-02-07.CS1 maint: unfit URL (link)
- ^ a b c d e Joshua Woo (September 2016). "The Mainland Awakens". Penang Monthly. Dicapai pada 18 Mac 2018.
- ^ a b Chong, Kah Yuan (26 Februari 2018). "Penang Port allocates RM186mil capex for two years". The Star.
- ^ a b "Butterworth | Malaysia". Encyclopedia Britannica (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-03-17.
- ^ a b c d e Opalyn Mok (1 Oktober 2017). "Take a walk around old Butterworth to discover the town's heritage". Malay Mail.
- ^ a b Cheah, Jin Seng (2013). Penang: 500 Early Postcards. Editions Didier Millet. ISBN 9789671061718.
- ^ Lees, Lynn Hollen (2017). Planting Empire, Cultivating Subjects. Cambridge: Cambridge University Press. ISBN 9781107038400.
- ^ Singapore, National Library Board. "Railway in Singapore | Infopedia". eresources.nlb.gov.sg. Dicapai pada 2018-03-17.
- ^ a b Jonathan Lim (September 2016). "Glimpses of Butterworth". Penang Monthly. Dicapai pada 2018-03-17.
- ^ Barber, Andrew (2010). Penang At War: A History of Penang During and Between the First and Second World Wars 1914-1945. AB&B.
- ^ "Butterworth remains the Ugly Duckling". Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Oktober 2012.
- ^ "U 01. Jalan Raja Uda". butterworthguide.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Mac 2018.CS1 maint: unfit URL (link)
- ^ a b Goh, Ban Lee (Jun 2010). "Butterworth remains the Ugly Duckling". Penang Monthly. Dicapai pada 17 Mac 2018.
- ^ a b Opalyn Mok (2 Februari 2017). "A Butterworth art scene? It's already here". Malay Mail.
- ^ "Pelan Blok Perancangan RTD Seberang Perai Utara". Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Pulau Pinang. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Ogos 2021. Dicapai pada 17 Mac 2018.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamamukimcensus
- ^ "Federal Oats Mills menaja RM30,000 dalam bentuk wang tunai dan barangan untuk Ipoh Starwalk - Metro News | The Star Online". www.thestar.com.my. Dicapai pada 2018-03-18.
- ^ "Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM)". fmm.org.my. Dicapai pada 2018-03-18.
- ^ "Invest Penang - Direktori". www.investpenang.gov.my. Dicapai pada 2018-03-18.
- ^ "Hartanah Butterworth | Penang Real Estate & Property For Sale - TheEdgeProperty Malaysia | EdgeProp.my". www.edgeprop.my (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-03-18.
- ^ "Butterworth: Hab besi buruk dan alat ganti automotif". 2017-11-09. Dicapai pada 2018-03-18.
- ^ "MSC beli tanah dan aset Metal Reclamation - Berita Perniagaan | The Star Online". www.thestar.com.my. Dicapai pada 2018-03-18.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama:3
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama:02
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama:4
- ^ Pelbagai rujukan laluan di laman rasmi Rapid Penang.
- ^ "Cityliner". www.cityliner.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 November 2021. Dicapai pada 2018-03-18.
- ^ "SK ASSUMPTION - PULAU PINANG - Carian Sekolah Malaysia". www.sekolahmy.com. Dicapai pada 2018-03-18.
- ^ "In the mood for National Day - Metro News | The Star Online". www.thestar.com.my. Dicapai pada 2018-03-18.
- ^ "SK BAGAN AJAM - PULAU PINANG - Carian Sekolah Malaysia". www.sekolahmy.com. Dicapai pada 2018-03-18.
- ^ "SK BAGAN JERMAL - PULAU PINANG - Carian Sekolah Malaysia". www.sekolahmy.com. Dicapai pada 2018-03-18.
- ^ "SK BAGAN TUAN KECHIL - PULAU PINANG - Carian Sekolah Malaysia". www.sekolahmy.com. Dicapai pada 2018-03-18.
- ^ "BILANGAN KELAS PRASEKOLAH MENGIKUT SEKOLAH DAN DAERAH PPD BAGI NEGERI PULAU PINANG - MAMPU". www.data.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-03-18.
- ^ "SK MAK MANDIN - PULAU PINANG - Carian Sekolah Malaysia". www.sekolahmy.com. Dicapai pada 2018-03-18.
- ^ "SK SERI GEMILANG - PULAU PINANG - Carian Sekolah Malaysia". www.sekolahmy.com. Dicapai pada 2018-03-18.
- ^ "SK ST MARK (M) - PULAU PINANG - Carian Sekolah Malaysia". www.sekolahmy.com. Dicapai pada 2018-03-18.
