Sebahagian dari siri |
Sajian |
---|
![]() |
Sajian Hidangan |
Komponen dan Juadah |
Konsep berkaitan |
![]() |
Cari moreh dalam Wikikamus bahasa Melayu, kamus bebas. |
Moreh ialah istilah bagi tradisi masyarakat Melayu dan Muslim di Malaysia ketika bulan Ramadan.[1] Ia melibatkan penyediaan dan perkongsian makanan ringan seperti kuih-muih di masjid, surau, atau rumah, selepas selesai menunaikan solat Terawih.[2][3] Sesuai peredaran masa, moreh tidak hanya diadakan di masjid atau surau, tetapi di tempat-tempat lain yang boleh berkumpul dan makan.[4] Sebelum ini, makanan akan dibawa dari rumah untuk dikongsikan kepada jemaah. Namun kini, ia kebiasannya disediakan oleh perseorangan atau sekumpulan jasawan dalam masyarakat.[5] Tradisi ini turut berkembang ke masyarakat Muslim di Singapura.[6]
Penamaan
Perkataan moreh hanya sering digunakan sejak 30 tahun kebelakangan merentas Semenanjung Malaysia. Sebelumitu, di kebanyakan kawasan di semenanjung, tiada nama khusus diberikan kepada tradisi ini, tetapi amalan tradisi ini telah diamalkan oleh umat Islam dengan berkongsi makanan selepas solat terawih.[5] Istilah moreh tidak diketahui datang dari mana. Terdapat beberapa teori penamaan, antaranya: Teori pertama ialah ia merupakan gabungan kata Melayu dan Jawa, "makan atau mangan selepas terawih" yang membentuk istilah mareh. Teori kedua pula ialah ia juga dikatakan singkatan kepada seruan ke Terawih "moh teraweh" yang akhirnya dipendekkan kepada moreh. Walau bagaimanapun, teori kedua dianggap tidak tepat kerana perkataan moh biasanya digunakan di selatan Semenanjung, sedangkan istilah moreh dianggap masih baharu di kawasan itu.[7]
Dewan Bahasa dan Pustaka tidak dapat meletakkan asal nama istilah ini. Ia juga tidak disenarai dalam Kamus Besar Bahasa Indonesia walaupun terbitan tahun 2016 telah mengandungi 127,036 lema. Istilah moreh juga tidak digunakan dalam bahasa Arab, yang mana perkataan Melayu banyak diserap dari bahasa itu untuk istilah berkaitan Islam. Ia juga tidak diserap dari perkataan Parsi, Sanskrit, Turki, Tamil atau bahasa Austronesia lain seperti Banjar, Minangkabau, Bugis dan lain-lain perkataan serupa Melayu.[5]
Kesihatan
Moreh menyediakan sumber tenaga segera dalam bentuk karbohidrat, protein, dan lemak sihat. Ia membantu tubuh untuk pulih dengan cepat dan kekal bertenaga dan mengimbangkan semula diet dengan hidangan yang kaya dengan vitamin dan mineral. Pengambilan makanan ringan selepas solat tarawih turut meningkatkan metabolisme badan, membantu sistem penghadaman, dan menyokong pengawalan berat badan.[1] Namun, jika ia tidak dikawal dan diselia dengan cermat, moreh mungkin boleh menyebabkan beberapa keadaan kesihatan seperti menaikkan berat badan dan ketidakhadaman[8].
Isu semasa
Pecah rekod
Pada 22 Mei 2020, jenama susu Goodday Milk telah menganjurkan sebuah sesi moreh dalam talian dengan kehadiran 814 orang peserta dan telah mendapat pengiktirafan dalam buku rekod Malaysia sebagai sesi moreh dalam talian terbesar.[3]
Tarikan pelancong
Budaya moreh dianjurkan dalam bentuk program jualan gerai di Terengganu, Malaysia, dengan penganjuran Pesta Moreh Rhu Berderu. Pesta ini diadakan di Kampung Sura Tengah dengan memberi peluang kepada masyarakat luar dan dalam negeri untuk berkunjung memberi makanan di gerai yang dihias khas mengikut tema suasana kampung.[9]
Dalam budaya popular
Lihat juga
Rujukan
- ^ a b "Tip Moreh: Masa Berbuka Puasa". CARiNG Pharmacy (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-03-30.
- ^ Kamal, Harith. "Post-iftar feasting raises health concerns". thesun.my (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-03-30.
- ^ a b Hong, Tan Heng (2020-06-13). "Goodday Milk makes it to the Malaysia Book of Records for Hosting the Largest Virtual Moreh Session in Malaysia". Mini Me Insights (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-04-01.
- ^ Zolkiply, Zatul Iffah (2025-03-11). "'Port' moreh Selepek Sahur Payang Walk jadi tumpuan". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-03-30.
- ^ a b c "PressReader.com - Digital Newspaper & Magazine Subscriptions". www.pressreader.com. Dicapai pada 2025-04-01.
- ^ "2,500 orang solat terawih pertama di tapak sementara Masjid Darul Ghufran". BERITA Mediacorp (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-03-30.
- ^ azim24 (2021-04-17). "Ramadhan Traditions Around the World – South East Asia". Stars in Symmetry (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-04-01.
- ^ "Tip Moreh Yang Sihat". Hello Doktor. 2018-05-23. Dicapai pada 2025-04-01.
- ^ MOKTAR, NURFARDLINA IZZATI (2025-03-09). "Inspirasi filem Mamat Khalid tarikan di Pesta Moreh Rhu Berderu". Sinar Harian. Dicapai pada 2025-04-01.
- ^ Team, Discuz! Team and Comsenz UI. "MonoloQue Ajak Tarawih Dengan Lagu Moreh - CariDotMy". CARI Infonet. Dicapai pada 2025-04-01.