Loke Cheng Kim | |
---|---|
![]() Loke in 1947 | |
Kelahiran | Lim Cheng Kim 5 Mei 1895 |
Meninggal dunia | 1981 (berumur 85–86) |
Warganegara | Malaysian–Singaporean |
Pusat pendidikan | Methodist Girls' School, Kuala Lumpur |
Pasangan | Loke Yew |
Anak-anak | Son Loke Wan Tho Daughters Loke Yuen Theng (Mrs Choo Kok Leong) Loke Yuen Peng (Lady Percy McNeice) |
Ibu bapa | Mother Soon Kui Sim |
Saudara | Lim Shuk Kwei (cousin and third wife of Loke Yew; deceased) |
Loke Cheng Kim (5 Mei 1895 – 1981) ialah seorang ahli perniagaan dan dermawan Malaysia-Singapura.
Kehidupan awal
Loke Cheng Kim, ialah anak perempuan sulung ahli perniagaan Cina keturunan Hokkien - Hakka dari Pulau Pinang. Keluarganya memiliki lombong bijih timah di Selangor dan telah bertapak di Tanah Melayu sejak turun temurun. Ibunya, Soon Kui Sim, seorang Hakka, mengambil alih pengurusan lombong bijih timah suaminya di Rawang, apabila suaminya terpaksa bersara kerana sakit. Oleh kerana sebahagian besarnya buta huruf, ibu Loke mencipta sendiri, satu sistem simpan kira hieroglif yang kompleks untuk menguruskan kewangan keluarga yang luas. [1] Ibu Loke juga akan pergi ke lombong dan membangunkan buruh untuk bekerja, sampai menarik mereka keluar dari katil. Tidak berpeluang untuk bersekolah, ibu Loke bertekad bahawa anak perempuannya tidak akan buta huruf dan menghantar anaknya ke Methodist Girls' School di Kuala Lumpur [MGSKL] dengan kereta api - perjalanan yang sejauh 50 batu setiap perjalanann, dengan kereta api
Suatu ketika, Loke tertidur di dalam kereta api dalam perjalanan pulang dari sekolah dan dia terjaga sebaik keretapi mula meninggalkan Stesen Rawang . Dia sangat takut pulang lewat dan menerima teguran daripada ibunya sehingga dia melompat keluar dari kereta api yang sedang bergerak. Nasib baik kereta api itu tidak bergerak laju (kerana baru keluar dari stesen) dan Loke tidak tercedera kuat - kesan lebam sahaja. Bagaimanapun, dia masih menerima teguran daripada ibunya apabila ibunya dimaklumkan oleh ketua stesen tentang apa yang berlaku. [2] Di sebalik perwatakannya yang dominan, kekuatan dan keazaman ibunya menjadi pengaruh besar dalam kehidupan Loke. [2]
Loke telah dijodohkan oleh saudara-mara lain dan berkahwin dengan Loke Yew pada tahun 1914, selepas isteri ketiganya dan sepupu jauhnya Lim Shuk Kwei meninggal dunia. Selepas hanya tiga tahun berkahwin dan melahirkan tiga orang anak, Loke Yew meninggal dunia. Selepas kematiannya, Loke terpaksa membesarkan tiga orang anak sendirian, dan amat prihatin dengan kesihatan anak sulungnya,Wan Tho, yang tidak begitu baik. Ini mendorongnya untuk membawa anak-anak ke luar negara untuk pendidikan dan penjagaan kesihatan di Switzerland pada tahun 1929.