- ^ "SK SUNGAI NYIOR - PULAU PINANG - Carian Sekolah Malaysia". www.sekolahmy.com. Dicapai pada 2018-03-18.
- ^ "SK SUNGAI PUYU - PULAU PINANG - Carian Sekolah Malaysia". www.sekolahmy.com. Dicapai pada 2018-03-18.
- ^ "SK TAMAN SENANGAN - PULAU PINANG - Carian Sekolah Malaysia". www.sekolahmy.com. Dicapai pada 2018-03-18.
- ^ "SK TELOK AYER TAWAR - PULAU PINANG - Carian Sekolah Malaysia". www.sekolahmy.com. Dicapai pada 2018-03-18.
- ^ "SJK(C) CHUNG HWA 1 - PULAU PINANG - Carian Sekolah Malaysia". www.sekolahmy.com. Dicapai pada 2018-03-18.
- ^ "SJK(C) CHUNG HWA 2 - PULAU PINANG - Carian Sekolah Malaysia". www.sekolahmy.com. Dicapai pada 2018-03-18.
- ^ "SJK(C) CHUNG HWA PUSAT - PULAU PINANG - Carian Sekolah Malaysia". www.sekolahmy.com. Dicapai pada 2018-03-18.
- ^ "Senarai Pemenang Sekolah Hijau 2015". Penang Green Council.
- ^ "SJK(C) LI HWA - PULAU PINANG - Carian Sekolah Malaysia". www.sekolahmy.com. Dicapai pada 2018-03-18.
- ^ "SJK(C) MAK MANDIN - PULAU PINANG - Carian Sekolah Malaysia". www.sekolahmy.com. Dicapai pada 2018-03-18.
- ^ "SJK(T) MAK MANDIN - PULAU PINANG - Carian Sekolah Malaysia". www.sekolahmy.com. Dicapai pada 2018-03-18.
- ^ "SMK DATUK ONN, BUTTERWORTH | Sekolah Kluster Kecemerlangan Fasa 5 Tel: 043331350 Faks : 043310350". smkdob.edu.my (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-03-18.
- ^ "SMK GEMILANG - PULAU PINANG - Carian Sekolah Malaysia". www.sekolahmy.com. Dicapai pada 2018-03-18.
- ^ "SMK KAMPONG KASTAM - PULAU PINANG - Carian Sekolah Malaysia". www.sekolahmy.com. Dicapai pada 2018-03-18.
- ^ "SMK MAK MANDIN - PULAU PINANG - Carian Sekolah Malaysia". www.sekolahmy.com. Dicapai pada 2018-03-18.
- ^ "smktat.com". smktat.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 16 October 2013. Dicapai pada 2018-03-18.
- ^ "H 05. SMK Convent Butterworth". butterworthguide.com.my (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 5 September 2017. Dicapai pada 2018-03-18.CS1 maint: unfit URL (link)
- ^ "Reunited after over 40 years - Metro News | The Star Online". www.thestar.com.my. Dicapai pada 2018-03-18.
- ^ "LAMAN WEB RASMI KV BUTTERWORTH, PULAU PINANG | Skills For A Better Tomorrow…Buttervoks". kvbutterworth.edu.my (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-03-18.
- ^ a b "List of colleges and institutions of higher learning in Penang" (PDF). InvestPenang. 21 February 2011. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 22 December 2018. Dicapai pada 18 March 2018.
- ^ "gcca.com.my". www.gcca.com.my. Dicapai pada 2018-03-18.
- ^ "Bagan Specialist Centre". Penang Centre of Medical Tourism (dalam bahasa Inggeris). 2016-01-21. Dicapai pada 2018-03-18.
- ^ "Bagan Specialist Centre - About". www.bagan.com.my (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-03-18.
- ^ a b "Tow Boo Kong Temple Butterworth". Penang Trails (dalam bahasa Inggeris). 2016-09-22. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 March 2018. Dicapai pada 2018-03-18.
- ^ "U 04. Tow Boo Kong Temple". butterworthguide.com.my (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 21 September 2017. Dicapai pada 2018-03-18.CS1 maint: unfit URL (link)
- ^ "Butterworth temple sanctified in grand style - Metro News | The Star Online". www.thestar.com.my. Dicapai pada 2018-03-18.
- ^ "Butterworth Fringe Festival returns for the third year". www.thesundaily.my (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-03-18.
- ^ PacificWrecks.com. "Pacific Wrecks". Dicapai pada 2017-02-07.
- ^ Force, Air. "RMAF Base Butterworth - Royal Australian Air Force". www.airforce.gov.au (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2017-02-07.
- ^ Government;ou=Defence, c=AU;o=Australian. "Australian Government, Department of Defence News". www.defence.gov.au (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2017-02-07.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
Pautan luar
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Butterworth, Pulau Pinang |