Istiadat pengurniaan darjah kebesaran bintang dan pingat kehormatan negeri Pulau Pinang sempena ulang tahun kelahiran ke-76 Yang Di-Pertua Negeri Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak telah diadakan di George Town, Pulau Pinang pada 26 Julai 2025. Berikut ialah senarai penerima darjah kebesaran negeri Pulau Pinang pada 2025.
Senarai penerima
Darjah Panglima Pangkuan Negeri
Penerima darjah DPPN yang membawa gelaran Dato’ Seri ialah:
- Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Dato' Seri Haji Tengku Zafrul Abdul Aziz
- Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dato' Seri Haji Shamsul Azri Abu Bakar
- Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang, Tan Sri Dato' Seri (Dr.) Haji Mohd Yussof Abdul Latiff
- Pengerusi Eksekutif MMAG Holdings Berhad, Dato' Seri Farhash Wafa Salvador
Darjah Gemilang Pangkuan Negeri
Penerima darjah DGPN yang membawa gelaran Dato’ Seri ialah:
- Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Dato' Seri Zulkifli Long
- Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pengangkutan, Dato' Seri M Jana Santhiran
- KSU Kementerian Komunikasi, Dato' Seri Mohamad Fauzi Md Isa
- Bekas pemain badminton negara, Dato' Seri (Dr.) Lee Chong Wei
Darjah Mulia Pangkuan Negeri
11 orang penerima darjah DMPN yang membawa gelaran Dato’ ialah:
- Ketua Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) USKPN Bukit Aman, Dato' Muhammed Hasbullah Ali
- Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Dato' Hamzah Ahmad
- Ketua Pengarah Jabatan Bantuan Guaman, Dato' Norazmi Mohd Narawi
- Pengerusi Persatuan Melayu Pulau Pinang, Dato' Abdul Wahab Hamid
- Konsul Brazil di Pulau Pinang, Dato' Chin Lye Kheng
- Pemegang amanah Hokkien Kongsi Pulau Pinang, Dato' Lawrence Lim Hua Kwang
- Pengarah urusan Pipesway Furniture Sdn Bhd, Dato' M Chandra Kumar
Darjah Setia Pangkuan Negeri
118 orang menerima darjah DSPN yang membawa gelaran Dato’, antaranya:
- Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato' Wan Nor Sakina Saad
- Pengarah Tanah dan Galian Negeri, Dato' Dr. Faizal Kamarudin
- Ketua Hakim Syarie Negeri, Dato' Za'im Md Yudin
- Hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, Dato' Kenneth Yoong Ken Chinson St James
- Perunding Pakar Bedah Ortopedik, Loh Guan Lye Specialists Centre, Dato' Dr. Goh Eng Tat
- Artis keadilan sosial, Dato' K Gunabalan
- Pengurus besar Kwong Wah Yit Poh Press Bhd, Dato' Lee Hin Chan
Rujukan
- "Tengku Zafrul, KSN, Chong Wei antara penerima darjah kebesaran Pulau Pinang". Berita Harian. 2025-07-25. Dicapai pada 2025-07-28.