Sebahagian daripada pengurniaan darjah kebesaran di Malaysia tahun 2025 | |
Tarikh | 2 Jun 2025 |
---|---|
Lokasi | Istana Negara |
Penyebab | Hari keputeraan Yang di-Pertuan Agong |
Istiadat pengurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat persekutuan Malaysia sempena hari keputeraan Yang di-Pertuan Agong pada 2025 diadakan di Istana Negara, Kuala Lumpur pada 2 Jun 2025.
Senarai penerima
Panglima Mangku Negara
Darjah kebesaran P.M.N. ini membawa gelaran Tan Sri dan dikurniakan kepada:
- Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar, Peguam Negara Malaysia
- Jen Tan Sri Mohd Nizam Jaffar, Panglima Angkatan Tentera
Panglima Setia Mahkota
Darjah kebesaran P.S.M. ini membawa gelaran Tan Sri dan dikurniakan kepada:
- Tan Sri Hasnah Mohammed Hashim, Hakim Besar Malaya
- Tan Sri Zulhelmy Ithnain, Panglima Tentera Laut
- Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, Timbalan Ketua Polis Negara Malaysia
Panglima Jasa Negara
Darjah kebesaran P.J.N. ini membawa gelaran Datuk dan dikurniakan kepada:
- Datuk Abd Shukor Mahmood, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri
- Datuk Donald Joseph Franklin, Ketua Bahagian Guaman Jabatan Peguam Negara
- Nor Yati Ahmad, Akauntan Negara
- Datuk Dr Mohd Bakhari Ismail, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan)
- Datuk Ramzi Mansor, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan)
- Datuk Dr Simon Jerome Vendargon, pakar bedah kardiotorasik Hospital Sultanah Aminah
Johan Mangku Negara
Bintang kebesaran J.M.N. ini tidak membawa gelaran dan dikurniakan kepada:
- Md Radzi Hashim, Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan
- Abdul Shukur Abdullah, Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN)
- Sivanesan Marimuthu @ Muthiah, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Digital) Kementerian Digital
- Abu Bakar Yusof, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Akselerasi Eksport) Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade)
- Prof Dr Mohd Sazili Shahibi, Timbalan Naib Canselor Jabatan Hal Ehwal Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM)
- Lim Tze Seong, Ketua Jabatan Ekuiti, Bahagian Pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Johan Setia Diraja
Bintang kebesaran J.S.D. ini tidak membawa gelaran dan dikurniakan kepada:
- Datuk Norman Muhamad, Duta Besar Malaysia ke China
- Datuk Zakri Jaafar, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke London, United Kingdom
- Datuk Syed Md Hasrin Tengku Hussin, Duta Besar Malaysia ke Indonesia
- Dr Nizam Mydin Bacha Mydin, Setiausaha Dewan Rakyat
Kesatria Mangku Negara
Bintang kebesaran K.M.N. ini tidak membawa gelaran dan dikurniakan kepada:
- Cheah Liek Hou, atlet badminton para (emas Paralimpik 2020)
Bintang Kesatria Setia Diraja
- Syed Zaqwanariff Zainudin, Ketua Penolong Setiausaha Unit Pengurusan Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
- ASP Mohd Fairouz Hamdi Mohd Yamin, Ketua Pegawai Keselamatan Bahagian Keselamatan Istana Negara
Ahli Mangku Negara
- Tan Lee Bee, jurubahasa isyarat Mahkamah Persekutuan
Jasa Perkasa Persekutuan
- Lt Komander Mohd Firdaus Arbaain, anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)
Anugerah-anugerah lain
- Pingat Pangkuan Negara (PPN): 50 penerima
- Pingat Bentara Setia Diraja (BSD): 3 penerima
Rujukan
- "Peguam Negara dahului senarai penerima darjah kebesaran, pingat sempena keputeraan Agong". Astro Awani. 2025-06-02. Dicapai pada 2025-06-02.