Kehidupan di Switzerland, dengan udaranya yang bersih dan pemandangan yang mendamaikan, memberi inspirasi kepada kanak-kanak Loke dan juga memupuk cinta alam semula-jadi mereka. Wan Tho cemerlang dalam sukan di sekolah, dan di kemudian dalam hidupnya, menjadi seorang pendaki gunung, pemerhati burung dan jurugambar. Minat Yuen Peng terhadap alam semula jadi menyebabkan dia menjadi seorang pemuliharaan alam semula-jadi yang terkenal di Singapura dan Malaya. Yuen Peng menumpukan hidupnya kepada fotografi alam semula jadi. [1]
Loke kembali ke Kuala Lumpur untuk mengawasi pengurusan aset dan perniagaan arwah suaminya. Pada tahun 1936 beliau memperbadankan Associated Theatres Ltd (kemudian dinamakan Pertubuhan Cathay), dan mendaftarkan anaknya Wan Tho, sebagai salah seorang pemilik perniagaan itu. Ketika itu, Wan Tho masih seorang sarjana mudah di Universiti Cambridge . Loke terus membina 'multiplex' yang pertama di keluarga Loke: Teater Pavilion di Kuala Lumpur. Pada tahun 1937, dia membeli tapak di Dhoby Ghaut di Singapura di mana dia membina bangunan yang moden, Bangunan Cathay, dan membangunkan perniagaan pawagam, hotel dan restoran. Apabila bangunan Cathay siap pada tahun 1939, ia merupakan bangunan pencakar langit pertama di Singapura sebelum perang dan bangunan tandatangan Pertubuhan Cathay. Sebelum rumah mereka diduduki oleh orang Jepun, Loke telah dipindahkan ke British Raj India dan, semasa tahun perang di sana, Loke memulakan sebuah restoran Cina di Bangalore . [1]
Ketika pembebasan Singapura, Loke kembali pada tahun 1946 di mana dia telah dianugerahkan satu plak oleh Lord Louis Mountbatten. Plak itu memperingati pendudukannya di Bangunan Cathay . Loke juga membeli sebuah lagi hartanah di Katong yang pernah menjadi hospital untuk Jepun semasa perang, dan menukarnya menjadi Hotel Ocean Park. Hotel ini berkembang menjadi tempat yang popular oleh penduduk tempatan untuk menari dan menjamu selera di kawasan terbuka. [2] Beliau pada masa yang sama juga terlibat secara aktif dengan pengurusan Hotel Cathay di Bangunan Cathay dan membangunkan banyak hartanahnya di kawasan sekitar Cathay Keris Studios.
Loke juga seorang pengumpul seni, dan mempunyai ibu jari hijau . Dia sangat menggemari bunga dan diketahui telah menyusun sendiri, bunga-bunga untuk majlis-majlis istimewa yang di adakan di Restoran Cina Cathay. Lembut tetapi tegas, Loke adalah seorang dermawan yang pemurah sepanjang hidupnya.
Dari selagi Loke boleh ingat, ibunya Soon Kui Sim menegaskan bahawa kanak-kanak perempuan mesti celik huruf dan mempunyai pendidikan. Kualiti ini memudar pada Loke, dan untuk sebahagian besar hidupnya dia menumpukan banyak masanya untuk kebajikan sosial dan pendidikan kanak-kanak, terutamanya perempuan. Yuen Peng masih ingat ibunya telah membantu dua gadis dari Sekolah St. Hilda di Katong dan menyokong mereka melalui pendidikan universiti di Australia. [2] Beliau adalah Presiden Persatuan Wanita Cina Singapura, dan Persatuan Olahraga Wanita Cina sebelum perang, dan Presiden Bahagian Wanita Tabung Bantuan Cina di Kuala Lumpur apabila Perang China-Jepun Kedua meletus.
Loke diketahui menikmati makanannya, terutamanya makanan Peranakan, warisan- warisan Pulau Pinang. Loke mengamalkan taici setiap hari sehingga kesihatannya hilang upaya. Walaupun dalam tahun persaraannya, dia sangat aktif dalam semua perniagaannya dan terus membuat pelaburan saham. Kebijaksanaan dan keazaman Loke telah menjadi pengaruh besar dalam kehidupan anaknya Loke Wan Tho, sehingga akhir hayatnya. Di sebalik kecerdikannya, Loke adalah seorang wanita yang sangat beretika, terutamanya terhadap kejujuran dan urusan yang adil dan dia berpegang pada apa yang dia katakan kepada orang lain.
Loke meninggal dunia pada tahun 1981 pada usia 86 tahun. Untuk mengenang kehidupannya sebagai dermawan, Yayasan Loke Cheng Kim di Singapura meneruskan tradisi membantu pelajar yang memerlukan untuk melanjutkan pelajaran di universiti asing di luar negara, dengan Biasiswa Loke Cheng Kim. Maktab Rendah Saint Andrew Singapura juga menamakan salah satu dewan mereka sebagai Dewan Loke Cheng Kim sebagai mengenang Loke.
Rujukan
- ^ a b c "「國泰」故事新一章?" (PDF). HKFA Newsletter (dalam bahasa Chinese) (43): 12.CS1 maint: unrecognized language (link) Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama "LCK1" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ a b c d "Pioneers of Singapore: oral interviews on family background of Mrs Loke Yew, her character and outlook in education by Lady Yuen-Peng McNiece (transcript)". MCNEICE, Yuen-Peng (Lady). Episod 000190. Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama "LCK2" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza